“Macam Manalah Kalau Aku Tak Ada Nanti Mesti Korang Lapar” – Abang J&T Beri Anjing Liar Makan Raih Pujian [Video]
Kelihatan anjing-anjing berkenaan menunggu dengan sabar selain menggoyangkan ekor seolah-olah sudah terbiasa diberi makan oleh lelaki itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sikap baik hati merupakan antara nilai terpuji paling utama yang perlu dipupuk dalam diri masing-masing. Bukan sahaja sesama manusia, tetapi juga dengan makhluk ciptaan Allah yang lain seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
Tambahan pula terhadap haiwan jalanan. Jika dibandingkan dengan haiwan peliharaan yang lain, mereka tidak menerima penjagaan yang baik selain selalu berlapar dan terbiar. Kadangkala tanpa makan dan minum dalam tempoh masa yang lama.
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Siap Masak Untuk Beri Makan Kepada Haiwan Jalanan Raih Pujian Ramai [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Terharu Lihat Wanita Siap Bawa Makanan & Minuman Untuk Bantu Anjing Alami Kecederaan [Video]
Staf J&T Baik Hati Beri Ayam Goreng Kepada Anjing Liar
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang pekerja kurier (penghantar barang) syarikat logistik J&T dikenali sebagai Ali berkongsi video dirinya sedang memberi makan kepada dua anjing liar.
Difahamkan, anjing tersebut tinggal di kawasan taman perumahan yang menjadi lokasi Ali untuk menghantar parcel pelanggan. Menerusi klip berkenaan, kelihatan anjing-anjing itu menunggu dengan sabar apabila Ali sedang membuka bungkusan ayam goreng. Siap goyang-goyangkan ekor!
Staf J&T tersebut juga menyuap mereka makan seolah-olah sudah akrab dan selalu menyajikan makanan buat anjing terbiar itu.
Selepas selesai makan, lelaki terbabit turut menyediakan sebekas air untuk anjing-anjing itu minum. Alhamdulillah, nampak berselera betul mereka menikmati juadah makanan tersebut.
“Suka bagi anjing makan supaya Allah murahkan lagi rezeki kita,” ujarnya.
Risau Anjing Terbiar Kebuluran Jika Sudah Tiada Satu Hari Nanti
Lelaki itu menerusi kapsyen hantaran turut tertanya-tanya apakah nasib anjing-anjing berkenaan sekiranya dia tidak lagi dapat memberi makan untuk menjaga keperluan mereka.
“Macam mana kalau aku dah tak ada nanti mesti korang lapar,” katanya lagi.
@alilijnt Macam mana kalau aku dah takde nanti mesti korang lapar #jnttttexpressssssssssssssssssssssssssjhr383
♬ Mencintaimu Piano Cover – Ray Peaceano
Tonton video penuh [DI SINI].
Ramai Kagum Dengan Sikap Baik Hati Lelaki Beri Anjing Jalanan Makan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji tindakan Ali yang sudi berkongsi rezeki dengan dua ekor anjing tersebut.
“Suka tengok momen ni, Ali terbaik. Selalu dia kacau anjing dengan nyanyian dia, tapi kali ni beri mereka makan. Terbaik,” kata seorang netizen.
“Anjing akan kenal orang yang bagi dia makan. Malah dia akan jaga,” tambah seorang pengguna TikTok.
Sementara itu, ramai juga yang mendoakan perkara-perkara baik buat lelaki yang tidak berkira menghulurkan makanan kepada anjing terbiar.
“Ya Allah kau limpahkanlah rezeki tak terbatas buat adik ni. Mudahkan segala urusannya. Selalu kau buat akak gelak tapi hari ni kau buat akak menangis dik,” ujar seorang wanita.
Berikut antara komen-komen netizen:





Baca Artikel Berkaitan: Anjing Terbiar Setiap Hari Diberi Nasi Lemak. Sampai Berisi Badan!
Baca Artikel Berkaitan: Gelagat Anjing Excited Nampak Abang Kurier Datang Melawat Undang Perhatian Ramai [Video]
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Individu Beri Makan Kepada Anjing Jalanan Raih Pujian

