fbpx
Now Reading
Jangan Berkira Nak Labur Duit, PU Abu Titip Nasihat Jika Mahu Dijemput Sebagai Tetamu Allah [Video]

Jangan Berkira Nak Labur Duit, PU Abu Titip Nasihat Jika Mahu Dijemput Sebagai Tetamu Allah [Video]

Menurut pendakwah bebas dan mutawif PU Abu, masih ramai para Muslim yang memberikan alasan untuk tidak menjejakkan kaki ke Mekah serta Madinah untuk tujuan ibadah umrah atau haji.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Buat mereka yang beragama Islam, sudah tentu antara impian terbesar yang mahu dicapai sementara berada di bumi Allah ini adalah menziarahi Tanah Suci Mekah dan Madinah sama ada untuk menunaikan ibadah umrah ataupun haji, secara bersendirian atau dengan keluarga tercinta.

Pun begitu, bukan semua diberi kesempatan untuk mengunjungi dua tempat suci ini. Bak kata orang, belum sampai rezekinya.

Tetapi mesti anda pernah dengar ungkapan, ‘Selagi ada kemahuan pasti ada jalannya.’ Apa yang anda boleh buat adalah menanam azam serta cita-cita selain berdoa agar Allah SWT mempermudahkan urusan anda untuk ke sana. Yang penting, jangan cepat mengalah.

Sanggup Buat Loan Tapi Berkira Untuk Belanja Ibadah Umrah Atau Haji

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila pendakwah bebas dan mutawif Muhammad Abu Sufyan atau lebih dikenali sebagai PU Abu berkongsi dua perkara utama yang selalu difikirkan oleh orang ramai sehingga menjadi punca mereka masih belum berpeluang untuk menunaikan umrah atau haji.

Perkara pertama yang tidak sepatutnya terlintas dalam fikiran seseorang Muslim adalah menangguhkan menziarahi tanah suci disebabkan kekangan kewangan. Sebagai seorang penganut Islam, kita perlu percaya bahawa Allah yang memberi rezeki kepada umatNya.

Sumber: Malay Mail

“Korang terfikir dan terlintas tak dapat jadi tetamu Allah sebab tak ada duit. Hari ni orang buat loan sampai beratus ribu. Sampai berjuta ringgit orang buat loan, buat macam-macam termasuk kumpul duit semata-mata untuk beli rumah dan kereta.

“Tapi kalau nak kumpul duit untuk pergi ke Mekah dan Madinah jadi tetamu Allah dan buat umrah kata tak ada duit.

“Bila kita terlintas sebab tak ada duit, Allah akan susahkan urusan duit kita. Kita berkira nak laburkan duit kita (dan) nak kumpul duit untuk jejakkan kaki ke dua tempat yang terbaik dalam dunia iaitu Mekah dan Madinah,” jelasnya.

Segelintir Individu Beri Alasan Untuk Tidak Ke Mekah Sebab Belum Terima Hidayah

Perkara kedua yang selalu terlintas dalam fikiran kebanyakan orang pada waktu ini adalah, “Hidayah tidak sampai lagi.”

Menurutnya, ramai di kalangan individu yang mahu berubah ke arah kebaikan dan dalam proses mendekatkan diri kepada Allah menggunakan alasan tersebut.

“Kata tak dapat petunjuk. Kalau korang ada lintasan (fikiran) macam ni korang payah nak digelar dan dijemput sebagai tetamu Allah.

“Sepatutnya Mekah dan Madinah la yang menjadi tempat korang mencari dan menjemput hidayah, bukan selagi hidayah tak sampai korang tak nak datang. Kalau ada pemikiran macam ni, sampai ke sudahlah korang tak dijemput oleh Allah untuk menjadi tetamu.

“Kalau nak jadi tetamu Allah, bebaskan otak dan jiwa korang daripada dua benda yang saya bagi tahu tadi,” tambah PU Abu.

@puabuofficial Semoga Allah jauhkan kita dari terlintas atau terfikir benda ni. Bantu share video ni supaya ramai lagi yang sedar #capcut #fyp #foryoupage #mindset #umrah ♬ original sound – puabuofficial

Tonton video penuh [DI SINI].

Ramai Nasihat Jangan Berfikiran Negatif Jika Mahu Jadi Tetamu Allah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai rata-rata orang ramai bersetuju dengan pandangan PU Abu.

“Jangan takut bab duit untuk ke sana. Nak jumpa doktor pun kena daftar dulu. Macam tu juga. Tak daftar macam mana nak pergi. Tapi bila daftar, MasyaAllah rezeki datang tak diduga. Cubalah dulu,” kata seorang lelaki.

“Saya sentiasa cakap nak pergi Mekah Madinah bila umur 55 tahun. Alhamdulillah Allah permudahkan,” tambah seorang lagi netizen.

Selain itu, segelintir individu turut menasihati orang ramai agar sentiasa bersangka baik dan yakin dengan perancangan Allah Yang Maha Berkuasa.

“Sebab utama tidak yakin. Dalam apa jua keadaan sekalipun, apa yang kita fikir itulah yang kita dapat. Allah memenuhi siapa yang yakin dan berkehendak,” jelas seorang pengguna TikTok.

Berikut antara komen-komen netizen:

Sumber: TikTok

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.