Now Reading
Lelaki Bangga, Tetap Berkeras Hisap Rokok Selepas Ditegur Di Cafe Bikin Ramai Panas Hati

Lelaki Bangga, Tetap Berkeras Hisap Rokok Selepas Ditegur Di Cafe Bikin Ramai Panas Hati

Menerusi hantaran di X, lelaki yang mempunyai status ,turut mendedahkan bahawa dia telah menyalakan sebatang rokok lagi bagi melihat reaksi individu yang menegurnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum sedia maklum, bahawa kerajaan menetapkan larangan merokok di lokasi-lokasi tertentu termasuklah di kedai makan.

Malangnya masih terdapat segelintir individu biadap yang tidak bertanggungjawab dan mengabaikan larangan ini sehingga melanggar undang-undang negara.

Walaupun telah ditegur oleh orang sekeliling, mereka tetap bersikap keras kepala dan terus menghabiskan rokok yang telah dinyalakan.

Malah ada yang sehingga berbangga dan mendabik dada dengan sikap mereka yang seolah-olah ‘berani’ melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang.

Baca Artikel Berkaitan: PDRM Jalankan Siasatan Tatatertib Selepas Tular Video Anggota Merokok Di Restoran

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Puas Hati Lihat Anggota DBKL Kompaun Perokok Buang Puntung Di Tempat Awam [Video]

Baca Artikel Berkaitan: KKM Keluarkan Hampir 100,000 Notis Ingkar Larangan Merokok Di Kedai Makan Berjumlah RM11.45 Juta

Lelaki Dedah Tak Peduli Lepas Ditegur Kerana Hisap Rokok Di Cafe

Seperti yang tular di media sosial baru-baru ini, seorang lelaki mendedahkan bahawa dia tidak mempedulikan teguran seorang bapa bersama anak agar tidak merokok di sebuah kafe popular.

Tambahnya lagi, dia turut mencucuh sebatang rokok lagi untuk melihat reaksi lelaki terbabit.

Dalam posting sama, dia turut menegaskan akan tetap merokok di mana sahaja yang dimahukannya.

“Tegur sekadar tegur baik toksah, buang masa je sebab aku akan hisap rokok dekat mana aku nak hisap rokok,” katanya.

Lebih mengecewakan, dia menggunakan alasan di dalam Al-Quran langsung tidak terdapat ayat yang menghalang seseorang dari ‘merokok di dalam kedai itu’.

“Dalam al-Quran tak ada cakap pun dekat *** Hartamas tak boleh hisap rokok. Haha bapak b*d*h,” tulisnya dengan bangga.

Ramai Berang Lihat Sikap Lelaki Tidak Mahu Berhenti Merokok

Sikapnya yang sombong itu dan enggan berhenti merokok di kedai makan walaupun setelah ditegur telah menarik perhatian ramai yang membanjiri bahagian balas hantaran itu.

“Dia tu chill sebab anak dia ada. Bukan sebab hang hebat, b*ngang,” kata seorang individu.

Ada juga individu yang berkata dia tidak sepatutnya memainkan ayat al-Quran seperti yang ditulis dalam hantarannya di atas.

Dalam masa sama seorang warganet menegaskan kemudaratan merokok terhadap orang sekeliling walaupun mereka tidak pernah merokok sama sekali.

“Rokok ni kalau mampuskan (membahayakan) kau sorang tak apa. Masalahnya dia mampuskan orang sekeliling juga,” ujarnya.

Seorang individu turut menyebut akaun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Putrajaya dan mendakwa terdapat pengguna media sosial lain yang telah membuat laporan secara rasmi terhadapnya.

Cara Laporkan Kesalahan Hisap Rokok Di Kedai Makan

Sekiranya anda melihat seseorang menghisap rokok di tempat yang tidak sepatutnya, khususnya di kedai makan, laporkan perkara itu kepada pihak berkuasa menerusi cara berikut:

  • Hotline Aduan Larangan Merokok menerusi WhatsApp di talian 010-860 8949.
  • Hotline di talian 03-88924530
  • Laman web Jom Lapor

Bagi aduan menerusi WhatsApp dan Jom Lapor, anda boleh menyertakan sekali nama restoran dan lokasi, waktu dan tarikh kesalahan dilakukan serta gambar yang menunjukkan situasi itu.

Baca Artikel Berkaitan: “Aircond Bang, Semua Orang Bau” – Pemandu Tegur Warga Emas Didakwa Merokok Dalam Bas [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Tak Normal Batuk Berkahak Setiap Pagi, Ini Info Golongan Perokok Perlu Tahu

Baca Artikel Berkaitan: “It’s Ugly”- Gelagat Pelajar Tegur Ayah Untuk Berhenti Merokok Buat Ramai Terhibur [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.