Tular Video 2 Lelaki Tak Puas Hati, Dakwa Pekerja Arked Matikan Mesin Ketika Sedang Main
Dakwa pelanggan itu, pekerja arked berkenaan mematikan mesin permainan kerana menuduh mereka mengetuk mesin terbabit ketika sedang bermain.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sejak semalam (7 Januari), tular di media sosial satu video yang memaparkan pertengkaran dua pelanggan lelaki bersama seorang pekerja wanita di sebuah kedai permainan arked.
Dalam video yang dikongsikan oleh salah seorang pelanggan itu di akaun Instagram miliknya, kedengaran pekerja wanita berkenaan memarahinya kerana melakukan rakaman ketika pertengkaran berlaku.
“Kau rekod aku report polis! Mak aku polis aku boleh report tau,” kata pekerja wanita itu.
Pekerja didakwa matikan mesin kerana pelanggan ‘ketuk’ mesin permainan
Menerusi penjelasan di ruangan kapsyen, lelaki terbabit mendakwa dia dan rakannya bermain permainan lumba kereta, Wangan seperti biasa sebelum secara tiba-tiba salah seorang pekerja mematikan mesin yang sedang dimaini mereka tanpa sebarang penjelasan.
Dakwanya, ketika dia bertanya mengenai perkara terbabit, pekerja berkenaan memberi jawapan bahawa mesin tersebut dimatikan kerana mereka mengetuk mesin tersebut.
“Jawapan mereka (pekerja arked) adalah kami kononnya sedang ‘mengetuk’ atau ‘memukul’ mesin tersebut,” tulisnya.
Mesin permainan lumba kereta memang keluarkan bunyi – dakwa pelanggan itu
Menurutnya, mesin permainan terbabit sememangnya mengeluarkan bunyi secara semula jadi apabila dimainkan.
“Stereng, pedal dan butang semuanya menghasilkan bunyi semasa permainan biasa.
“Jadi saya nak bertanya, jika mesin ini tidak sepatutnya mengeluarkan sebarang bunyi, bagaimana sebenarnya kami sepatutnya memainkannya?
“Kami adalah pelanggan yang membayar. Kami membayar untuk bermain permainan ini secara adil dan normal,” tulisnya lagi.
@jiejiejiejiewmmt @AEON FANTASY MALAYSIA We were playing Wangan normally, just like any other customers. Suddenly, one of the arcade staff came over and turned off our machine without any explanation. So I went to talk to them and asked why our machine was shut down. Their response was that we were “knocking” or “hitting” the machine. I want to make this clear: this game naturally makes noise when you play it. The steering wheel, pedals, and buttons all produce sound during normal gameplay. So I would like to ask—if the machine is not supposed to make any sound, then how are we supposed to play it? We are paying customers. We paid to play the game fairly and normally. Please do not scold or accuse customers over small things without proper explanation or respect. Lastly, I want to say this to Molly’s company: If you do not accept customers playing your machines the way they are designed to be played, then maybe you should reconsider opening this arcade for people to enjoy in the first place.#wangan6rr ♬ 原声 – Ser Wayne
Dia pada masa sama turut menegaskan bahawa pelanggan tidak sepatutnya dimarahi atau dituduh untuk perkara remeh sedemikian tanpa sebarang penjelasan sewajarnya dan rasa hormat.
Namun, perkongsian tersebut di media sosial mendapat reaksi berbeza daripada netizen di mana rata-rata netizen seolah memberi sokongan terhadap pekerja berkenaan.
Ada yang berpendapat, rakaman video-video terdahulu memperlihatkan cara lelaki ini bermain permainan arked agak ‘ganas’ dan mungkin itu menyebabkan pekerja berkenaan terpaksa mematikan mesin.
@jiejiejiejiewmmt China top 1!#wanganmidnight #midnight #fypシ ♬ Right Now – DJ小陆
Ketika ini, pihak kedai permainan arked terbabit belum memberi sebarang maklum balas berhubung kejadian itu.



