“Taste Of Home” – Teringat Makanan Childhood, Cef Luar Negara Teruja Jumpa Pisang Tanduk Di MYDIN [Video]
Menurut Alistair Jeje yang juga cef fusion, penulis buku masakan, dan usahawan di Ireland itu, pisang tanduk yang dijumpai di pasaraya Mydin tersebut membuatkannya terimbau kenangan zaman kanak-kanak dahulu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap dari kita sudah tentu mempunyai makanan kegemaran tersendiri. Sama ada yang dijual di kedai makan atau disediakan sendiri daripada air tangan ibu di rumah.
Pun begitu semakin meningkat usia, mungkin hidangan itu hanya tinggal kenangan. Sama ada sudah lama tidak dimasak, atau semakin sukar didapatkan.
Kalau dapat jumpa balik makanan tersebut, pasti anda akan gembira, seolah-olah membawa kita kembali ke memori lama yang penuh nostalgia.
Baca Artikel Berkaitan: “Bukan Tak Reda, Tapi Rindu” – Lelaki Sebak Jamah Hidangan Terakhir Air Tangan Arwah Ibu [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Kongsi Kisah Zaman Sekolah Bawa Bekal, Luah Rindu Masakan Arwah Ibu Buat Ramai Sebak [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Biskut Julie’s Ini Memang Nostalgik. Makan Je Terus Teringat Kenangan Dahulu Kala!
Cef Luar Negara Teruja Jumpa Pisang Tanduk Dalam Pasaraya MYDIN Malaysia
Baru-baru ini, tular satu hantaran di media sosial termasuk TikTok apabila seorang cef fusion, penulis buku masakan, dan usahawan di Ireland iaitu Alistair Jeje berkongsi keterujaannya selepas menjumpai pisang tanduk semasa berkunjung ke sebuah cawangan pasaraya MYDIN.
Menerusi video perkongsian, Jeje yang lebih dikenali sebagai JD sedang menunjukkan sesikat pisang tanduk muda yang tergantung pada ruangan display pasar raya.
“Cuba teka saya jumpa apa? Pisang tanduk iaitu plantain. Saya jumpa (pisang tanduk) di Malaysia. Saya tahu ia ditanam di sini. Saya sangat gembira dapat jumpa pisang tanduk di pasar raya ni,” ujar JD.
Cef Throwback Zaman Kanak-kanak Selepas Jumpa Pisang Tanduk
JD yang juga pengasas restoran Socafro Kitchen itu berkata pisang tanduk merupakan salah satu makanan kegemaran semasa zaman kanak-kanaknya. Memang terimbau memori lamanya selepas menjumpai buah itu ketika sedang membeli-belah.
“Korang panggil ia pisang tanduk. Tapi bagi saya, rasanya membuatkan saya teringatkan rumah. Sama ada dipanggil plantain atau dodo, jumpa bahan ini di MYDIN hari ini benar-benar menceriakan minggu saya.
“Dapur saya lepas ni akan bau macam zaman kanak-kanak saya dulu! Sangat gembira dapat jumpa bahan yang menghubungkan akar asal-usul saya dengan tempat saya berada sekarang,” katanya di ruangan kapsyen.
Ramai Cadang Cef Cuba Pisang Goreng Di Malaysia
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai turut sama berasa teruja melihat cef yang gembira menjumpai makanan zaman kanak-kanaknya.
“Awh gembira untuk awak. Moga makanan zaman kecil awak tu bawa ketenangan dan keberkatan,” kata seorang wanita.
Malah penduduk Malaysia juga sempat berkongsi cadangan makanan kegemaran penduduk tempatan kepada JJ.
“Kamu patut cuba pisang goreng di Malaysia. Tu snek top-tier dekat sini. Pergi cari,” cadang seorang pengguna TikTok.
“Bro, kau akan lagi terkejut kalau dapat tahu kita (rakyat Malaysia) guna hampir semua jenis pisang untuk kebanyakan hidangan atau dessert. Manis macam makanan di Eropah, savori seperti di Afrika. Kau cakap je nak apa, mesti akan rasa persamaannya,” tambah seorang netizen.
Menerusi semakan kami, JJ juga banyak berkongsi perkongsian sepanjang berada di Malaysia.
@alistairjdjeje More reasons why I absolutely love Malaysia. Some of the local restaurants actually open for 24 hours. #malaysia #KL #malaysianfood ♬ original sound – Alistair Jd Jeje
Tonton video penuh [DI SINI].
@alistairjdjeje I love a good deal and price. Where can I find good supermarket prices in KL?
♬ original sound – Alistair Jd Jeje
Tonton video penuh [DI SINI].
Berikut antara komen-komen netizen:







Baca Artikel Berkaitan: Gelagat Anak Kecil Berdoa Sama Ibu Minta Pisang Goreng Buat Ramai Geli Hati [Video]


