UK Larang Iklan Makanan Tak Sihat Di TV & Dalam Talian, Bendung Obesiti Kanak-kanak
Menurut Jabatan Kesihatan UK dalam satu kenyataan, kanak-kanak akan dilindungi daripada pendedahan berlebihan kepada iklan makanan tidak sihat di televisyen dan secara online.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
United Kingdom melarang pengiklanan makanan tidak sihat di televisyen dan dalam talian (online) yang berkuat kuasa semalam (5 Januari)
Menurut Anadolu Ajensi dipetik Bernama, pelaksanaan larangan itu merupakan sebahagian usaha kerajaan untuk membendung peningkatan obesiti dalam kalangan kanak-kanak di UK.
Di bawah peraturan baharu itu, makanan dan minuman yang diklasifikasikan sebagai tinggi lemak, garam dan gula tidak dibenarkan diiklankan di televisyen sebelum 9 malam atau dipromosikan melalui iklan berbayar online pada bila-bila masa.
Kanak-kanak akan dilindungi dari pendedahan berlebihan iklan makanan tak sihat
Menurut Jabatan Kesihatan UK dalam satu kenyataan, kanak-kanak akan dilindungi daripada pendedahan berlebihan kepada iklan makanan tidak sihat di televisyen dan dalam talian.
Jabatan itu berkata, peraturan berkenaan dijangka dapat mengurangkan bilangan kanak-kanak yang mengalami obesiti dengan angka sebanyak 20,000 orang serta menghasilkan manfaat kesihatan bernilai kira-kira 2 bilion pound sterling atau 2.68 bilion dolar Amerika Syarikat dalam jangka panjang.
Menurut angka rasmi, 22.1% kanak-kanak di England mengalami berat badan berlebihan atau obesiti ketika memulakan sekolah rendah dan angka itu meningkat kepada 35.8% menjelang tamat persekolahan.
Pakar kesihatan sambut baik larangan terbabit, yakin mampu beri kesan positif
Menteri Kesihatan Awam, Ashley Dalton berkata, sekatan itu akan mengurangkan pendedahan berlebihan kepada makanan tidak sihat dan membantu ibu bapa serta kanak-kanak membuat pilihan yang lebih sihat.
Pengarah Eksekutif Obesity Health Alliance, Katharine Jenner menyambut baik langkah itu dengan berkata kanak-kanak akhirnya akan dilindungi daripada iklan makanan tidak sihat yang disifatkannya paling bermasalah.
Ketua Eksekutif Diabetes UK, Colette Marshall pula berkata, keperluan untuk meningkatkan tahap kesihatan kanak-kanak kini sangat penting, memandangkan diabetes jenis dua terus meningkat dalam kalangan golongan muda.
Obesiti merupakan faktor risiko utama bagi diabetes jenis dua, penyakit itu boleh membawa kepada kesan yang lebih serius dalam kalangan golongan muda, termasuk risiko komplikasi serius seperti kegagalan buah pinggang dan penyakit jantung, katanya.
Baca Artikel Berkaitan: Doktor Ini Kongsi 10 Tanda Anda Menghidap Pre-Diabetes [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Gemar Minum Teh Tarik & Teh Ais, Pesakit Diabetes Kongsi Tabiat Pemakanan Sampai Kaki Kena Potong [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Separuh Golongan Dewasa Di Malaysia Hadapi Masalah Obesiti – KJ



