fbpx
Now Reading
“Teringat Kes Itaewon” – Ramai Bersesak Di Bukit Bintang Ketika Sambutan New Year Raih Perhatian [Video]

“Teringat Kes Itaewon” – Ramai Bersesak Di Bukit Bintang Ketika Sambutan New Year Raih Perhatian [Video]

Menerusi video tular, kedengaran seorang wanita menjerit kerana terhimpit dalam kesesakan pengunjung di tengah-tengah Bukit Bintang ketika sambutan malam tahun baru 2026.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bagi meraikan tahun 2026, ramai rakyat Malaysia telah berkumpul sekitar ibu negeri dan kawasan hotspot termasuk di Lembah Klang pada malam 31 Disember bagi menantikan kiraan detik (countdown) ambang tahun baru. Memang meriah betul ya!

Banyak juga penganjuran konsert diadakan, termasuklah countdown di Sunway Velocity, Konsert Countdown KITA 2026 di IOI City Mall, CURVECHELLA 2025 di The Curve Mutiara Damansara, acara Visit Malaysia 2026 Countdown di Pavilion Kuala Lumpur dan banyak lagi.

Dalam masa orang ramai berseronok bersama rakan-rakan dan ahli keluarga pada malam tersebut, timbul pula kekecohan di tengah-tengah bandar Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Baca Artikel Berkaitan: “Bukit Bintang Bergema” – Umat Islam Berselawat Sempena Sambutan Maulidur Rasul Raih Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: “2 Minit Je” – Pemandu Dedah Jalan Tikus Elak Jem Di Bukit Bintang Undang Perhatian Ramai [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Nanti Malam New Year Lagi Teruk” – Ramai Kecewa Lihat KL Kotor Pada Malam Ambang Perayaan

Pengunjung Luah Rasa Sakit Selepas Dihimpit Orang Ramai Di Bukit Bintang

Baru-baru ini, tular di laman Threads menyaksikan lautan orang ramai yang mengunjungi Bukit Bintang bagi meraikan malam tahun baru serta menyaksikan pertunjukan bunga api. Bagaimanapun kehadiran pengunjung yang begitu ramai telah membuatkan kawasan tersebut terlampau sesak.

View on Threads

Menerusi satu lagi video dikongsi seorang lagi netizen, kelihatan orang ramai termasuk golongan lelaki dan perempuan sedang berhimpit dan cuba melepaskan diri daripada kesesakan berkenaan.

Kedengaran juga seorang wanita menjerit kesakitan kerana dirempuh dan ditolak orang ramai dalam kekecohan itu. Bagaimanapun, orang sekeliling hanya mampu memerhati memandangkan mereka juga tersekat di sana.

View on Threads

Wanita Nasihat Sambut Tahun Baru Di Rumah, Ada Yang Pitam Ketika Bersesak

Seorang wanita dikenali sebagai Lee Ming yang merupakan salah seorang pengunjung Bukit Bintang pada malam tersebut turut menasihati orang ramai untuk menyambut malam tahun baru di rumah pada tahun akan datang (2027) jika tidak mahu tersekat di sana sepertinya.

Menerusi video sama, kelihatan seorang individu pitam semasa situasi huru-hara itu sedang berlaku dipercayai akibat sesak nafas.

“Sebaik turun dari tren, terus menyesal dengan keputusan sendiri. Kesesakan tu memang gila. Budak-budak menangis sebab sesak nafas, ada juga yang pengsan.

“Terima kasih banyak kepada Grand Millennium Hotel sebab benarkan kami tengok drone dan bunga api dari tepi hotel, siap tolong uruskan mereka yang perlukan bantuan.

“Masa tu baru betul-betul terasa, bila semua orang sibuk berpesta, tak salah pun kalau pilih duduk rumah pakai baju tidur, dan lepak atas sofa. Ni malam tahun baru pertama dan terakhir saya di KL,” luahnya.

@leeeeming Things we do for our child. Had high hopes for my son to experience NYE in the heart of KL, but he fell asleep right before the countdown! 😅 As soon as I got off the train, I regretted my decision. The crowd was insane! kids crying from suffocation, a few fainting. Huge thanks to the Grand Millennium Hotel for allowing us to watch the drones and fireworks from the side of the hotel and taking care of those who needed help. It really hit me that while everyone was out partying, it’s totally fine to stay home in your PJs on the sofa. This was definitely my first and last NYE in KL! Happy New Year everyone! #pavilionkl #pavilionnewyear #fights #newyeareve #happynewyear ♬ original sound – Lee Ming

Tonton video penuh [DI SINI].

Pengunjung Alami Sesak Nafas Ketika Sambut Malam Tahun Baru Di Bukit Bintang

Seorang lelaki di laman Threads juga sempat berkongsi pengalaman buruknya ketika menyambut malam tahun baru di Bukit Bintang. Jelasnya, dia terpaksa mendongakkan kepala untuk bernafas apabila tersekat dalam banjiran pengunjung itu.

“Tengah-tengah jalan saya bagi tahu mereka (ibu dan kakak) aku rasa susah nafas. Orang depan belakang tolak and himpit sampai aku rasa risau tulang rusuk patah. Depan tiba-tiba nampak macam orang gaduh buatkan situasi tu lagi parah.

“Nafas terganggu balik jadi aku dongakkan kepala supaya dapat udara sebanyak yang mungkin.”

Walaupun menjerit meminta pertolongan berulang kali, namun mereka masih bergelut dalam aliran pengunjuk yang sesak itu. Syukur bagaimanapun tiada kecederaan serius atau perkara tidak diingini berlaku pada malam tersebut.

Dakwa Ahli Keluarga Jadi Mangsa Gangguan Seksual Ketika Kekecohan Di Bukit Bintang

Namun dalam kekalutan itu, lelaki berkenaan hanya berharap semuanya selamat dan dia dapat pulang ke rumah. Walaupun akhirnya dapat melepaskan diri, namun lelaki terbabit mendakwa bahawa kakak dan ibunya menjadi mangsa gangguan seksual pada malam itu.

“Ahli keluarga saya jadi mangsa gangguan seksual yang serius dalam keadaan panik tu. Kepada dua jantan tu, sesungguhnya Allah Maha Pembalas. Kau ingat akan terlepas? Kau tunggu,” dakwanya.

View on Threads

Ramai Risau Nahas Sambutan Halloween Di Itaewon Berlaku

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai berasa bimbang rempuhan manusia (human stampede) itu mampu menyebabkan tragedi korban sama seperti di Itaewon, Korea Selatan pada 2022 lalu.

Namun setakat ini, tiada sebarang laporan daripada media berhubung situasi yang tidak diingini sewaktu malam tersebut. Malah ramai yang berkongsi video momen menggembirakan mereka semasa di sana.

Baca Artikel Berkaitan: Sertai Sambutan Paling Epik & Gempak Di Visit Malaysia 2026 Countdown Festival

Untuk info, sejumlah 151 orang maut serta 156 orang cedera di lorong Itaewon ketika sambutan Halloween akibat banjiran lebih 100,000 orang di sana pada waktu yang sama.

“Benda ni sangat bahaya. Tak pasal-pasal jadi macam dekat Itaewon,” kata seorang wanita.

Baca Artikel Berkaitan: Tragedi Halloween Itaewon: Apa Sebenarnya Yang Berlaku?

Baca Artikel Berkaitan: Orang Awam & Pelancong Tak Dibenarkan Berkumpul Di Shibuya Ketika Halloween? Ini Sebabnya

Ada juga yang berkata perkara tersebut berkemungkinan berlaku kerana tiada bayaran dikenakan untuk konsert yang dianjurkan di Pavilion Kuala Lumpur. Oleh disebabkan itu, kehadiran pengunjung sukar dikawal.

“Patutlah ada yang pengsan. Korang kenapa bertolak-tolak macam tu? Dalam konsert berbayar tak pernahlah macam ni,” ujar seorang netizen.

“Cuba bagi tahu apa yang best himpit-himpit macam ni? Dengan sesak dengan panasnya. Hari lain pun boleh keluar kan?” tanya seorang pengguna Threads.

Berikut antara komen-komen netizen yang lain:

Sumber: Threads

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.