Perodua Alza Selamba U-Turn Di Garisan Berkembar Nyaris Sebabkan Kemalangan [Video]
Menerusi video yang dikongsikan kelihatan kenderaan dipercayai jenis MPV telah bertindak membuat pusingan U secara tiba-tiba sehingga hampir menyebabkan kemalangan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap individu yang mempunyai lesen memandu yang sah pasti tahu mereka perlu memandu mengikut undang-undang yang telah ditetapkan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Bahkan pengguna jalan raya juga sentiasa digalakkan untuk memandu secara berhemah bagi mengelakkan daripada berlakunya sebarang perkara yang tak diingini.
Meskipun telah banyak iklan untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai untuk mematuhi peraturan jalan raya namun masih ada yang berdegil dan mengamalkan sikap mementingkan diri sehingga mengundang risiko kepada nyawa orang lain.
Kereta MPV selamba buat pusingan U di double line
Baru-baru ini sebuah kenderaan berdepan dengan detik mencemaskan apabila terdapat sebuah kereta dipercayai jenis MPV jenama Perodua Alza di hadapannya telah bertindak melakukan pusingan U di garisan berkembar.
Menerusi video dashcam yang dikongsikan oleh Sam di TikTok, awalnya kelihatan kenderaan yang dipandunya sedang melalui sebuah jalan raya yang lurus.
Sewaktu sedang memandu secara tiba-tiba sebuah kereta MPV yang berada di hadapan sebuah kereta Myvi membuat pusingan U di garisan berkembar.

Perodua Myvi dan kenderaan pemilik dashcam segera mengelak dan masuk ke laluan bertentangan
Kelihatan Perodua Myvi hitam dan kereta Sam mengelak dan terpaksa masuk di laluan bertentangan yang kebetulan ketika itu tidak mempunyai kenderaan lain.
Turut kedengaran Sam membunyikan hon kepada kereta tersebut. Bahkan kereta yang dipandu juga terpaksa lalu secara perlahan di bahu jalan arah bertentangan dan kedengaran suara anak kecil menangis.
Tidak lama kemudian kelihatan sebuah lori melalui jalan arah bertentangan itu.
“J** ***1, anak aku dua tahun dan 3 tahun terpelanting bro, agaklah bawa kereta macam tu,” katanya di ruangan kapsyen.
Sam turut memaklumkan kepada BuzzKini kejadian itu berlaku jam 1.55 petang pada 4 Januari di jalan Segamat, Johor.

@samyangmalu JXK 2681 , anak aku 2 tahun dan 3 tahun terplanting bro, agakla bawa kereta mcmtu, @PDRMsiaOfficial @JPJMalaysia
♬ original sound – Sam Yang Malu – Sam Yang Malu
Ramai kecam tindakan kereta buat pusingan u secara tiba-tiba di harisan berkembar
Melihat di ruangan komen, ramai yang turut berang melihat tindakan kereta MPV berwarna hitam itu kerana membuat pusingan di laluan yang tidak sepatutnya.
Bahkan video itu turut mendapat perhatian Jabatan Pengakutan Jalan Raya (JPJ) Johor yang memberikan pautan untuk membuat aduan.
Malah ada yang menyiftkan kereta tersebut mementingkan diri kerana tidak peka dengan keadaan sekeliling sebelum bertindak melakukan perbuatan itu di jalan berkenaan.
“Suami saya kereta yang depan tu, nasib baik dia dapat elak.”

“Macam dekat jalan Segamat je ni”

“Kenapa nak u-turn dekat situ? Kalau ya pun cek lah ada kenderaan lain ke tak”

“Assalamualaikum abang polis.”




