Lelaki Terkedu Tengok Presentation Makanan ‘Gah,’ Sekali Dapat Sate 3 Cucuk Buat Ramai Terhibur [Video]
Menerusi video kelihatan lelaki itu begitu teruja sewaktu melihat kain tersebut mula dibakar kerana ingin mengetahui apakah makanan yang dihidangkan oleh restoran tersebut.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tak dinafikan setiap individu pasti ingin merasai pengalaman makan di tempat yang mewah atau turut dipanggil fine dining.
Kebiasaannya fine dining menawarkan pengalaman menikmati makanan mewah dengan hidangan yang lengkap bermula daripada pembuka selera (appetizer) sehinggalah ke pencuci mulut (dessert).
Bukan itu sahaja, apa yang menarik mengenai fine dining adalah setiap makanan akan dihias dengan cantik dan perkara itu turut menarik perhatian orang ramai.
Namun apabila merasai pengalaman fine dining kebiasaannya saiz hidangan yang disajikan tidak besar dan mungkin ada yang merasakan ia tidak cukup dan sebagainya.
Lelaki kongsi pengalaman fine dining di sebuah restoran di Kuala Lumpur
Baru-baru ini, tular satu video yang dikongsikan oleh seorang lelaki di TikTok yang berkunjung ke sebuah restoran yang menawarkan pengalaman fine dining di Kuala Lumpur sehingga meraih perhatian ramai.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Mat Ah Yi, awalnya kelihatan seorang pekerja restoran itu telah membawa satu kotak besar lalu diletakkan di hadapannya.
Tidak lama kemudian dia membuka kotak tersebut dan ia ditutupi dengan satu kain putih untuk memberikan elemen kejutan kepada pelanggan. Sebaik dibuka, pekerja restoran kemudiannya membakar kain terbabit.

Teruja bila lihat kain mula dibakar, tak sabar nak tahu apa makanan dihidangkan
Sewaktu melihat kain itu terbakar kelihatan Mat Ah Yi teruja untuk mengetahui apakah hidangan makanan yang berada dalam kotak itu.
Bahkan dia turut membuat aksi seperti magician sewaktu kain tersebut mula terbakar.

Hanya bagi 3 cucuk sate
Namun sebaik sahaja semua kain itu sudah terbakar kelihatan terdapat tiga cucuk sate yang turut diberikan bersama semangkuk kuah, dua potongan kecil nasi himpit serta tiga potong kecil timun.
Perkara itu secara tidak langsung membuatkan Mat Ah Yi terkejut apabila melihat sate itu dan ia seperti di luar jangkaannya.
Bayaran sebanyak RM380 untuk seorang dan turut dihiburkan dengan persembahan
Kata Mat Ah Yi kepada Buzzkini, harga untuk fine dining itu adalah RM380 seorang dan pakej itu menghidangkan sebanyak lapan hingga sembilan jenis makanan.
“Sebenarnya RM380 untuk satu orang, tapi total ada 8-9 jenis makanan. Yang sate ni paling mengejutkan saya,” katanya.

Sewaktu ditanya bagaimanakah pengalamannya sewaktu menikmati di kedai tersebut, Mat Ah Yi mengatakan ia tidak berapa menyeronokkan.
Katanya, dia hanya melihat tarian sambil menikmati makanan. Namun dia menyifatkan makanan yang dihidangkan kurang enak.
Ramai terhibur lihat aksi lelaki ni lepas tengok makanan dihidang 3 cucuk sate sahaja
Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat reaksi Mat Ah Yi sewaktu menyedari makanan di dalam kotak itu adalah sate.
Bahkan ada yang ketawa kerana jumlah sate yang dihidangkan cuma tiga cucuk dan ia bukan cara kebiasaan orang Malaysia menikmati sate.
Tidak kurang ada yang terhibur kerana cara makanan itu dipersembahkan kelihatan begitu ‘gah’ namun makanan tidak seperti yang diharapkan.
Ada juga yang mengusik Mat Ah Yi dengan menghantar orang sedang membakar sate dan ingin menjual dalam kotak seperti yang dimakan di restoran itu.
@mat_ah_yi Pattern- RM50 Food inside – RM3 #malaysia #finedine
♬ original sound – mat_ah_yi
Menerusi semakanan kami, restoran yang dikunjungi oleh Mat Ah Yi menawarkan pengalaman fine dining dengan persembahan dari kepelbagaian budaya. Ia menawarkan sebanyak 12 hidangan yang halal dan dihidangkan satu per satu.
Selain tarian, mereka turut menghiburkan pelanggan dengan cerita, muzik, lampu, baju kostum dan bermacam-macam lagi.
Restoran itu turut mempunyai menu untuk kanak berusia atas tiga tahun, manakala kanak-kanak bawah daripada tiga tahun tak dibenarkan masuk disebabkan cahaya lampu dan bunyi yang mungkin memberi gangguan kepada si kecil.
Bukan hanya itu, ia juga terdapat beberapa pakej seperti tiket untuk kanak-kanak, kemasukan biasa termasuklah VIP dengan harga yang berbeza.
Berikut adalah komen netizen:
“Sate 3 cucuk, timun 3 potong, nasi himpit belah 4 dapat 2 je”

“Dengan rakyat Malaysia kau jangan cuba-cuba nak bagi sate setakat 3 cucuk. Kita orang kurang-kurang makan 10 ayam, 10 daging.”

“Expectation dah tinggi, sekali..”

“Tak kenyang”






