fbpx
Now Reading
Rembayung Tawar ‘Kids Meal’, Khairul Aming Terima Pujian Ramai

Rembayung Tawar ‘Kids Meal’, Khairul Aming Terima Pujian Ramai

Restoran Rembayung yang dimiliki oleh Khairul Aming menawarkan dua menu untuk kanak-kanak, iaitu Set Ayam Kicap Si Kecil dan Set Sup Ayam Si Kecil.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Bila ibu ayah bawa anak-anak ke restoran, selalunya mesti kena pesan makanan extra, lagi-lagi kalau saiz hidangan tidak terlalu besar.

Sesetengah restoran ada menyediakan menu untuk kanak-kanak yang lebih dikenali sebagai ‘Kids Meal’. Malangnya, kadangkala hidangan yang disediakan kurang menarik buat kanak-kanak, seperti sosej, nugget dan kentang goreng sahaja.

Pun begitu, restoran milik Khairul Aming, Rembayung, tampil berbeza dengan menu yang lengkap berkhasiat buat si kecil.

Rembayung Tawar 2 Menu Kanak-kanak, Lengkap Dengan Sayur & Buah

Menerusi hantaran di Threads, Khairul Aming berkongsi dua jenis menu kanak-kanak yang ditawarkan di restoran terbaharu itu iaitu:

  • Set Ayam Kicap Si Kecil
  • Set Sup Ayam Si Kecil

Lebih menarik lagi, menu itu dilengkapi dengan sayur-sayuran dan buah-buahan segar sekali gus menjadikannya hidangan yang seimbang untuk si kecil.

Dalam masa sama, Khairul Aming mengingatkan bahawa set menu itu diwujudkan khas buat kanak-kanak.

View on Threads

Ibu Ayah Gembira Rembayung Sediakan Kids Meal Sihat Untuk Anak-Anak

Perkongsian oleh pempengaruh itu sudah tentu mendapat perhatian orang ramai, lebih-lebih lagi dalam kalangan ibu ayah.

Mereka memuji tindakan KA menyediakan menu kanak-kanak yang seimbang, berkualiti dan diperbuat daripada ‘real food’ berbanding makanan diproses seperti di sesetengah tempat makan lain.

“Saya sangat gembira ada hidangan kanak-kanak yang sediakan makanan sihat (karbohidrat, sayur dan protein). Selalu Kids Meal mesti air kotak, fries, nugget, sosej. Terima kasih,” kata seorang wanita.

“Shoutout untuk Khairul Aming sebab beri perhatian pada menu kanak-kanak! Anda dah memenangi hati ibu ayah!” kata seorang warganet.

Dalam masa sama, ada juga yang mencadangkan agar Rembayung memperkenalkan menu nasi ayam buat kanak-kanak kerana merupakan makanan kegemaran kebanyakan daripada mereka.

Mungkin ada ibu ayah yang lebih berjaga-jaga dengan pemakanan anak tertanya jika hidangan ini mengandungi gula dan garam.

Seorang individu mendakwa dia dimaklumkan oleh KA bahawa hidangan itu sememangnya tidak bebas gula dan garam, menjadikannya kurang sesuai untuk anak bawah 2 tahun yang mengamalkan konsep ‘no salt, no sugar’.

Rembayung Guna Perkakas Makanan Kanak-Kanak ‘Wheat Straw’

Buat ibu ayah yang mementingkan jenis perkakas makanan anak-anak juga tidak perlu risau jika mahu membawa mereka menjamu selera di Rembayung.

Berdasarkan gambar yang dikongsi dan menerusi carian kami di Shopee, set peralatan makanan yang digunakan dipercayai diperbuat daripada gabungan bahan Polypropylene dan jerami gandum (wheat straw).

Ia bebas daripada bahan toksik berbahaya seperti Bisphenol A (BPA) yang banyak terdapat dalam plastik biasa, serta bagus untuk alam sekitar.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.