“Bau Dia Agak Kuat Guys” – Cara Influencer ‘Terjah’ Kampung Orang Asli Raih Kritikan Ramai [Video]
Menurut pempengaruh Danish (@danishfirds), dia telah berkunjung ke kampung Orang Asli terbabit tanpa membuat perancangan awal terlebih dahulu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Adab merupakan salah satu perkara yang penting setiap kali kita berkunjung ke tempat orang, tidak kira sama ada ke rumah, kampung atau bandar yang lain.
Biasanya bila kita ke rumah sesiapa, apatah lagi individu yang tidak dikenali, orang kata jangan menilai keadaan kediamannya dengan tidak semena-mena.
Malah setiap masyarakat mempunyai adat dan budaya kehidupan tersendiri yang harus dihormati dan difahami agar kita tidak kelihatan sebagai ‘kurang ajar’.
Pempengaruh ‘Terjah’ Kampung Orang Asli, Tinggalkan Komen Tak Semenggah
Baru-baru ini, seorang pempengaruh yang dikenali sebagai Danish, telah memuat naik video yang menyaksikan dia berkunjung ke sebuah perkampungan orang asli (OA) yang terletak di Pahang.
Menurutnya, dia telah ke sana menaiki bot tanpa membuat perancangan awal terlebih dahulu. Di bahagian kapsyen, dia berkata itu merupakan pertama kali dia berjumpa dengan orang asli.
Menerusi video dikongsi, kelihatan dia telah bertegur-sapa dengan kanak-kanak, pemuda dan Tok Batin yang merupakan ketua di kampung terbabit.
Namun apa yang mencuri tumpuan apabila Danish menyebut mengenai bauan yang ada di situ ketika dia menunjukkan keadaan rumah orang asli di sana.
Ujarnya terdapat bau yang kuat, namun tidak dapat dipastikan bau apakah yang dimaksudkan olehnya.
“Bau dia agak kuat guys eh. Bau dia agak kuat. Korang faham la agak-agak apa,” katanya.
Bukan itu sahaja, dia di dalam video juga kelihatan seperti tidak mengetahui yang orang asli boleh menggunakan Bahasa Melayu, sama seperti rakyat Malaysia yang lain.
@danish.firds Pertama kali saya jumpa orang asli, dekat mana ni? #fyp #orangaslimalaysia #tiktokmalaysia
♬ original sound – danishfirds – danishfirds
Netizen Tidak Gemar Cara Pempengaruh Ketika Di Kampung Orang Asli
Caranya membuat video log (vlog) kelihatan sebagai ‘tidak kena’ sehingga menerima kritikan warganet.
Model dan pempengaruh, Nalisa Amin, menegur Danish agar mempelajari cara yang sebenar dan menghormati penduduk apabila membuat rancangan travel sedemikian, seperti mana yang dilakukan oleh mendiang Anthony Bourdain dahulu.
“Datang kawasan orang asli ni bukan untuk ‘content’ macam tengok zoo. Masuk rumah orang, langgar privasi, lepas tu komen pasal bau. Mereka manusia dan penduduk asal tanah ini. Tolong beradab sikit.”
Model dan influencer, Nalisa Amin.
Tambah Nalisa lagi, penduduk di sana kelihatan tidak selesa dengan kedatangan Danish. Malah sehingga Tok Batin pula yang mendekatinya terlebih dahulu dan bukan sebaliknya.
Di samping itu, orang ramai turut berpendapat bahawa pemakaian pempengaruh tersebut ketika itu tidak sesuai untuk berkunjung ke kampung orang asli.
Mereka juga merasakan dia sepatutnya tahu bahawa kebanyakan orang asli sememangnya boleh bercakap dalam Bahasa Melayu walapun mempunyai bahasa kaum masing-masing.
Dalam pada itu, warganet berpendapat Danish perlu menurunkan video terbabit dan mengemukakan permohonan maaf kepada kaum orang asli yang terlibat berhubung perkataan ‘bau’ yang disebutnya.
View on Threads
Perlu Minta Kebenaran Tok Batin Jika Mahu Ke Kampung Orang Asli
Dalam masa sama, terdapat juga individu yang mempersoalkan bagaimana pempengaruh itu dengan mudah boleh memasuki kawasan kampung orang asli dan telah berkunjung dengan tangan kosong.
Sebagai info, mereka yang ingin berkunjung ke sebuah kampung orang asli kebiasaannya perlu meminta kebenaran dari Tok Batin terlebih dahulu dan diikuti adab-adab tertentu.
Menurut seorang pegawai agensi kerajaan yang kerap berurusan dengan komuniti orang asli, sebagai contoh dalam kalangan suku Semai di Perak, adalah lebih elok untuk berjumpa dengan tok batin atau wakil dengan membawa makanan mentah atau bahan masakan, sebelum memberitahu hajat hendak berkunjung ke kampung mereka.
Diingatkan juga bahawa kawasan kediaman mana-mana masyarakat bukanlah sebagai bahan tontonan untuk orang awam.
Sebaliknya kunjungan ke sana sepatutnya dengan tujuan untuk mempelajari dan mendalami cara hidup dan adat mereka.
Berikut merupakan antara komen netizen berkenaan tindakan pempengaruh itu ketika berkunjung ke kampung orang asli:










Baca Artikel Berkaitan: 3 Pelajar Orang Asli Harumkan Nama Negara, Dinobat Juara Dunia Untuk Pertandingan Robotik Di Korea Selatan
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Orang Asli Kaut Untung Lebih RM1 Juta Dalam Masa Seminggu, Hasil Jualan Di TikTok
Baca Artikel Berkaitan: Lakar Sejarah! Orang Asli Pertama Dari Malaysia Raih Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama Di London



