fbpx

Apakah Hukum Beli Pelan Perlindungan ‘Extended’ Untuk Gajet? Ini Penjelasan Jabatan Mufti Selangor

Sebagai info, pelan ‘extended warranty’ sebagai contoh AppleCare+ menawarkan perlindungan tambahan melangkaui tempoh waranti asal.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap kali membeli peranti elektronik termasuk telefon pintar, komputer riba dan tablet, kebiasaannya pembeli akan menerima tempoh waranti yang tertentu secara percuma.

Ini bermakna apabila berlakunya kerosakan yang terpilih terhadap peranti tersebut, ia boleh dihantar baiki tanpa sebarang kos tambahan.

Bukan itu sahaja, malah terdapat juga waranti yang menawarkan gantian produk berkenaan secara ‘one-to-one’ jika mengalami kerosakan tertentu.

Baca Artikel Berkaitan: Lebih Cepat & Jimat Kos, Apple Kini Benarkan Pengguna Baiki iPhone Sendiri

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Kongsi Cara Tukar Bateri iPhone Original Di Apple Store, Harga Lebih Sedikit Dari Bateri OEM!

Baca Artikel Berkaitan: Majikan Di China Beri iPhone 17 Pro Max Kepada Semua Pekerja Termasuk Intern

AppleCare+ Pelan Perlindungan Tambahan Bagi Produk Apple

Bagi pengguna peranti Apple seperti iPhone dan Macbook, salah satu pelan perlindungan tambahan (extended warranty) yang sering diambil ialah AppleCare+ yang menawarkan perlindungan menjangkaui tempoh waranti ditetapkan.

Selain Apple, Samsung juga menawarkan perlindungan sama yang diberi nama Samsung Care+.

Untuk info, pelan perlindungan ini boleh dibeli dalam tempoh 60 hari selepas pembelian peranti Apple dibuat. Makanala, Samsung Care+ pula perlu dilanggan dalam tempoh 30 hari selepas pembelian.

Antara servis yang ditawarkan di bawah AppleCare+ adalah pembaikan bagi insiden seperti terjatuh dan air tertumpah, serta penggantian iPhone, iPad atau Apple Watch yang hilang atau dicuri.

Pun begitu, seorang pengguna Threads baru-baru ini berkata bahawa Jabatan Mufti Negeri Selangor telah mengharamkan pembelian AppleCare+ buat orang Islam.

“Saya pernah beli AppleCare+. Lepas tahu dan dengar penjelasan daripada pihak Mufti Negeri Selangor, lepas ni tak nak beli dah,” katanya.

View on Threads

Haram Beli Extended Warranty, Tak Pasti Jika Kerosakan Akan Berlaku Atau Tidak

Berdasarkan laman web Jabatan Mufti Selangor, kebanyakan ulama kontemporari menghukumkan pembelian pelan perlindungan tambahan (extended warranty) secara berasingan daripada barang sebagai haram.

Ini termasuklah membeli semula pelan perlindungan baharu selepas tempoh waranti tamat, seperti yang ditawarkan menerusi AppleCare+ bagi produk dan lokasi tertentu.

Jelas Jabatan Mufti Selangor ini kerana pembelian itu bersifat gharar, yakni ketidakpastian sama ada pengguna akan menggunakan manfaat yang ditawarkan oleh servis baikpulih tersebut ataupun tidak.

“Dengan kata lain, kerosakan adalah suatu yang tidak pasti akan berlaku, namun bayaran sudah dibuat. Inilah dipanggil ketidakpastian atau gharar dan perjudian atau qimar, satu bentuk judi yang diharamkan,” ujarnya.

Tambahnya lagi, asas yang diambil adalah seperti insurans konvensional. Namun jika dilakukan menerusi konsep takaful (akad tabarruq), maka ia dibenarkan.

Waranti Percuma Apabila Membeli Barang Diharuskan

Pun begitu, diingatkan bahawa tidak menjadi masalah jika barangan yang dijual disertakan dengan waranti servis baik pulih secara percuma, dikenali sebagai ‘standard warranty’.

“Ini termasuk dalam bab al-Wa`d atau bab mensyaratkan manfaat bagi pembeli. Kedua-duanya adalah diharuskan,” katanya.

Baca Artikel Berkaitan: Jam Pintar ‘Apple Watch’ Berjaya Bantu Kesan Kanser Pada Kanak-Kanak 12 Tahun Melalui Denyutan Nadi

Baca Artikel Berkaitan: Rupanya Tak Boleh Letak iPhone Basah Dalam Beras, Ini Cara Betul Yang Apple Kongsikan

Baca Artikel Berkaitan: Perunding Kewangan ‘Sekolahkan’ Anak Muda Buat Loan Beli iPhone Tapi Tak Mampu Bayar Bulanan [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.