fbpx
Now Reading
Majikan Perlu Tahu! Ini 5 Sebab Kenapa Penting Beri Ganjaran Kepada Pekerja

Majikan Perlu Tahu! Ini 5 Sebab Kenapa Penting Beri Ganjaran Kepada Pekerja

Ramai pekerja sebenarnya berhenti bukan kerana gaji semata-mata, tetapi kerana rasa tidak dihargai apabila penat lelah mereka seolah-olah tidak dipedulikan, motivasi untuk kekal lama pun semakin hilang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebagai majikan, memiliki pekerja yang bersikap jujur dan amanah dalam menjalankan tugas juga merupakan salah satu rezeki.

Malah, majikan juga perlulah cakna mengenai cara-cara untuk menaikan motivasi pekerja seperti memberi bonus tahunan, mempertimbangkan kenaikan gaji tahunan, menganjurkan aktiviti menarik dan pelbagai lagi.

Namun, tidak dinafikan masih ada segelintir majikan di Malaysia yang tidak sedar mengenai kepentingan memberi ganjaran kepada pekerja.

Susulan itu, mari kami kongsikan lima sebab kenapa penting untuk majikan memberi ganjaran kepada pekerja memetik Leaderonomics.

#1 Pekerja kurang rasa ingin berhenti

Apabila pekerja rasa usaha mereka dihargai, keinginan untuk berhenti kerja akan berkurang dengan sendirinya. Mereka tidak lagi melihat pekerjaan sekadar tempat cari rezeki, tetapi sebagai tempat yang menghargai sumbangan mereka.

Ramai pekerja sebenarnya berhenti bukan kerana gaji semata-mata, tetapi kerana rasa tidak dihargai apabila penat lelah mereka seolah-olah tidak dipedulikan, motivasi untuk kekal lama pun semakin hilang.

Ganjaran seperti bonus dan kenaikan gaji boleh membuatkan pekerja rasa ‘aku penting di sini’. Perasaan ini yang membuatkan mereka berfikir panjang sebelum menghantar surat berhenti.

Dalam jangka panjang, kadar keluar masuk pekerja yang rendah juga menjimatkan kos syarikat dari segi pengambilan dan latihan pekerja baharu.

#2 Pekerja akan rasa lebih terdorong

Ganjaran sebenarnya berfungsi sebagai satu bentuk dorongan yang sangat berkesan. Apabila pekerja tahu usaha mereka akan dihargai, mereka cenderung untuk memberikan yang lebih terbaik dalam setiap tugasan.

Rasa terdorong ini bukan semestinya datang daripada ganjaran besar, terkadang ganjaran kecil tetapi konsisten juga boleh menaikkan semangat pekerja.

Bila motivasi meningkat, hasil kerja juga akan jadi lebih berkualiti dan berimpak kepada keseluruhan operasi syarikat.

#3 Pengurusan pekerja jadi lebih mudah apabila pekerja berasa gembira

Tidak dinafikan, mengurus pekerja yang gembira jauh lebih mudah berbanding pekerja yang tertekan dan tidak puas hati. Pekerja yang berasa dihargai biasanya lebih terbuka untuk bekerjasama dan menerima arahan.

Masalah disiplin juga dapat dikurangkan kerana pekerja tidak bekerja dalam keadaan terpaksa. Sebaliknya, mereka menjadi lebih bertanggungjawab terhadap tugas masing-masing.

Selain itu, suasana kerja menjadi lebih harmoni dan kurang konflik dalaman. Komunikasi antara majikan dan pekerja juga menjadi lebih lancar.

#4 Pekerja yang gembira akan bekerja dengan lebih baik

Pekerja yang gembira cenderung menghasilkan kerja yang lebih baik dan konsisten. Mereka datang bekerja dengan sikap positif dan lebih fokus terhadap tugasan.

Keadaan emosi yang baik turut membantu pekerja mengurus tekanan kerja dengan lebih matang. Malah, kesilapan juga dapat dikurangkan kerana mereka bekerja dalam keadaan tenang.

Apabila pekerja gembira, produktiviti akan meningkat secara semula jadi tanpa perlu tekanan berlebihan daripada pihak pengurusan.

#5 Prestasi syarikat akan terus meningkat

Gabungan pekerja yang setia, bermotivasi dan gembira akan memberi kesan langsung kepada prestasi syarikat. Operasi menjadi lebih lancar dan sasaran lebih mudah dicapai.

Kualiti perkhidmatan atau produk juga akan meningkat kerana pekerja melakukan kerja dengan penuh komitmen.

Syarikat yang menjaga kebajikan pekerja juga akan mempunyai reputasi yang lebih baik. Ia sekali gus memudahkan proses menarik bakat baharu pada masa hadapan.

Baca Artikel Berkaitan: “Bos Terbaik Di Malaysia!” – Majikan Berhabis RM3.1 Juta Hadiahkan Kereta Kepada Staf

Baca Artikel Berkaitan: “Usaha Tak Khianati Hasil” – Staf Dapat Gaji RM12,000 Sebulan Dari Majikan Undang Pelbagai Reaksi [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Majikan Di China Beri iPhone 17 Pro Max Kepada Semua Pekerja Termasuk Intern

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.