55 Tentera Cuba & Venezuela Mati Dibunuh Askar AS Dalam Serbuan Terhadap Maduro
Daripada angka yang terkorban itu, 23 mangsa merupakan tentera Venezuela dan 32 lagi adalah askar negara Cuba serta kakitangan keselamatan Kementerian Dalam Negeri.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pasukan tentera Amerika Syarikat (AS) didakwa telah membunuh seramai 55 anggota tentera Venezuela dan Cuba ketika serbuan mengejut untuk menangkap Nicolas Maduro pada Sabtu lalu (3 Januari).
Memetik Berita Harian, angka kematian itu diterbitkan oleh Caracas dan Havana pada semalam (6 Januari).
Tentera Venezuela memaklumkan seramai 23 anggotanya terkorban dalam serangan AS semasa membuat pengesahan buat pertama kali mengenai kerugian yang dialami negaranya. Bagaimanapun, Caracas pada ketika ini belum mengeluarkan angka rasmi korban awam.
32 anggota tentera dan kakitangan keselamatan Cuba terbunuh
Cuba pula sebelum ini mengumumkan seramai 32 anggota angkatan tenteranya serta kakitangan keselamatan Kementerian Dalam Negeri yang ditugaskan di Caracas terbunuh dalam serbuan berkenaan dan turut menyenaraikan mangsa yang terkorban.
Mangsa berusia antara 26 hingga 67 tahun, termasuk dua kolonel dan seorang leftenan kolonel.
Menurut Menteri Pertahanan Venezuela, Vladimir Padrino Lopez, kebanyakan warga Cuba yang terkorban dipercayai anggota pasukan keselamatan peribadi Maduro.
Serangan bermula dengan pengeboman ke atas kentereraan Venezuela
Difahamkan, serangan terbabit bermula dengan pengeboman ke atas sasaran ketenteraan sebelum pasukan khas AS mendarat menggunakan helikopter untuk menahan Maduro dan isterinya, Cilia Flores dari sebuah kompleks.
Mandar un abrazo a todo el pueblo Venezolano…game over Maduro…!!!
— Cristóbal Soria (@cristobalsoria) January 3, 2026
Viva Venezuela…!!! pic.twitter.com/TCKOV1Lecx
Kedua-duanya kemudian dibawa ke New York dan hadir di mahkamah pada Isnin sebelum mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pengedaran dadah dan beberapa pertuduhan lain.
Fuerte Tiuna Caracas pic.twitter.com/37B9exn2ZY
— Armando Polachini (@PolaciniArmando) January 3, 2026
Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum pada semalam menggesa AS memastikan Maduro menerima perbicaraan yang adil.
Dalam pada itu, bekas Naib Presiden Venezuela, Delcy Rodriguez telah mengangkat sumpah sebagai Presiden Interim kelmarin.
Presiden AS, Donald Trump, berkata beliau bersedia bekerjasama dengan Rodriguez, dengan syarat beliau memenuhi tuntutan Washington untuk memberikan syarikat AS akses kepada rizab minyak Venezuela yang besar.
Venezuela tak dibenarkan adakan pilihan raya
Sebelum ini, Venezuela tidak dibenarkan untuk mengadakan pilihan raya umum dalam masa terdekat selepas Maduro ditingkap oleh tentera AS.
Setiausaha Negara AS, Marco Rubio berkata, terlalu awal untuk memilih presiden baharu selepas kejatuhan Maduro.
Maduro mengaku tidak bersalah di mahkamah New York
Dalam pada itu, Maduro yang dihadapkan ke mahkamah New York juga mengaku tidak bersalah ke atas dakwaan mengedarkan dadah dan beberapa pertuduhan lain.
Maduro dikhabarkan telah memaklumkan bahawa dia tidak bersalah dan tidak melakukan kesalahan kepada seorang hakim persekutuan di Manhattan.
“Saya Presiden Republik Veneuzela dan saya berada di sini dalam keadaan diculik sejak 3 Januari lalu, Sabtu. Saya ditangkap di rumah saya di Caracas, Venezuela,” katanya kepada mahkamah dalam Bahasa Sepanyol melalui jurubahasa.
Baca Artikel Berkaitan: Trump Tak Benarkan Venezuela Adakan Pilihan Raya Selepas Presidennya Ditangkap Tentera AS
Baca Artikel Berkaitan: “Saya Dalam Keadaan Diculik” – Presiden Venezuela Mengaku Tidak Bersalah Atas Pertuduhan Di Mahkamah AS
