fbpx
Now Reading
Pasangan Nekad Jual Rumah Yang Didiami 20 Tahun Gara-gara Tak Tahan Dengan Najis Kucing Jiran [Video]

Pasangan Nekad Jual Rumah Yang Didiami 20 Tahun Gara-gara Tak Tahan Dengan Najis Kucing Jiran [Video]

Menurut pasangan itu, mereka sudah tidak mampu lagi menanggung ‘seksaan’ berdepan kencing dan tahi kucing jiran yang berlarutan selama lima tahun tanpa henti.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

‘Jiran sepakat membawa berkat’, begitulah pepatah yang sering didengari sejak dahulu lagi bagi memupuk semangat kejiranan dalam setiap rakyat Malaysia.

Ini kerana, menetap di sebuah kawasan kejiranan haruslah sentiasa saling bantu-membantu dan memahami di antara satu sama lain agar kemakmuran hidup bermasyarakat dapat dikekalkan.

Namun, tidak dinafikan sehingga hari ini masih ada segelintir individu yang tidak bertanggungjawab sesuka hati melepaskan haiwan yang dibela di kawasan perumahan sehingga mengganggu ketenteraman jiran yang lain.

Pasangan suami isteri jual rumah kerana tak tahan dengan najis kucing jiran

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial kisah sepasang suami isteri yang terpaksa menjual rumah yang telah didiami selama 20 tahun gara-gara tidak tahan dengan najis kucing jiran-jirannya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook, rumah yang terletak di kawasan perumahan di Taman Pulau Indah itu telah direnovasi dengan menelan belanja puluhan ribu ringgit.

“Saya menulis ini dengan linangan air mata, rumah ini adalah hasil titik peluh kami suami isteri selama dua dekad.

“Kami dah ‘renovates’ dengan belanja puluhan ribu ringgit termasuk mencantikkan laman tepi kerana niat hati nak jadikan ini sebagai rumah persaraan kami di hari tua,” tulisnya.

Tak tahan hadapi masalah tahi dan kencing kucing selama 5 tahun

Menurut pasangan itu, mereka sudah tidak mampu lagi menanggung ‘seksaan’ dengan kencing dan tahi kucing jiran yang berlarutan selama lima tahun tanpa henti.

“Memandangkan rumah kami unit corner lot, laman kami yang luas telah menjadi ‘tandas awam’ kucing-kucing ini,” tulisnya lagi.

Pelbagai usaha dilakukan demi jaga hubungan dengan jiran, namun tak berhasil

Difahamkan, sepanjang tempoh terbabit pasangan berkenaan telah melakukan pelbagai usaha untuk menangani masalah itu dengan tetap menjaga hubungan baik bersama jiran.

Antara usaha yang telah dilakukan adalah seperti:

  • Tegur secara baik
  • Sediakan litter box (pasir kucing)
  • Pindahkan kucing ke kawasan lain
  • Pasang pagar

Bagaimanapun, segala usaha yang dilakukan ini tidak membuahkan hasil apabila punca utamanya tetap ada iaitu pemberian makanan kepada kucing tanpa tanggungjawab.

Barang terpaksa dibuang & ibadah jadi was-was antara kesan dihadapi

Menurut pasangan itu lagi, mereka juga terkesan dengan masalah najis kucing terbabit apabila terpaksa berhabis duit membayar upah tukang cuci hampir setiap bulan.

Selain itu, barangan yang terkena najis kucing sehingga baunya sudah meresap meskipun telah dicuci juga terpaksa dibuang oleh mereka selain ibadah juga menjadi was-was kerana sering terpijak kencing haiwan itu di kawasan laman.

“Ini yang paling saya terkilan. Berapa banyak kali kami terpijak kencing kucing di laman, kemudian masuk ke dalam rumah baru sedar yang dipijak tadi bukan air tapi kencing. Terpaksa deep clean dan mop satu rumah semula. Hati jadi tak tenang dan was-was setiap kali nak beribadah,” luah pasangan itu.

Difahamkan, perkongsian itu yang dimuat naik semula oleh seorang pengguna Facebook ESz Sabri bertujuan memberi pengajaran dan kesedaran agar tiada lagi jiran yang terpaksa ‘terusir’ daripada rumah sendiri akibat sikap pentingkan diri orang lain.

Haram bela kucing tapi biar si bulus berak merata

Untuk info, menurut Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri, hukum memelihara kucing adalah harus jika tujuannya dibenarkan mengikut syarak seperti menghalau tikus atau haiwan perosak.

Namun diingatkan, hukum yang harus boleh berubah sekiranya jiran tidak selesa. Jelas Dr Zulkifli, pemilik kucing wajib memberi perhatian dan mementingkan aspek kebersihan.

Ini kerana jika ada jiran yang tidak selesa, rasa terganggu atau tersakiti dengan perbuatan kucing peliharaan yang dibela, hukum harus itu boleh menjadi haram.

Malah, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerusi satu perkongsian di Facebook menjelaskan pemilik haiwan yang tidak bertanggungjawab ini boleh dikenakan denda sebanyak RM1,000 seperti mana termaktub di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Baca Artikel Berkaitan: Bela Kucing Tapi Biar Si Bulus Berak Merata Hingga Ganggu Jiran? Ini Penjelasannya Dalam Islam

Baca Artikel Berkaitan: Awas! Pemilik Kucing & Anjing Boleh Didenda Jika Si Bulus Berak Merata-rata Di Rumah Jiran

Baca Artikel Berkaitan: Hampir Sejuta Rakyat Malaysia Tak Bertegur Dengan Jiran Dalam Sebulan, Wanita Catat Lebih Tinggi

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Berang Ada Jiran Tinggalkan Longgokan Sampah Tepi Rumahnya Sehingga Berbau [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.