fbpx
Now Reading
Trump Tak Benarkan Venezuela Adakan Pilihan Raya Selepas Presidennya Ditangkap Tentera AS

Trump Tak Benarkan Venezuela Adakan Pilihan Raya Selepas Presidennya Ditangkap Tentera AS

Sepanjang ketiadaan Nicolas Maduro, Mahkamah Agung Venezuela melantik Naib Presiden, Delcy Rodriguez untuk mengambil alih kepimpinan negara.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Venezuela tidak dibenarkan untuk mengadakan pilihan raya umum dalam masa terdekat selepas presidennya, Nicolas Maduro telah ditingkap oleh tentera Amerika Syarikat (AS).

Lapor The Sun UK dipetik Kosmo, Setiausaha Negara AS, Marco Rubio berkata, terlalu awal untuk memilih presiden baharu selepas kejatuhan Maduro.

Rodriguez dilantik sementara untuk pimpin Venezuela

Sepanjang ketiadaan Maduro, Mahkamah Agung Venezuela melantik Naib Presiden, Delcy Rodriguez untuk mengambil alih kepimpinan negara.

Sebelum ini, Presiden AS, Donald Trump berkata beliau lebih suka jika Rodriguez mengambil alih kuasa berbanding pemimpin pembangkang Venezuela, Maria Corina Mochado.

Menurut Trump, Rodriguez telah menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan Amerika demi ‘menjadikan Venezuela hebat semula’.

“Dia (Rodriguez) tidak mempunyai pilihan kerana Washington akan mengawal dasar di Caracas buat masa ini,” kata Trump.

AS serang Venezuela dan tangkap Maduro bersama isterinya

Terdahulu, dunia dikejutkan dengan berita serangan dilancarkan AS ke atas Venezuela dan tangkapan terhadap Maduro bersama isterinya.

Trump yang mengesahkan tentang perkara itu berkata Maduro telah dibawa keluar dari negara terbabit selepas tangkapan dilakukan.

“AS berjaya melakukan serangan berskala besar terhadap Venezuela dan pemimpinnya, Presiden Nicolas Maduro, yang ditangkap bersama isterinya dan diterbangkan keluar dari negara itu,” katanya menerusi platform Truth Social dipetik Berita Harian.

Washington tuduh Maduro ketuai sebuah ‘negara dadah’, manipulasi pilihan raya

Untuk info, serangan dilancarkan selepas Washington menuduh Maduro mengetuai sebuah ‘negara dadah’ dan dakwaan memanipulasi pilihan raya.

Sementara Maduro pula didakwa menuduh Washington mahu menguasai rizab minyaknya yang terbesar di dunia.

Kerajaan Venezuela dalam satu rakaman audio menerusi saluran televisyen rasmi negara melaporkan bahawa mereka tidak mengetahui di mana keberadaan Maduri dan isterinya pada ketika ini.

Namun, menurut Peguam Negara AS, Maduro dan isterinya sudah didakwa di Mahkamah Daerah Selatan New York atas beberapa pertuduhan jenayah termasuk narco-keganasan.

“Nicolas Maduro dikenakan tuduhan konspirasi narko-keganasan, konspirasi pengimportan kokain, pemilikan mesingan dan peranti pemusnah serta konspirasi memiliki mesingan dan peranti pemusnah terhadap AS,” tulis Peguam Negara AS itu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.