Now Reading
Ramai Puji Cara Lelaki Layan Ibu, Siap Surprise Tiket Business Suite Ketika Terbang Dari London Ke Kuala Lumpur [Video]

Ramai Puji Cara Lelaki Layan Ibu, Siap Surprise Tiket Business Suite Ketika Terbang Dari London Ke Kuala Lumpur [Video]

Menerusi video yang dikongsikan oleh Farouk kelihatan si ibu terkejut sebaik mengetahui tempat duduknya berada di suite perniagaan untuk 13 jam perjalanan pulang dari London Heathrow ke KLIA.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap yang bergelar anak pasti mahu sentiasa berbakti kepada kedua ibu bapa selepas mereka bersusah-payah membesarkan anak-anak.

Namun setiap individu mempunyai cara tersendiri dalam menghargai jasa kedua ibu ayah sebagai contoh ada yang suka memberikan hadiah, memberikan wang, sentiasa menjaga keperluan mereka dan banyak lagi.

Tidak kiralah bagaimana atau apa sekali sumbangan yang diberikan kepada ibu dan ayah, apa yang penting ada keikhlasan serta tanda ingatan kepada mereka.

Lelaki beri kejutan pada mak, belikan tiket suite perniagaan untuk terbang dari London ke Kuala Lumpur

Baru-baru ini, seorang lelaki menjadi perhatian ramai apabila memberikan kejutan kepada ibunya sewaktu mereka dalam perjalanan pulang dari Lapangan Terbang Heathrow, London ke Kuala Lumpur International Airport Terminal 1 (KLIA 1).

Menerusi video yang dikongsikan oleh Farouk Ramli di TikTok, awalnya kelihatan dia dan ibu sedang beratur di hadapan pintu sebelum memasuki pesawat.

Kelihatan Farouk itu menunjukkan dia telah membeli tiket suite perniagaan daripada Malaysia Airlines untuk pulang ke Kuala Lumpur pada tahun 2025 yang lalu.

Namun si ibu dilihat seperti tidak mengetahui perkara itu apabila dia hanya mengikut arahan pramugara untuk ke kanan selepas melihat maklumat tempat duduk pada tiket yang dihulurnya.

Asyik tanya di mana tempat duduk ketika mencarinya

Si ibu terus berjalan dan berpusing kepada anak lelakinya untuk bertanya di manakah tempat duduk mereka.

“Kami berjalan melalui tempat duduk kelas perniagaan, dan ibu asyik bertanya di manakah tempat duduknya. ‘Depan lagi mak’,” katanya.

Apabila berapa di tempat duduk paling hadapan bagi kelas perniagaan si ibu sekali lagi berpusing untuk bertanya kepada anaknya. Farouk memaklumkan ibu perlu berjalan ke hadapan lagi untuk pergi ke tempat duduknya.

Seperti tak percaya bila anak tunjuk tempat duduk di suite perniagaan

Sebaik sampai ke suite perniagaan dia berpusing dan melihat Farouk seperti tidak percaya adakah itu tempat duduk yang dibeli.

“Suprise,” tulisnya. Dalam video turut kelihatan si ibu yang memakai pelitup muka terkejut. Si anak turut tidak melepaskan peluang untuk mengambil foto ibu yang tersenyum sewaktu berada di tempat duduk terbabit.

Dalam video kelihatan dua beranak ini duduk di tempat yang berdekatan dan pastinya si anak mahu memberikan keselesaan kepada ibunya sepanjang perjalanan yang memakan masa sekitar 13 ke 14 jam itu.

@encikkeriting

“And We have enjoined upon man, to his parents, good treatment” (Holy Quran, 46:15)

♬ Awan Yang Terpilu – gonebloom

Ramai puji dan doakan perkara yang baik buat ibu dan anak

Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji cara lelaki ini menyantuni ibunya dan mendoakan agar Farouk dan ibu ditempatkan di syurga nanti.

Tidak kurang perkongsian itu menyuntik semangat untuk orang ramai untuk turut berbakti dan menggembirakan hati ibu bapa mereka.

Ada juga yang mendoakan agar lelaki itu sentiasa dimurahkan rezeki kerana mengembirakan hati ibunya.

“Respect cara kau layan mak kau. Syurga tempat akhir kau dengan bonda hendaknya”

“Alahai cute nya”

“Semoga awak sentiasa dimurahkan rezeki dan dapat bahagiakan mak awak selalu. Doakan saya dapat buat benda yang sama ya.”

“Tahniah bang, aku cemburu kau bahagiakan syurga (ibu) kau.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.