“Fancy & Lagi Mahal” – Pelajar Indonesia Bandingkan Ayam Gepuk Pak Gembus Di Malaysia Dengan Negaranya [Video]
Pelajar itu yang berasal dari Indonesia juga mendedahkan rasa terkejut apabila melihat terdapat begitu ramai peminat ayam gepuk di Malaysia.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Hidangan ayam gepuk yang dibawa dari negara jiran Indonesia seolah-olah sudah jadi satu fenomena di dalam negara sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Malah ada yang siap hidangkan menu ayam gepuk kepada tetamu ketika kenduri kahwin!
Salah satu jenama ayam gepuk yang terkenal di Malaysia ialah Ayam Gepuk Pak Gembus yang mempunyai banyak cawangan di seluruh negara.
Baca Artikel Berkaitan: “Nak Menu Macam Ni” – Ramai Teruja Kenduri Kahwin Hidang Menu Ayam Gepuk Untuk Tetamu [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Terhibur, Influencer Kira Gaji Selesa Jika Nak Makan Ayam Gepuk Setiap Hari [Video]
Kedai Ayam Gepuk Pak Gembus Di Indonesia Hanya Dibuka Di Tepi Jalan
Mungkin ada yang tidak tahu, tetapi Ayam Gepuk Pak Gembus merupakan jenama yang berasal dari Indonesia.
Menerusi perkongsian di TikTok (@syffnadya) oleh seorang pelajar warga Indonesia yang menyambung pendidikan di Malaysia, Nadya, dia telah membuat perbandingan antara cawangan ayam gepuk itu di negara ini dengan di tanah airnya.
Katanya cawangan Ayam Gepuk Pak Gambus di Malaysia adalah lebih ‘fancy’ dan lengkap dengan penyaman udara, manakala kedai di Indonesia hanya dibuka di tepi jalan.
Melihat kepada video yang dikongsi, cawangan di republik itu kelihatan lebih kecil dan hanya dipasang kipas tanpa aircond.
Ayam Pak Gambus Di Malaysia Lebih Mahal Berbanding Di Indonesia
Nadya turut meluahkan rasa terkejut bahawa terdapat ramai peminat hidangan negaranya itu di Malaysia.
“Ini salah satu perkara yang buatkan saya terkejut juga waktu awal-awal belajar di Malaysia kerana tak sangka yang peminat ayam gepuk di Malaysia ni ramai,” katanya.
Katanya lagi, terdapat perbezaan yang amat ketara antara harga Ayam Gepuk Pak Gembus di Malaysia dan Indonesia.
Harganya di Indonesia adalah sekitar 25,000 rupiah ke 42,000 rupiah (RM7-RM10) sahaja, manakala cawangan di Malaysia menjualnya pada harga sehingga dua kali ganda lebih tinggi, iaitu antara RM14 ke RM20.
Dalam masa sama, Nadya juga memuji cawangan Ayam Gepuk Pak Gembus di Malaysia kerana masih mengekalkan keaslian hidangan itu dengan rasa yang serupa dengan di Indonesia.
“Kadangkala saya masih beli juga walaupun di Indonesia aku jarang sangat beli Pak Gembus ni,” katanya.
@syffnadya Pak Gembus yg ada di Malaysia jauhhh lebih fancy daripada yg ada di Indonesia 😆
♬ 오리지널 사운드 – 투데이 뷰티팁
Tonton video penuh [DI SINI].
Orang Ramai Kongsi Terdapat Cawangan Pak Gembus Malaysia Di Tepi Jalan Juga
Menjenguk ke ruangan komen, ramai yang bersetuju bahawa hidangan ayam gepuk yang dijual di dalam negara sememangnya agak mahal.
Bukan itu sahaja, ada juga yang merasakan bahawa jenama lain yang dibawa dari Indonesia ke Malaysia pasti dijual dengan harga lebih tinggi.
Di samping itu, terdapat beberapa rakyat Malaysia yang mendedahkan bahawa cawangan pertama Ayam Gepuk Pak Gembus di Gombak, Selangor juga dibuka di tepi jalan sahaja.
“Dekat Jalan Gombak masih ada Pak Gembus yang style kedai open je. Tak ada aircond, tepi jalan. Rasanya situ cawangan pertama,” kata seorang individu.
Namun berdasarkan hantaran di Facebook Pak Gembus, cawangan yang terletak di Batu 5, Gombak itu telah pun ditutup pada Oktober 2024.
Segelintir warganet pula berkata mereka lebih menggemari rasa Ayam Gepuk Pak Gembus di Indonesia kerana rasanya yang lebih sedap.







Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Makan Dah” – Doktor Kesihatan Dakwa Kubis Goreng Hangus Boleh Cetus Kanser