“Bayar Kopi Aesthetic Tak Bising Pun” – Wanita Tegur Geng Persoal Masakan Melayu Harga High-end
Jelas wanita itu, dia memberi teguran tersebut selepas dia melihat ramai yang mempertikaikan harga makanan dijual di restoran Rembayung oleh Khairul Aming.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak kebelakangan ini, kecoh dia media sosial tentang pembukaan kedai makan fizikal pertama usahawan dan influencer terkenal Khairul Aming.
Kalau anda nak tahu, restoran dikenali sebagai Rembayung itu sudah mula beroperasi sejak 6 Januari lalu dan kini mendapat sambutan hangat khususnya dari rakyat Malaysia dan pembeli setia produknya selama ini.
Orang ramai juga mula berkongsi klip momen mereka menikmati makanan di sana, selain reviu makanan-makanan ditawarkan. Seperti yang disangkakan, ramai yang berpuas hati dengan servis di Rembayung. Walaupun ada sedikit penambahbaikan yang perlu dilakukan namun para pelanggan berpuas hati dengan pengalaman makan di sana.
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Mula Beri Review, Puji Makanan & Harga Makanan Di Rembayung
Baca Artikel Berkaitan: Rembayung Tawar ‘Kids Meal’, Khairul Aming Terima Pujian Ramai
Baca Artikel Berkaitan: “Restoran KA Ni Tak Lari Pun” – Wanita Dikritik Selepas Persoal Slot Booking Rembayung Dibuka Untuk 7 Hari
Ramai Pelanggan Mengadu Masakan Melayu Tak Sepatutnya ‘Mahal’
Dalam pada orang memuji servis dan makanan di sana, ada pula segelintir pihak yang mempertikaikan harga-harga makanan di Rembayung. Menurut mereka, makanan dijual oleh Khairul Aming di kedai makanan adalah mahal dan tidak mesra poket.

Tidak bersetuju dengan kritikan orang ramai, seorang wanita dikenali sebagai Nadia menerusi hantaran di laman Threads meminta orang ramai untuk berhenti ‘merendah-rendahkan’ nilai masakan Melayu.
Jelasnya, ramai yang mampu untuk membayar makanan barat (western) dan manisan yang viral atau cantik tetapi merungut untuk membayar sajian makanan Melayu yang berkualiti.
“Kau okay nak bayar untuk brownies, sepinggan brunch dan kopi cantik-cantik (estetik). Tak bising pun. Tapi bila makanan Melayu menggunakan bahan yang berkualiti, tidak ambil jalan pintas, disajikan dalam hidangan besar, dengan suasana yang cantik serta harga setimpal, tiba-tiba muncul komen, ‘Eh, ini nasi campur high-end ke?’
“Sejak bila makanan Melayu perlu sentiasa murah? Jika tak mampu, tak perlu kritik. Banyak lagi pilihan lain, daripada gerai tepi jalan hinggalah memasak sendiri di rumah,” katanya.
View on Threads
Wanita Minta Pelanggan Cuba Dahulu Masak Makanan Melayu Di Rumah, Sama Kualitinya Atau Tidak
Jelas Nadia, pandangannya ini adalah mewakili semua masakan Melayu yang dijual di Malaysia. Bagaimanapun perkara yang mencuri perhatiannya apabila ramai mula mempersoalkan harga makanan yang dikatakan ‘mahal’ dijual di Rembayung.
Malah dia juga menyarankan pelanggan yang ‘banyak bunyi’ ini untuk cuba memasak sendiri makanan Melayu yang lazat di rumah.
“Dah tentu ini (pandangannya) terpakai untuk semua makanan Malaysia, tetapi kebelakangan ini orang sering berdebat tentang harga ‘tinggi’ makanan Melayu sejak KA lancarkan Rembayung.
“Saya sendiri masih belum pandai menyediakan asam laksa yang betul, jadi saya makan di luar dan tak pernah mengeluh. Saya tahu betapa banyak kerja dan kemahiran yang diperlukan.
“Orang yang banyak mengeluh sepatutnya cuba sediakan sendiri salah satu hidangan ini. Kita juga perlu didik masyarakat kita bahawa makanan Malaysia sama menariknya, jika tidak lebih, berbanding banyak hidangan Barat ni.”
View on Threads
Orang Ramai Sepatutnya Lebih Sokong Usahawan Tempatan, Bukan Menjatuhkannya
Seorang lelaki dikenali sebagai Chris Lim pula berpendapat bahawa segelintir netizen bersifat hasad dengki terhadap KA kerana tidak putus-putus mencemuh dan mengkritik Rembayung.
Jelasnya, ada pihak yang sanggup membandingkan makanan di Rembayung dengan menyediakan senarai harga-harga makanan di restoran ternama di Malaysia.
Dakwanya, ada juga yang menjana resit palsu menggunakan AI (kecerdasan buatan) yang akhirnya hanya memburukkan KA dan menimbulkan ‘drama’ mengenai harga di kedai makan terbabit.
“Ada orang sampai buat jadual, carta, dan helaian Excel tentang harga Rembayung vs Cili Kampung vs De.Wan 1958. Buat analisis kewangan semata-mata nak sebarkan kebencian terhadap jenama tempatan.
“Lepas tu guna AI untuk cipta resit palsu supaya tunjuk betapa mahalnya makanan KA. Lepas tu, dekat bazar Ramadan, murtabak saiz pek tisu mini RM15 semua beratur 1KM. Jujurnya, saya tak pernah nampak tahap dengki macam ni sebelum ni.
“Kenapa nak kecam dan jatuhkan usahawan Melayu/rakyat sendiri? Apa yang korang dapat dari situ? Kita patut bangga sebab kita mampu mengangkat masakan tempatan,” tegurnya.
View on Threads
Pilih Kedai Makanan Yang Sesuai Dengan Kemampuan Sendiri
Menerusi ruangan balas, rata-rata orang ramai bersetuju dengan pandangan-pandangan di atas.
“Betul, makanan Melayu lebih kompleks sebab perlukan banyak bahan, masa memasak yang lama, dan tenaga kerja yang ramai. Itu semua kena pertimbangkan kos. Ada banyak pilihan makanan di KL. Pilih yang sesuai dengan kemampuan sendiri, ” kata seorang lelaki.
“Orang yang masak masakan Melayu dari awal (from scratch) je faham betapa lecehnya proses tu. Sebab tu ramai yang akan masak dalam kuantiti banyak dan bekukan. Spageti semua tu senang je,” ujar seorang pengguna Threads.
Berikut antara komen-komen netizen:








