fbpx
Now Reading
Rombongan Pengantin Lelaki Cedera Jatuh Sungai Gara-gara Titi Gantung Roboh [Video]

Rombongan Pengantin Lelaki Cedera Jatuh Sungai Gara-gara Titi Gantung Roboh [Video]

Menurut Penghulu Mukim Lata Rek, Kuala Krai Mohd. Zaki Saari sewaktu insiden berlaku rombongan pengantin lelaki dalam perjalanan pulang selepas selesai menghadiri majlis perkahwinan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap kali adanya majlis perkahwinan pasti para keluarga dari kedua belah pihak tidak sabar untuk meraikannya.

Bahkan ada yang sanggup mengembara jauh demi meraikan pasangan mempelai yang sudah merancang pelbagai perkara untuk majlis tersebut.

Namun dalam merancang terdapat perkara yang tak diingini berlaku dan ia merupakan suatu perkara yang tidak dapat dijangka.

Rombongan pengantin dan tetamu jatuh dari titi gantung dan masuk sungai

Baru-baru ini satu rombongan pengantin lelaki termasuk sekitar 50 orang tetamu berdepan dengan detik menakutkan apabila satu titi gantung di Sungai Chatel Damai, Lata Rek, Kuala Krai, Kelantan runtuh sewaktu mereka sedang dalam perjalanan untuk menghadiri sebuah kenduri kahwin.

Insiden tersebut berlaku sekitar jam 2 petang pada 1 Januari yang lalu. Memetik laporan Kosmo, ketika kejadian rombongan pengantin lelaki itu sedang dalam perjalanan pulang sebelum mereka bertembung dengan para tetamu yang baru hadir ke majlis terbabit di atas titi berkenaan.

Foto: FB

Ada yang alami patah kaki, kecederaan di kepala, luka ringan dan sesak nafas

Jelas Penghulu Mukim Lata Rek, Mohd. Zaki Saari ekoran daripada insiden yang berlaku seorang lelaki dilaporkan mengalami patah kaki akibat terjatuh di atas batu.

Menurutnya insiden itu juga telah menyebabkan seorang kanak-kanak alami kecedera di kepadala dan tiga lagi individu mengalami luka ringan dan sesak nafas.

“Difahamkan, seramai lebih 50 individu menggunakan titi itu semasa kejaandi berlaku. Keadaan itu mengakibatkan titi tersebut tidak mampu menampung beban yang terlalu berat.

“Rombongan pengantin lelaki itu dari Pasir Puteh sedang dalam perjalanan pulang selepas selesai majlis , manakala tetamu pula baru sampai ke kenduri itu,” ujarnya.

Kata beliau lagi, kesemua tetamu yang cedera kemudiannya telah dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Mangsa lain dah dibenarkan pulang kecuali lelaki alami kaki patah

Maklum Mohd Zaki lagi, kesemua mangsa yang terbabit dalam insiden itu juga telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing kecuali lelaki yang mengalami kaki patah kerana masih lagi menjalani rawatan lanjut di wad.

“Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manek Urai, Fauzi Abdullah terus ke lokasi kejadian dan memaklumkan kerja-kerja baik pulih titi gantung itu akan dilakukan dengan segera.

“Titi gantung itu merupakan laluan utama penduduk di lima buah rumah di kawasan berkenaan untuk melakukan urusan harian.”

Punca titi runtuh kerana tali pengikat dalam simen titi dah uzur

Menerusi pemeriksaan yang dilakukan turut mendapati tali pengikat di bahagian dalam simen titi terbabit telah uzur serta ia perlu diganti baharu.

Dalam video yang tular di TikTok, turut kelihatan keadaan titi gantung tersebut sebelum serta selepas laluan utama terbabit runtuh.

Keadaan titi gantung senget akibat runtuh

Menerusi video itu keadaan titi gantung terbabit seperti senget pada satu bahagian manakala para tetamu dilihat terjatuh ke dalam sungai yang kedalamannya sekitar paras lutut.

Bukan hanya itu, kelihatan juga orang ramai memasang satu tali di sepanjang sungai bagi kegunaan orang ramai untuk melintas di kawasan terbabit.

Dalam beberapa lagi video yang dikongsikan di media sosial turut kelihatan pasukan keselamatan seperti Angkatan Pertahanan Awam dan ambulans datang ke tempat kejadian.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.