“Benda Baik Patut Dirai” – Wanita Millenials Puji Gen Z, Berani Bersuara & Ubah Budaya Toksik
Menurut seorang pengguna Threads, Gen Z mampu mengubah persekitaran dan budaya tempat kerja daripada negatif ke arah yang lebih positif.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kalau anda perasan di platform media sosial, segelintir pengguna dilihat menghentam golongan anak muda yang digelar Gen Z kerana sikap mereka. Ada yang berkata perangai dan peel mereka tidak mencerminkan individu yang bertanggungjawab.
Namun bagi pendapat kami, golongan lebih berusia tidak boleh memukul rata dan menganggap semua anak muda mempunyai sikap negatif yang sama. Jangan disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga.
Malah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini turut mengiktiraf golongan tersebut yang lebih lantang bersuara termasuklah dari aspek politik dan pentadbiran negara.
Baca Artikel Berkaitan: Pengaruh Gen Z Cetus Inspirasi Kerajaan Tambah Baik Tadbir Urus Negara – Anwar Ibrahim
Baca Artikel Berkaitan: Lebih Separuh Gen Z Tak Mampu Berdepan Dengan Tekanan Kerja, Alami ‘Burnout’
Baca Artikel Berkaitan: Ibu Ayah Gen Z Kurang Membaca Kepada Anak, Anggap Hanya Sebagai Subjek Pembelajaran
Gen Z Hapuskan Persekitaran Kerja Yang Toksik
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang individu dari golongan millenials memuji golongan anak muda kini terutamanya Gen Z kerana sifatnya yang lebih menonjol dan berani untuk bersuara mengenai persekitaran pekerjaan mereka.
Jelasnya, segelintir generasi millenials (Gen Y) lebih cenderung menyembunyikan ketidakpuashatian terhadap sistem atau persekitaran yang bercanggah dengan prinsip mereka ataupun toksik.
Malah dia juga berpandangan bahawa anak muda kini membawa perubahan besar sehingga mampu menambah baik budaya kerja dan tidak takut untuk memperjuangkan hak masing-masing.
Malah dia berpendapat, suara-suara Gen Z juga antara faktor mengapa gaji minimum yang ditetapkan kerajaan kini semakin meningkat berbanding dahulu.
View on Threads
“Mak (saya) suka sangat Gen Z. Banyak perubahan, ubah Perdana Menteri, ubah tangga gaji, ubah budaya toksik dan mengarut, expose dinosaur tak guna. Harapnya Gen Z semua berani-berani.
“Kami semua memang dah lama tunggu orang untuk selamatkan kita, sebab kita millenials ni kebanyakannya suka jaga hati orang lain, takut nak lakukan perubahan sebab trauma kanak-kanak. Terima kasih korang,” kata individu terbabit.
Menurutnya lagi, istilah dinosaur yang digunakan merujuk kepada golongan old timer seperti pekerja-pekerja lama dan berusia yang menggunakan kaedah atau sistem pekerjaan yang lama meskipun sudah mempunyai pembaharuan yang lebih efisien.

Sikap Berani Gen Z Disifatkan Mampu Tangani Budaya Rasuah Di Tempat Kerja
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai turut bersetuju dengan pandangan pengguna Threads itu selain turut memuji Gen Z di Malaysia.
“Ya betul. Saya salute dekat Gen Z yang tak takut nak hapuskan kitaran kerja dan budaya yang toksik. Benda baik macam ni patut diraikan,” kata seorang lelaki.
“Ya sejak mereka dalam tenaga kerja, memang banyak pemberi maklumat,” tambah seorang wanita.
Malah, ada yang berpendapat bahawa generasi muda ini berani melakukan perubahan kerana tidak mahu terikat dalam persekitaran sama seperti pekerja-pekerja otai terdahulu.
“Sebab Gen Z dah cukup menyaksikan generasi-generasi sebelum ni hidup merana. Gen Z sekarang ni nak kitaran tu putus,” ujar seorang netizen.
“Kalau Gen Z ni diberi peluang lebih banyak rasanya budaya rasuah silap-silap boleh dihapuskan dalam negara ni,” kata seorang gadis.
Gen Z Luar Negara Juga Tonjolkan Sikap Yang Sama
Sementara itu, ada juga yang berkata bahawa bukan sahaja Gen Z di Malaysia malah seluruh negara menunjukkan sikap proaktif dalam membanteras perkara yang dilihat salah dari segi undang-undang.
“Gen Z Nepal tumbangkan kerajaan dan lantik kabinet baru dalam masa seminggu je tahun lepas. Tiada nak drama-drama buat revolusi tidak bertempat. Harta benda yang musnah masa diorang lakukan rusuhan pun diorang gotong-royong balik kemaskan.
“Diorang pun tak ada nak lantik antara geng mereka untuk jadi (ahli kabinet) kerajaan. Pelantikan kabinet baru hanya lantik orang-orang yang profesional sahaja. Gen Z di satu tahap yang baru,” kata seorang warganet.
Baca Artikel Berkaitan: Protes Di Nepal: PM Letak Jawatan, Isteri Bekas PM Maut Rumah Dibakar Perusuh
Berikut antara komen-komen netizen:






Baca Artikel Berkaitan: “Ni Pun Jadi Isu?” – Ramai Bingung Wanita Persoal Gen Z Guna Kipas Sambil Jalan
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gen Z Lebih Suka Kerja Hibrid Sebab Fleksibiliti, Betul Ke?
Baca Artikel Berkaitan:“Bila Cikgu Gen Z + Murid Alpha” – Video Kerjaya Janaan AI Ketika Majlis Graduasi Raih Perhatian [Video]



