Now Reading
“Pasanglah Jaring” – Ramai Seriau Lihat Budak Terlepas Dari Jeriji Balkoni Rumah Bertingkat [Video]

“Pasanglah Jaring” – Ramai Seriau Lihat Budak Terlepas Dari Jeriji Balkoni Rumah Bertingkat [Video]

Tidak dapat dipastikan unit berkenaan berada di tingkat berapa, tetapi kedudukannya agak tinggi jika dilihat pada bahagian luar balkoni tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Mereka yang berkeluarga dan tinggal di rumah bertingkat diingatkan agar sentiasa berwaspada serta mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini menimpa anak-anak.

Seperti yang pernah dilaporkan pada tahun 2022, seorang kanak-kanak berusia tiga tahun maut apabila terjatuh daripada tingkat 10 bangunan, disyaki menerusi tingkap bilik air.

Malah seorang kanak-kanak autistik lelaki sebelum ini juga pernah memanjat balkoni dengan alasan mahu ke rumah jiran.

Baca Artikel Berkaitan: Budak 3 Tahun Maut Jatuh Dari Tingkat 10, Dipercayai Panjat Tab Mandi Keluar Dari Tingkap

Baca Artikel Berkaitan: Budak 12 Tahun Maut Terjatuh Dari Tingkat 14 Hotel Di Sabah

Baca Artikel Berkaitan: Kanak-kanak Perempuan Panjat Luar Balkoni Rumah Buat Orang Ramai Kecut Perut

Baca Artikel Berkaitan: “Berderau Darah Kami!” – Ibu Kongsi Kisah Cemas Anak Autistik Panjat Balkoni Kerana Mahu Ke Rumah Jiran

Kanak-kanak Berdiri Luar Jeriji Balkoni

Baru-baru ini, tular video di TikTok (@suh65mi) yang menyaksikan seorang kanak-kanak lelaki sedang berdiri dan berada di bahagian luar jeriji balkoni sebuah rumah bertingkat.

Namun nasib menyebelahinya kerana tidak terjatuh, mungkin kerana terdapat ruang kecil pada awning (bumbung) di hadapan balkoni.

Difahamkan dia tidak dapat dibawa masuk kembali disebabkan besi balkoni itu yang tertutup sepenuhnya sehingga ke bahagian siling.

Tidak dapat dipastikan unit berkenaan berada di tingkat berapa, tetapi kedudukannya agak tinggi jika dilihat pada bahagian luar balkoni tersebut.

Abang Bomba Selamatkan Kanak-kanak

Pun begitu, kanak-kanak itu dapat diselamatkan dengan bantuan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Dilihat seorang anggota memegang kanak-kanak terbabit untuk mengelakkannya daripada terjatuh, sementara seorang lagi menggunakan sejenis alatan khas dipercayai RTA Tool Spreader bagi meregangkan ruang di antara pagar besi itu agar dapat menarik masuk kembali kanak-kanak terbabit.

“Hati-hati siapa duduk rumah bertingkat ni. Kesian baby, anak-anak. Jadikan pengajaran. Nasib ada abang maintenance datang awal,” tertulis di ruangan kapsyen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima hampir 740 ribu tontonan dengan lebih 12,000 tanda suka.

@suh65mi

Hati2 sape duk rumah bertingkat ni. Kesian baby, anak2. Jadikan pengajaran. Nasib ada abang maintenance datang awal. Tolong tag klu jumpe, tq bang 🫡

♬ bunyi asal – ⚡Dj mat⚡

Tonton video penuh [DI SINI].

Ramai Bersyukur Kanak-Kanak Dapat Diselamatkan

Menjenguk ke ruangan komen, orang ramai berasa seriau dan risau melihat situasi itu namun bersyukur kerana kanak-kanak tersebut terselamat daripada terjatuh.

Mereka turut mengucapkan terima kasih kepada pasukan bomba yang sentiasa bersedia untuk membantu dalam apa jua keadaan.

“Alhamdulillah selamat. Pengajaran untuk semua kena lebih alert dengan keberadaan anak masing-masing. Benda nak jadi memang akan jadi,” kata seorang wanita.

Di samping itu, warganet juga meminta mereka yang duduk di rumah bertingkat agar memasang jaring pada pagar balkoni bagi keselamatan anak-anak.

“Modal keluar sikit la pasang dawai petak-petak beli di hardware lepas tu do-it-yourself (DIY) sendiri,” tegas seorang lelaki.

Baca Artikel Berkaitan: Gara-gara Subang Di Hidung Tersangkut Pada Kerusi, Wanita Terpaksa Dibawa Ke Balai Bomba [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Besinya Agak Tebal” – Bomba Potong Cincin Tersekat Pada Kemaluan Lelaki

Baca Artikel Berkaitan: Bomba Selamatkan 3 Warga Emas Terperangkap Dalam Lif Masjid Hampir 1 Jam [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.