fbpx
Now Reading
Banyak Sampah Di Jejantas Seberang Sunway Pyramid, Penduduk Didakwa Malas Buang Di Tempat Sepatutnya

Banyak Sampah Di Jejantas Seberang Sunway Pyramid, Penduduk Didakwa Malas Buang Di Tempat Sepatutnya

Menerusi foto tular, kelihatan sampah sarap di sebelah jejantas itu bertaburan disebabkan tong sampah yang sudah penuh.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sudah memasuki tahun baru, tetapi masih banyak lagi perilaku tidak bertanggungjawab belum dapat dibanteras sepenuhnya di negara ini. Antara yang paling utama adalah tabiat membuang sampah merata tempat di kawasan terbuka.

Bukan sahaja salah dari segi undang-undang malah ia sekaligus menjatuhkan imej Malaysia pada mata luar.

Baca Artikel Berkaitan: “Nanti Malam New Year Lagi Teruk” – Ramai Kecewa Lihat KL Kotor Pada Malam Ambang Perayaan

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Berang Ada Jiran Tinggalkan Longgokan Sampah Tepi Rumahnya Sehingga Berbau [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Dah 2 Kali ‘Tertangkap’, Lelaki Kantoi Buang Sampah & Kencing Belakang Kawasan Perumahan [Video]

Sampah Sarap Bertaburan Di Jejantas

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Dee berkongsi keadaan jejantas yang terletak di seberang pusat membeli-belah Sunway Pyramid.

Menerusi foto perkongsian, kelihatan terdapat banyak longgokan sampah di kawasan tempat menaiki jejantas berkenaan. Kelihatan juga tong sampah biru yang tersedia di sana sudah pun penuh dan menyebabkan longgokan sampah bertaburan.

Oleh disebabkan itu, ada pihak dipercayai membuang sampah mereka di sekeliling tong sampah tersebut sehingga menyebabkan pencemaran sampah.

Keadaan itu bukan sahaja menyakitkan mata untuk memandangnya, malah kami percaya ia menghasilkan bau yang busuk terutamanya buat penduduk flat di sebelah dan juga pengguna jalan raya.

“Apa benda ni Malaysia? Kita boleh jadi lebih baik,” tegas Dee.

View on Threads

Penduduk Sekitar Jejantas Didakwa Malas Buang Sampah Di Tempat Disediakan

Dakwa seorang netizen, ia adalah kelakuan penduduk di kawasan sekitar. Dakwanya, mereka malas untuk membuang sampah di tempat yang sudah disediakan yang dalam kes ini merujuk kepada rumah sampah. Justeru, mereka didakwa akan meninggalkan sampah dari rumah di sana apabila sedang dalam perjalanan ke arah Sunway Pyramid.

“Apa yang saya boleh katakan adalah penduduk di kawasan berhampiran terlalu malas untuk membuang sampah di tempat yang telah disediakan. Mereka memilih untuk membuang sampah ketika dalam perjalanan ke Sunway Pyramid.

“Cara sampah itu diikat, 100% jelas ia bukan daripada pejalan kaki. Inilah sebabnya Malaysia susah untuk dapat fasiliti yang elok-elok 😩,” dakwa wanita berkenaan.

View on Threads

Pun begitu, ada yang berpendapat bahawa isu ini bukanlah mengenai sampah yang dibiarkan merata tetapi sebaliknya tidak dikutip.

Ada juga yang mencadangkan agar pihak autoriti menyediakan tong sampah yang lebih besar.

Sumber: Threads

Individu Boleh Didenda RM2,000 Jika Buang Sampah Merata Tempat Di Kawasan Awam

Untuk info, Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) kini berkuat kuasa bagi menangani isu pembuangan sampah kecil di tempat awam dan jalan awam mulai 1 Januari 2026.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berkata, pelaksanaan hukuman Perintah Khidmat Masyarakat itu akan dimulakan di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, dan Kedah serta dua Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur serta Putrajaya.

Bagi Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan Terengganu yang tidak menggunakan Akta 672, pelaksanaan perintah terbabit akan bermula secepat mungkin tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa negeri masing-masing.

Pelaku yang didapati bersalah boleh dikenakan denda antara RM2,000 dan RM10,000 bagi kesalahan sama.

Longgokan Sampah Sarap Hasilkan Bau Kurang Senang

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai meluahkan rasa kecewa dengan segelintir pihak yang tidak mempedulikan kebersihan tempat awam.

“Ya kawasan situ memang sampah bertimbun. Aku pun hairan. Hari-hari aku lalu situ pasti ada sampah, terutama kawasan rumah kedai, dan tepi-tepi jalan tu. Depan tu Sunway Pyramid kot. Akhirnya ada yang bersuara,” kata seorang wanita.

“Saya pernah tunggu bas di situ, ya ampun bau dia,” tambah seorang individu.

Malah ada yang berkata tabiat itu tidak akan berhenti sekiranya masyarakat atau penduduk setempat tidak mengambil tindakan.

“Kalau ada satu sampah, nanti akan ada lagi banyak sampah (dekat situ). Terjadi di kawasan tangga atas di rumah studio saya memandangkan tempat tu pun kawasan awam. Nampak sendiri depan mata. Hari pertama ada tisu, hari kedua tambah pula cawan plastik.

“Hari ketiga ada bag kertas, lepastu puntung rokok, botol arak, dan sekarang.. Terima kasih saya nak pergi bersihkan rooftop saya esok,” ujar seorang warganet.

Dakwa Warga Asing Buang Sampah Di Kawasan Jejantas

Sementara itu, segelintir mendakwa bahawa individu yang membuang sampah-sampah terbabit adalah warga asing.

“Berdasarkan pemerhatian semasa perjalanan harian saya, kebanyakan sampah bukannya dibuang oleh penduduk tempatan,” dakwa seorang netizen.

Berikut antara komen-komen netizen:

Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: Mat Saleh Luah Rasa Kecewa, Persoal Sikap Segelintir Warga Kelantan Buang Sampah Merata [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Pelancong Mat Saleh Dakwa Semporna Tempat Paling Kotor Di Asia [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Apa Yang Berubah Di Malaysia Bermula 1 Januari 2026? Ini Yang Korang Patut Tahu

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.