fbpx
Now Reading
Tak Nak Kain Biasa, Usahawan Wanita Beli Set Kain Kafan Premium Berharga RM999 [Video]

Tak Nak Kain Biasa, Usahawan Wanita Beli Set Kain Kafan Premium Berharga RM999 [Video]

Set kain kafan jenama RI (Rizalman Ibrahim) itu berharga RM999 dan memiliki tiga kit di dalam satu kotak iaitu kit ziarah, kit mandi jenazah dan kit kafan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Dalam mengejar urusan dunia, umat Islam sering diingatkan agar tidak melupakan hakikat bahawa kehidupan ini hanyalah sementara dan akhirat adalah destinasi sebenar yang kekal. Setiap amalan sewaktu hidup akan dipersoal di hadapan Allah SWT.

Susulan itu, umat Islam sering dinasihati agar memperbanyakan amal soleh serta tidak melakukan apa yang dilarang atau tidak disukai oleh Allah SWT.

Malah, melakukan persiapan seperti menyelesaikan segala hutang di dunia, membuat wasiat dan mendaftar Khairat kematian merupakan salah satu persediaan untuk menghadapi kematian yang boleh tiba tanpa dijangka.

Usahawan wanita beli set kain kafan premium daripada Datuk Rizalman Ibrahim

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial seorang usahawan wanita, Haliza Maysuri melakukan persediaan untuk menghadapi kematian dengan membeli set kain kafan premium untuk dirinya.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, set kain kafan terbabit dibeli daripada pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim.

“Selalu saya tempah busana dunia harga ratusan ribu selalu dikecam. ‘Mati nanti pakai kain kafan je.’ Hari ini, saya tempah pakaian alam kubur jenama Rizalman Ibrahim,” tulisnya di kapsyen.

“Kalau saya mati, saya tak nak kain kafan biasa” – Haliza

Menurutnya, dia mahu memakai kain kafan berjenama apabila meninggal dunia nanti sama seperti pakaiannya sewaktu hidup.

“Ini wasiat ya, kalau saya mati saya tak nak kain kafan biasa, saya nak kain kafan RI (Rizalman Ibrahim). Seperti mana baju saya di dunia ini, begitu juga pakaian mati saya,” katanya.

Jelas Rizalman, set kain kafan berkenaan berharga RM999 dan memiliki tiga kit di dalam satu kotak iaitu kit ziarah, kit mandi jenazah dan kit kafan.

Haliza membeli dua set kain kafan terbabit untuk dirinya dan suaminya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.