Now Reading
Influencer Dakwa Dahi Benjol Terkena Botol Ketika Sesi ‘Baling Hadiah’ Di Event MMF [Video]

Influencer Dakwa Dahi Benjol Terkena Botol Ketika Sesi ‘Baling Hadiah’ Di Event MMF [Video]

Influencer yang dikenali sebagai Eycha itu tidak menyangka sebuah plastik berisi botol secara tiba-tiba terkena dahinya semasa dia sedang makan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pasti ada di antara kita yang gemar menghadirkan diri ke sesebuah acara kerana minat selain mahu menyertai pelbagai aktiviti yang ada bukan?

Malah, ada juga yang hadir untuk menyertai peraduan cabutan bertuah dengan harapan dapat pulang membawa hadiah yang lumayan.

Paling menarik, ada sesi baling hadiah daripada atas pentas untuk para penonton yang berada di bawah. Siapa yang dapat, kira beruntung lah.

Baling hadiah tepat kena dahi influencer ini

Namun, lain pula ceritanya dengan seorang influencer wanita yang dikenali sebagai Eycah apabila hadiah yang diperolehinya itu perlu ‘dibayar’ dengan kesakitan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, kejadian berlaku semasa di acara Malaysia Modifighter Festival (MMF) yang bertempat di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang pada baru-baru ini.

Menurut Eycah, semasa sesi balingan hadiah di acara yang dianjurkan oleh Choii Motorsports itu, dia tidak memberi tumpuan kerana berfikiran hadiah yang diberikan merupakan sehelai baju sahaja.

Tengah makan tiba-tiba botol ‘hinggap’ di kepala sampai benjol dahi

Bagaimanapun, dia tidak menyangka apabila secara tiba-tiba sebuah botol di dalam plastik yang dibaling daripada atas pentas tepat terkena kepalanya ketika dia sedang makan.

Dalam video tersebut, kelihatan jelas dahi Eycah mengalami benjol dipercayai akibat terkena botol berkenaan.

“Nasib baik aku ni fighter Muay Thai, jadi boleh lah tahan sakit, kalau orang biasa yang kena macam ni sumpah sakit, benjol tu rasa berdenyut.

“Jadi aku buat video ni untuk beri peringatan kepada semua kalau korang nampak ada orang baling hadiah tolong lah beri tumpuan,” katanya.

@real.eycah Takpela tak menang kereta r34 hmm #choii #choiimotorsport ♬ "When the Saints Go March" Weakness Arrangement for Interesting Video(911402) – yo suzuki

Baca Artikel Berkaitan: Pemuda Mahu Masuk Wang ‘Lucky Draw’ RM310k Baru Dimenangi Dalam Akaun Bank Kekasih Raih Perhatian [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.