fbpx
Now Reading
Myvi Dipandu Terhuyung-hayang Di Lebuh Raya Sebelum Jatuh Dalam Parit [Video]

Myvi Dipandu Terhuyung-hayang Di Lebuh Raya Sebelum Jatuh Dalam Parit [Video]

Pemandu Myvi tersebut yang dipercayai seorang lelaki dilihat seolah-olah berada dalam keadaan tidak fokus kepada pemanduan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap hari, pelbagai gelagat pengguna jalan raya sering dikongsikan di media sosial, sama ada melalui video dashcam atau rakaman telefon bimbit.

Tidak dinafikan, ada yang mencuit hati, namun tidak kurang juga yang membuatkan ramai mengeluh melihat sikap sesetengah pemandu di jalan raya.

Namun, kebanyakan hantaran memaparkan sikap tidak bertanggungjawab dan penting diri sesetengah pengguna jalan raya sehingga berlaku kemalangan.

Tular Myvi dipandu terhuyang-hayang

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang lelaki merakam sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dilihat dipandu dalam keadaan terhuyung-hayang di sebuah kawasan lebuh raya.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @shahdancapt, lelaki terbabit yang menaiki kereta bersama rakannya memaklumkan telahpun menegur pemandu Myvi berkenaan.

Namun, pemandu Myvi terbabit didakwa tidak mengendahkan teguran yang diberikan oleh mereka.

Myvi dipandu terhuyung-hayang berakhir kemalangan jatuh parit

Pemandu Myvi tersebut yang dipercayai seorang lelaki dilihat seolah-olah berada dalam keadaan tidak memberi tumpuan semasa sedang memandu.

Dalam rakaman, kelihatan jelas Myvi tersebut yang berada di lorong tengah lebuh raya itu bergerak ke kiri dan kanan jalan.

Tidak lama selepas itu, kenderaan sama yang dilihat mereka itu telah terlibat dalam kemalangan apabila terjatuh di dalam sebuah parit di tepi lebuh raya itu.

Bagaimanapun, masa, tarikh dan lokasi kejadian tersebut berlaku tidak dinyatakan oleh pemilik video.

Malah, keadaan pemandu semasa kejadian sama ada di bawah pengaruh dadah, alkohol atau disebabkan masalah lain seperti kesihatan juga tidak dapat dipastikan.

@shahdancapt

nohhhh peninggg.. tergur tegur buat derk je macam peninnnnggg.

♬ original sound – Kelawar Man

Baca Artikel Berkaitan: “Allah Uji Kami” – Wanita Luah Kereta Suaminya ‘Total Lost’ Dirempuh Pemandu Mabuk [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Tular Kenari Dipandu Melulu Hingga Langgar Beberapa Kenderaan Lain, Pemandu Rupanya Positif Dadah [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Siap Cucuk Kereta Depan! Toyota Supra Dipandu Melulu Sebelum Terbabas Masuk Longkang [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.