fbpx
Now Reading
Ramai Puji Cara Anggota Polis Tegur Uncle Dengan Sopan Supaya Tak Jadi ‘Lane Hogger’ [Video]

Ramai Puji Cara Anggota Polis Tegur Uncle Dengan Sopan Supaya Tak Jadi ‘Lane Hogger’ [Video]

Menerusi video yang tular itu, kedengaran anggota polis trafik itu menegur uncle tersebut untuk menggunakan laluan kiri sekiranya ingin memandu perlahan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sesetengah pengguna jalan raya mungkin pernah berdepan dengan individu yang suka memandu secara perlahan di lorong kanan sewaktu berada di lebuh raya.

Perkara ini secara tidak langsung telah menyebabkan pengguna lain yang ingin memotong terpaksa menunggu dan keadaan jalan juga boleh menjadi sesak dek kerana terpaksa berjalan di belakang kereta tersebut.

Ada segelintir pengguna bertindak memberikan lampu tinggi atau membunyikan hon sebagai tanda peringatan untuk pemandu menukar laluan sekiranya ingin memandu perlahan. Ini kerana ramai maklum laluan kanan digunakan untuk memotong.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Pandu Perlahan Di Lorong Kanan, Ramai Puas Hati Lihat Abang Bas ‘Ajar’ Pemandu Kereta [Video]

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki Indonesia Puji Sikap Pemandu Malaysia, Akui Lebih Berhemah Berbanding Di Sana [Video]

Polis tegur warga emas memandu di laluan kanan dengan perlahan

Baru-baru ini, seorang anggota polis trafik telah menjadi perhatian kerana bertindak menegur seorang warga emas yang sedang memandu di laluan kanan.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Page Pak Dol di Facebook, awalnya kelihatan polis trafik itu membunyikan hon dan meminta kereta yang dipandu oleh warga emas tersebut untuk berhenti di bahu jalan.

Tanpa menyoal banyak, uncle itu dilihat berhenti di bahu jalan dan keluar dari pintu kereta untuk berjumpa polis itu.

“Uncle mahu laju, kanan”

Sebaik sahaja turun dari motosikal, polis itu kemudian bertanya di manakah destinasi yang ingin dituju oleh warga emas tersebut sebelum menegurnya untuk tidak berada di laluan kanan sekiranya ingin membawa kenderaan pada kadar kelajuan perlahan.

“Uncle mahu pergi mana? Jangan ikut kanan, uncle slow-slow (bawa perlahan) kiri (duduk di laluan).

“Kalau uncle mahu laju, kanan. Kalau uncle mahu slow, kiri,” ujarnya.

Malah dia juga menegur warga emas itu sekiranya dia berjalan di laluan kanan pada kadar yang perlahan akan menyebabkan orang di bahagian belakang terpaksa menunggu.

Sebaik mendengar apa yang diterangkan oleh anggota polis itu, kelihatan uncle tersebut memohon maaf atas tindakannya.

“Memberikan teguran kepada pemandu lanjut usia tentang pemanduan yang benar dan lorong yang patut digunakan sekiranya memandu perlahan.

“Maafkan saya, saya hanya menjalankan tugas dan tanggungjawab.”

Ramia puji cara polis beri teguran kepada uncle supaya tidak menjadi lane hogger

Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji cara anggota polis itu menegur uncle tersebut.

Bahkan ada yang mengatakan dia memberikan teguran yang berhemah buat semua kerana ada juga segelintir pemandu turut melakukan kesalahan sama.

Pandu Perlahan Di Lorong Kanan Boleh Dikenakan Saman

Tahukah anda, tindakan memandu kenderaan secara perlahan di lorong kanan boleh dikenakan saman? Ini kerana tindakan tersebut menyusahkan pemandu lain untuk memotong mengikut had laju yang ditetapkan dan boleh dikenakan saman sehingga RM300 oleh pihak berkuasa.

“Teguran yang berguna untuk semua, pakcik biasa lah kadang-kadang ingat, kadang lupa”

“Terbaik abang polis”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.