fbpx
Now Reading
Ramai Mula Beri Review, Puji Makanan & Harga Makanan Di Rembayung

Ramai Mula Beri Review, Puji Makanan & Harga Makanan Di Rembayung

Menerusi reviu yang diberikan oleh para pelanggan, ramai yang menyifatkan harga yang ditawarkan untuk hidangan di Rembayung adalah berpatutan dan bersesuaian untuk makan empat orang dan ke atas.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pada bulan lalu influencer dan usahawan terkenal, Khairul Aming telah memaklumkan bakal membuka sebuah restoran dikenali sebagai Rembayung di Kuala Lumpur.

Sebaik pengumuman itu dimaklumkan, ramai yang sudah tidak sabar untuk mencuba hidangan masakan Melayu yang dihidangkan di restoran tersebut.

Malah ramai yang cuba membuat tempahan sewaktu Khairul Aming memaklumkan cara untuk membuat tempahan sehingga laman sesawang untuk membuat tempahan itu tergendala disebabkan trafik yang terlalu ramai.

Ramai beri reviu lepas makan di Rembayung

Semalam (6 Januari), restoran Rembayung telah mula beroperasi dan menerima kumpulan pelanggan pertamanya yang berjaya membuat tempahan menerusi laman sesawang khas yang disediakan. Bahkan perkara itu turut dikongsikan oleh Khairul Aming menerusi laman sesawangnya yang memaparkan wajah ceria para pelanggan di Rembayung.

Apabila sudah ada pelanggan yang mula berkunjung pastinya mereka tidak ketinggalan untuk meninggalkan reviu buat restoran terkenal itu.

Memandangkan ia baru beroperasi serta menggunakan sistem tempahan, maka ramai yang ingin mengetahui rasa dan harga makanan serta pengalaman perkhidmatan sewaktu berada di restoran influencer berkenaan.

Sifatkan semua makanan dipesan enak

Seorang wanita yang dikenali sebagai @wthiqah di Threads, turut berkongsi pengalamannya sewaktu makan di restoran itu.

Menerusi hantaran yang dikongsikan, kelihatan dia dan rakan telah memesan beberapa jenis lauk seperti:

  • Daging salai masak lemak cili api
  • Ayam salai masak lemak cili api
  • Siakap sambal
  • Udang sambal
  • Telur dadar
  • Sayur masak lemak putih
  • Terung sambal
  • Ulan dan sambal
  • Cucur udang

Malah wanita itu turut memberi penilaian yang tinggi terhadap makanan yang dipesan serta berpuas hati dengan hidangan tersebut.

Saiz hidangan makanan besar

Menurutnya semua lauk-pauk yang dipesan mempunyai saiz hidangan yang besar. Bahkan turut menyifatkan berasa selesa dan nyaman sepanjang berada dalam restoran itu.

Katanya para pekerja juga begitu baik selain pandai merakamkan gambar yang cantik buat pelanggan.

Perkongsian wanita itu turut mendapat perhatian Khairul Aming yang mengucapkan terima kasih atas maklum balas diberikan. Selain itu, dia turut mengucapkan tahniah kerana menjadi pelanggan pertama meraikan hari jadi di Rembayung.

Jumlah keseluruhan untuk makanan yang dipesan adalah RM360.35. Di ruangan komen ramai mengatakan harga untuk makanan tersebut dengan saiz hidangan dikatakan berbaloi.

View on Threads

Ada pelanggan sifatkan harga makanan berpatutan dengan saiz hidangan

Seorang lagi pengguna di Threads, Zulashry Zulkifli turut ada berkongsi harga makanan pada menu restoran Rembayung dan menyifatkan ia murah jika ingin dibandingkan dengan restoran masakan Melayu yang lain di Kuala Lumpur.

Perkara itu turut dipersetujui oleh orang ramai menerusi ruangan komen kerana ada yang menjangkakan harganya lebih mahal.

View on Threads

Siap ada yang beri hidangan ‘recommendation’

Fatimah Marwa di Threads, menyifatkan mereka yang ingin berkunjung ke restoran itu perlu datang dalam kumpulan ramai seperti empat orang dan ke atas.

Ini kerana, saiz hidangan yang banyak serta berbaloi dengan harga sekiranya datang dengan orang yang ramai.

Selain itu, dia menyifatkan suasana di dalam restoran begitu cantik dan menyarankan orang ramai untuk berpakaian bersesuaian untuk merakamkan gambar.

Kawasan parkir tak sesak dan dekat dengan restoran

Manakala bagi parkir pula ia tidak terlalu sesak dan berdekatan dengan restoran. Harga parkir bermula dari RM10 untuk dua jam pertama dan RM4 untuk jam seterusnya.

Boleh naik MRT dan turun di stesen Raja Uda

Namun bagi mereka yang tidak mahu menaiki kenderaan sendiri, Fatimah menyarankan untuk menaiki kenderaan awam seperti MRT dan turun di stesen Raja Uda.

Antara makanan yang dicadangkan untuk pelanggan lain cuba adalah:

  • Sambal tumis
  • Sayur masak lemak
  • Cucur udang serta air kelapa

Fatimah turut memuji servis perkhidmatan yang diberikan oleh Khairul Aming serta para pekerja yang cukup bagus dan baik.

View on Threads

Selain itu, ramai yang sudah mula memberikan reviu jujur mereka yang mungkin boleh menjadi rujukan buat para pelanggan yang akan datang.

View on Threads
View on Threads
View on Threads

Berikut adalah antara komen netizen:

“Muka staf Khairul Aming baik”

“Cucur udang kuah kacang memang susah nak cari yang jual-jual tepi jalan tau. Tapi sambal udang dia memang lah kalau tengok buat lapar”

“Best tengok orang reviu, semua orang datang makan bersiap. Lawa-lawa dan tenang saja makan”

“Nampak pun dah sedap, belum lagi rasa”

“Ya murah. Lebih rendah daripada yang dijangkakan tapi tengok reviu makanan rasa sedap. Bagus team Rembayung”

“Standard. Persekitaran atas daripada kelas tengah. Tak terlalu cozy tetapi lebih kelas daripada tempat makan biasa”

“Okay lah harga tak mahal sangat”

“Untuk 4 orang makan. Lauk banyak tu kira tak mahal lah. Dengan buah lagi, ada cucur udang, okay lah. Boleh pergi, tapi nak booking ni mahu dapat tahun depan.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.