fbpx
Now Reading
Polis Tegur Penunggang Motosikal Bawa Remaja 14 Tahun Keluar Malam Sambut New Year [Video]

Polis Tegur Penunggang Motosikal Bawa Remaja 14 Tahun Keluar Malam Sambut New Year [Video]

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @measat.24, remaja perempuan terbabit berusia 14 tahun sementara lelaki berkenaan pula berumur 20 tahun.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sejak semalam (1 Januari), tular di media sosial satu video yang memaparkan pihak polis menegur seorang penunggang motosikal kerana membawa remaja perempuan bawah umur keluar pada waktu tengah malam.

Difahamkan, kedua-dua mereka keluar bersiar-siar menaiki motosikal di sekitar Kuala Lumpur untuk menyambut ambang tahun baharu 2026.

Bagaimanapun, mereka ditahan pihak polis untuk pemeriksaan dalam satu sekatan jalan raya (SJR) sempena Ops Ambang Tahun Baharu 2026 yang diadakan secara besar-besaran.

Lelaki 20 tahun bawa remaja perempuan 14 tahun sambut tahun baru

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @measat.24, remaja perempuan terbabit berusia 14 tahun sementara lelaki berkenaan pula berumur 20 tahun.

“Tingkatan Dua dah boleh keluar rumah? Mak tahu tak keluar ni?” tanya seorang pegawai polis kepada remaja itu.

Anggota terbabit turut menegur keras tindakan lelaki berkenaan membawa remaja di bawah umur keluar pada waktu malam.

Baru 5 bulan kenal dah sambut new year sama-sama

Ketika ditanya sejak bila mereka saling mengenali, remaja perempuan itu menyatakan bahawa lelaki terbabit telah dikenalinya sejak lima bulan yang lalu.

“Lima bulan kenal dah bawa keluar sambut new year, aku boleh tahan dia tau, bawa pergi balai dan minta mak ayah dia datang sebab dia bawah umur,” kata pegawai polis terbabit.

Namun, lelaki berkenaan mendakwa bahawa remaja tersebut dibawa keluar menaiki motosikal dengan pengetahuan ibu saudara gadis terbabit.

“Kau pula bawa keluar budak-budak buat apa? Dah takda orang baya kau minat dekat kau dah ke? Kau tau tak kesalahan apa yang kau buat ni? Akta Kanak-Kanak tau, dia ni kanak-kanak lagi. Kau bawa keluar kanak-kanak, kau dah 20 tahun, tak malu ke?” tegur pegawai itu.

Video penuh klik di [SINI]

@measat.24 “Masih Bawah Umur, Kenapa Keluar Tengah Malam?” Tindakan Polis JSPT KL… .. . #jsptkl #tahunbaru2026 #pdrm #matrempit #budaksekolah ♬ original sound – measat.24

Ops Ambang Tahun Baharu, polis keluarkan 12,437 saman

Untuk info, polis telah mengeluarkan 12,437 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas menerusi Ops Ambang Tahun Baharu 2026 yang dijalankan di seluruh negara bermula 9 malam Rabu lalu hingga 2 Pagi 1 Januari.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata pihaknya turut menyita 390 kenderaan dan menahan 25 individu mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Turut ditahan 20 individu mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala tiga individu ditahan di bawah Kanun Keseksaan dan tiga lagi di bawah akta lain,” katanya dipetik Harian Metro.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.