fbpx
Now Reading
Selangor FC Lantik Kim Pan-gon Jadi Ketua Jurulatih

Selangor FC Lantik Kim Pan-gon Jadi Ketua Jurulatih

Selain Pan-gon, Selangor FC turut mengesahkan bekas ketua jurulatih interim, Christophe Gamel dilantik sebagai Pengarah Teknikal baharu yang berkuat kuasa semalam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Selangor FC pada semalam (5 Januari) mengesahkan pelantikan Kim Pan-gon sebagai ketua jurulatih baharu skuad utama Gergasi Merah itu.

Pengumuman yang dibuat di laman Facebook itu sekali gus menamatkan teka teki mengenai hala tuju kelab bola sepak terbabit bagi musim akan datang.

Selangor FC yakin Pan-gon mampu pikul tanggungjawab sebagai ketua jurulatih

Pelantikan Pan-gon dianggap sebagai langkah strategik kelab dalam usaha mengembalikan Selangor FC ke landasan terbaik dan kembali mencabar kejuaraan di pentas domestik.

Selangor FC yakin pengalaman serta rekod pencapaian cemerlang dimiliki bekas Ketua Jurulatih Harimau Malaya itu mampu memikul tanggungjawab besar selaku pengendali skuad Gergasi Merah dengan jayanya.

Kelab itu juga berharap Pan-gon dapat membimbing pasukan ke tahap lebih tinggi menerusi pendekatan taktikal moden, pengurusan pasukan berdisiplin serta pembangunan mentaliti kemenangan dalam kalangan pemain.

Christophe Gamel dilantik Pengarah Teknikal Selangor FC

Selain Pan-gon, Selangor FC turut mengesahkan bekas ketua jurulatih interim, Christophe Gamel dilantik sebagai Pengarah Teknikal baharu yang berkuat kuasa semalam.

Peranan Gamel sebagai Pengarah Teknikal Selangor FC akan memberi fokus sepenuhnya kepada pembangunan struktur kejurulatihan dan bakat muda kelab.

Tumpuan utama Gamel adalah memperkukuhkan pembangunan pemain bawah 23 tahun serta sistem akar umbi bagi memastikan kesinambungan prestasi pasukan utama pada masa hadapan.

Selangor FC mahu bina ekosistem bola sepak mampan

Memetik Harian Metro, langkah itu selari dengan aspirasi Selangor FC untuk membina ekosistem bola sepak mampan yang bukan sahaja bersandarkan keputusan jangka pendek, tetapi turut menitikberatkan pembangunan jangka panjang.

Selangor FC percaya kerjasama strategik antara Pan-gon dan Gamel mampu mewujudkan sinergi kukuh dalam memacu revolusi baharu bola sepak Selangor.

Kelab terbabit dalam pada masa sama turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Pan-gon dan Gamel dalam menjalankan tanggungjawab serta peranan masing masing bersama Gergasi Merah.

Kredit: Facebook/Selangor FC

Dalam pada itu, KPG menjelaskan keputusannya memilih Selangor FC adalah bersandarkan keyakinan terhadap visi dan komitmen kelab.

“Kelab ini mempunyai dedikasi tinggi dan pemahaman yang mendalam terhadap falsafah dan kepimpinan yang saya bawakan,” katanya dipetik Selangor FC.

Baca Artikel Berkaitan: “Apa Yang Kim Pan Gon Maksudkan ‘Bahaya’? Be More Specific” – TMJ

Baca Artikel Berkaitan: Kim Pan Gon Letak Jawatan Sebagai Ketua Jurulatih Harimau Malaya [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.