fbpx
Now Reading
“Saya Dalam Keadaan Diculik” – Presiden Venezuela Mengaku Tidak Bersalah Atas Pertuduhan Di Mahkamah AS

“Saya Dalam Keadaan Diculik” – Presiden Venezuela Mengaku Tidak Bersalah Atas Pertuduhan Di Mahkamah AS

Terdahulu, Presiden Venezuela Nicolas Maduro dan isterinya, Cilia Flores, telah diculik oleh tentera Amerika Syarikat dalam satu serangan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pada 3 Januari lalu, masyarakat global dikejutkan dengan berita penculikan Presiden Venezuela Nicolas Maduro dan isterinya, Cilia Flores, oleh Amerika Syarikat (AS).

Perkara itu telah disahkan oleh Presiden AS Donald Trump, dengan serangan dilancarkan selepas Washington menuduh Maduro mengetuai sebuah ‘negara dadah’ dan mendakwa berlakunya manipulasi pilihan raya.

Penculikan Maduro dan isteri sememangnya menggemparkan rakyat Venezuela sehingga ribuan berarak di ibu negaranya, Caracas, bagi menyatakan sokongan mereka.

Baca Artikel Berkaitan: Trump Tak Benarkan Venezuela Adakan Pilihan Raya Selepas Presidennya Ditangkap Tentera AS

Presiden Venezuela Mengaku Tidak Bersalah

Terbaharu, Maduro, 63, mengaku tidak bersalah atas dakwaan mengedarkan dadah dan beberapa pertuduhan lain ketika dibicarakan di sebuah mahkamah New York.

Memetik laporan Berita Harian, Maduro dikhabarkan telah memaklumkan bahawa dia tidak bersalah dan tidak melakukan kesalahan kepada seorang hakim persekutuan di Manhattan.

“Saya Presiden Republik Veneuzela dan saya berada di sini dalam keadaan diculik sejak 3 Januari lalu, Sabtu. Saya ditangkap di rumah saya di Caracas, Venezuela,” katanya kepada mahkamah dalam Bahasa Sepanyol melalui jurubahasa.

Maduro bagaimanapun diarahkan oleh hakim agar menyatakan namanya sahaja.

Isteri Maduro Juga Mengaku Tidak Bersalah

Dalam masa sama, isteri bekas pemimpin itu yang turut diculik, juga mengaku tidak bersalah.

Sehubungan itu, Hakim mengarahkan agar pasangan suami isteri tersebut terus ditahan dan menetapkan 17 Mac sebagai tarikh perbicaraan baharu.

Trump Umum Hasrat AS Kuasai Kawalan Industri Minyak Venezuela

Terdahulu, AS telah melancarkan satu serangan ke atas Caracas menggunakan pesawat perang dan penempatan besar aset tentera laut bagi menculik kedua-dua suami isteri itu.

Penangkapan Maduro ini disifatkan bakal mengakhiri era pemerintahannya di Venezuela.

Trump dalam beberapa pengumuman mengejut hujung minggu lalu, mengumumkan bahawa pihak AS menguasai keadaan serta memasang hasrat untuk menguasai kawalan ke atas industri minyak Venezuela.

Dengan ketiadaan Maduro, Naib Presiden Delcy Rodriguez telah dilantik oleh Mahkamah Agung Venezuela sebagai Presiden Interim bagi mengambil alih kepimpinan negara.

Tindakan AS Menyalahi Undang-undang Antarabangsa

Mengulas tentang isu penculikan Maduro dan isterinya, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres, dalam satu mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan PBB (UNSC) menegaskan bahawa prinsip kedaulatan, kemerdekaan politik dan keutuhan wilayah mesti dihormati.

Menyentuh soal undang-undang antarabangsa, profesor kanan di Hamad Bin Khalifa University, Qatar berkata, tindakan oleh AS itu adalah menyalahi undang-undang.

Memetik Al Jazeera, beliau berkata tindakan itu adalah sebahagian daripada “era imperialis baharu” AS yang berpandukan minyak dan kepentingan strategik, serta merisikokan normalisasi langkah sama oleh kuasa lain.

Undang-undang antarabangsa jelas menetapkan bahawa sebuah negara tidak boleh menangkap atau menjatuhkan pemimpin mana-mana negara berdaulat lain melainkan Majlis Keselamatan PBB membenarkan penggunaan kekerasan di bawah Bab VIII Piagam PBB.

Baca Artikel Berkaitan: Cadangan Trump Pindahkan Penduduk Gaza Adalah Satu Bentuk ‘Pembersihan Etnik’ – PBB

Baca Artikel Berkaitan: AS Guna Kuasa Veto, Tolak Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.