Tular Pengantin Wanita Dibungkus Ketika Majlis Nikah Di Sabah Undang Perhatian Ramai [Video]
Difahamkan, pengantin lelaki perlu menarik tujuh lapisan kain batik sebelum membuka bungkusan yang berisi isterinya itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Malaysia sememangnya dikenali sebagai sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan bangsa, di mana setiap kaum memiliki adat, tradisi dan cara hidup tersendiri.
Kepelbagaian itu juga jelas dapat dilihat melalui adat pernikahan setiap kaum dan etnik yang berbeza-beza.
Menariknya, ada adat atau cara pernikahan tertentu yang jarang diketahui orang ramai kerana ia berkemungkinan hanya diamalkan oleh komuniti kecil.
Tular pengantin wanita dibungkus ketika majlis akad nikah
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan cara pernikahan unik apabila pengantin wanita dibungkus dengan menggunakan kain.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @ifahpengiran49, pernikahan terbabit dipercayai berlaku di Semporna, Sabah melibatkan suku kaum Bajau.
Kelihatan di dalam video pengantin wanita yang berada dalam keadaan berbungkus itu diangkat oleh seorang lelaki dipercayai ahli keluarganya untuk diletakkan di atas sebuah tilam sebelum ditutupi pula dengan beberapa helaian kain batik.
@ifahpengiran49 4/1/2026 sah menjadi isteri ❤️
♬ original sound – Fah
Pengantin lelaki perlu buka bungkusan selepas akad nikah, pemilik video dedah ia adalah adat
Dalam satu lagi video yang dikongsikan, kelihatan pengantin lelaki terbabit perlu menarik tujuh lapisan kain batik yang menutupi bungkusan berkenaan satu persatu.
Setelah selesai menarik kesemua kain batik, barulah dia boleh membuka bungkusan kain hijau yang membaluti isterinya itu.
Pemilik akaun TikTok yang dipercayai pengantin wanita itu sendiri menjelaskan bahawa cara pernikahan sedemikian merupakan adat Bajau.
@ifahpengiran49 Adat bajau 🥰 #pugung #adatbajau #pulaupandanankecil ♬ original sound – Fah
Netizen beri pelbagai reaksi, kaum Bajau akui tak pernah lihat pernikahan sedemikian
Memindai ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna media sosial setelah melihat video terbabit.
Ada segelintir pengguna TikTok yang mendakwa dirinya kaum Bajau mengakui tidak pernah melihat cara pernikahan sedemikian, malah tidak pernah mengetahui kewujudannya. Namun dia tidak menjelaskan sama ada dia adalah kaum Bajau Laut atau Bajau Darat.
Namun, ada juga individu tampil mendakwa cara pernikahan sedemikian dipanggil sebagai Adat Dayang Kahwin.
Tidak kurang juga yang menyatakan perkongsian terbabit amat menarik bagi mereka yang tdak pernah mengetahui tentang pernikahan yang harus membungkus pengantin wanita itu.



Baca Artikel Berkaitan: Segak Berbaju Songket, Pengantin Berbangsa India Buat Majlis Kahwin Ala Melayu Siap Kompang [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Puji Pengantin Buat Majlis Kahwin Waktu Breakfast, Siap Bagi Doorgift Sayur Segar [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Teruja Pengantin Berbangsa Cina Buat Majlis Perkahwinan Tema Adat Melayu [Video]



