fbpx
Now Reading
“Dalam Hati Ada Sebak” – Tokwan Pakat Dengan AADK Tangkap Cucu Tahi Dadah

“Dalam Hati Ada Sebak” – Tokwan Pakat Dengan AADK Tangkap Cucu Tahi Dadah

Difahamkan, lelaki lanjut usia itu sengaja tidak membiarkan pintu hadapan rumah tidak berkunci agar mudah dimasuki oleh pihak berkuasa semasa serbuan dilakukan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Siapa sahaja yang tidak kecewa dan sedih sekiranya mengetahui ada di antara ahli keluarganya yang terlibat dalam kegiatan penagihan dadah.

Sebagai ibu bapa atau penjaga, sudah pasti berat rasa di hati untuk melihat individu yang disayangi ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara kerana penyalahgunaan bahan terlarang itu.

Namun, tidak dinafikan ada juga yang memilih untuk melaporkan sahaja kepada pihak berkuasa kerana tidak sanggup melihat insan yang dijaga daripada kecil itu rosak dek kerana dadah.

Tokwan pakat dengan AADK tangkap cucu tahi dadah

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial mengenai kisah seorang lelaki warga emas bersama isterinya telah berpakat dengan Agensi Anti Dadah kebangsaan (AADK) Daerah Kuala Muda, Kedah untuk menangkap cucunya yang merupakan seorang tahi dadah.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook, cucu kepada pasangan warga emas terbabit yang berusia 30 tahun dikatakan aktif menghisap dadah selain enggan mendengar nasihat mereka.

Tidak sanggup melihat cucu mereka terus rosak kerana dadah, pasangan berkenaan akhirnya bertindak membuat laporan di balai polis untuk menangkap cucu mereka.

Tokwan beri laluan untuk serbu melalui pintu depan

Difahamkan, lelaki lanjut usia itu sengaja membiarkan pintu hadapan rumah tidak berkunci agar mudah dimasuki oleh pihak berkuasa semasa serbuan dilakukan.

“Nasib cucu dalam bilik, kalau tak macam pelesit dia lari. Dalam hati tokwan dan toknek ini ada sebaknya. Nampak dikelopak mata air mata tokwan ‘bertakung’, menahan diri daripada menangis.

“Siapa tidak sayang kerana membesarkan cucu sejak kecil, entah di mana silapnya cucu sehingga jadi begini, segala kasih sayang sudah diberikan,” tulis di kapsyen.

Mahu cucu kembali jadi manusia, tokwan minta polis dakwa di bawah Seksyen 39C

Warga emas itu yang mahu cucunya pulih daripada ketagihan dadah telah meminta agar pihak polis mendakwa individu itu di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Bukan sebab nak buang, tapi nak cucu jadi manusia semula. Biar cucu saya sedar siapa tokwan dan toknek dalam hidup dia yang menjaga dan mengasuh dia sejak kecil,” tulisnya lagi.

Untuk info, memetik Blog Peguam Jenayah, Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya adalah satu seksyen yang memperuntukkan hukuman yang lebih berat bagi kesalahan memberikan diri sendiri dadah (consume) yang berulang.

Sekiranya seseorang yang didapati bersalah dibawah seksyen 39C, mereka boleh dihukum penjara sekurang-kurangnya 5 tahun dan maksimum 7 tahun dan sebat tidak melebihi 3 kali.

Dalam pada itu, pihak AADK juga amat mengalu-alukan agar orang ramai yang mempunyai ahli keluarga yang terlibat dengan dadah agar tampil membuat laporan.

Baca Artikel Berkaitan: Anak Ketagih Dadah, Ibu Bina Penjara Dalam Rumah Untuk Lindungi Diri & Jiran

Baca Artikel Berkaitan: Pendang, Kedah Kawasan Paling Tinggi Masalah Penyalahgunaan Dadah – Saifuddin

Baca Artikel Berkaitan: Kisah Remaja Ambil Dadah Sebab Nak Rajin Kerja Panjat Pokok Kelapa Raih Perhatian [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.