fbpx
Now Reading
Pakar Psikologi Dedah ‘Metacognitive Doubt’ Dapat Bantu Tingkatkan Motivasi & Lawan Rasa Ragu

Pakar Psikologi Dedah ‘Metacognitive Doubt’ Dapat Bantu Tingkatkan Motivasi & Lawan Rasa Ragu

Pengasas Mental Kuat Centre, Amirul Ramli, berkata rasa ragu-ragu sebenarnya timbul apabila otak sedang menilai risiko yang mungkin berlaku dan bukannya satu bentuk kebenaran.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Ada kalanya apabila kita nak buat sesuatu, apatah lagi ianya sesuatu yang berbeza, mungkin timbul rasa ragu-ragu dengan kebolehan diri sendiri.

“Boleh ke aku buat? Kalau gagal macam mana? Risau pula kena tanggung kerugian banyak kan?” antara persoalan yang sering timbul sebelum memulakan langkah pertama.

Kadangkala sampai terbatal niat untuk melakukan perkara itu dek kerana rasa ragu-ragu dan kebimbangan yang mendalam.

Secara tidak langsung perkara ini boleh menyebabkan seseorang terlepas dengan peluang yang mungkin timbul.

Baca Artikel Berkaitan: Kenali ‘Loss Aversion’, Fenomena Yang Buat Seseorang Takut Dengan Perubahan & Kekal Di Takuk Sama

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Azam 2025 Masih Tak Nampak Bayang? Pakar Ini Kongsi Sebabnya

Ragu-Ragu Wujud Kerana Otak Sedang Menilai Risiko

Pun begitu, pakar psikologi dan Pengasas Mental Kuat Centre Amirul Ramli, menasihati orang ramai agar tidak mempercayai perasaan ragu-ragu itu.

“Kebanyakan orang bila rasa ragu-ragu dia terus percaya yang diri tak mampu dan dia berhenti,” katanya.

Dia menjelaskan situasi ini berlaku kerana mereka mempercayai bahawa rasa ragu-ragu itu sebagai satu bentuk signal kebenaran.

Sebaliknya, rasa keraguan itu sebenarnya timbul apabila otak sedang menilai risiko yang mungkin berlaku.

Persoalkan Keraguan Boleh Merangsang Motivasi

Namun katanya, jika seseorang mempersoalkan keraguan yang dirasai olehnya itu, ia sebaliknya boleh menjadi perangsang motivasi.

Perkara ini dikenali sebagai keraguan metakognitif yang membuatkan seseorang lebih komited dengan matlamat hidupnya.

“Bila anda selalu pertikaikan keraguan anda, ragu-ragu tu masih ada, tapi jadi makin lemah.

“Tapi kalau anda terus percaya pada ragu-ragu tu, itulah masalah bermula. Kadang-kadang kekuatan mental ini bukan bila kita yakin, tapi bila kita berani bergerak walaupun ragu-ragu tu masih ada,” ujarnya.

@amirul.ramli

♬ original sound – AmirulRamli | MentalHealth

Tonton video penuh [DI SINI].

Keraguan Metakognif Bantu Tingkatkan Komitmen Terhadap Matlamat Diri

Dalam penjelasannya, Amirul telah memetik kertas kajian yang diterbitkan dalam jurnal Taylor & Francis tentang meningkatkan komitmen terhadap matlamat diri menerusi keraguan metakognitif.

Kajian mendapati bahawa keraguan metakognitif menghasilkan komitmen yang lebih tinggi dalam kalangan mereka yang mengalami krisis tahap tinggi untuk bertindak (higher action crisis).

Pada sebelah yang lain pula, golongan ini yang berasa ragu-ragu dengan keyakinan (digelar keyakinan metakognitif) sebaliknya akan menunjukkan komitmen yang lebih rendah.

Dalam kajian sama, penyelidik juga mendapati bahawa merangsang “rasa ragu-ragu terhadap keraguan seseorang buat matlamatnya” (doubt against doubt) dapat menginspirasikan keyakinan yang lebih tinggi, seterusnya meningkatkan komitmen terhadapnya.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Apa Kesan Pada Sistem Otak Jika Selalu Kena ‘Gaslighting’ Dengan Orang Sekeliling?

Baca Artikel Berkaitan: Penasihat Kesihatan Mental Sarankan Buat Perkara ini Untuk Tingkatkan ‘Energy Capacity’ Otak [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.