Video Tular Rupanya Perselisihan Faham Akibat Tuntutan Nafkah, Wanita Cedera Dibelasah Bekas Suami
Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai satu video tular yang memaparkan pertengkaran dua individu dipercayai berkaitan masalah rumah tangga.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Siapa sangka, seorang lelaki tergamak membelasah bekas isterinya sehingga cedera hanya kerana perselisihan faham mengenai tuntutan nafkah.
Kejadian terbabit yang turut tular di media sosial berlaku di Taman Scientex Kundang Jaya, Kundang pada jam 11.47 malam, Ahad lalu (28 Disember).
Difahamkan, anak perempuan pasangan berkenaan yang berusia tujuh tahun turut mengalami kecederaan selepas dipercayai ditolak suspek.
Kejadian berlaku ketika suspek hantar anak ke rumah bekas isteri
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Abang Kaderi Abang Wasli berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian terbabit pada jam 10.22 pagi semalam (29 Disember).
Menurutnya, siasatan awal pihak polis mendapati kejadian itu berlaku ketika suspek menghantar anak ke rumah mangsa.
“Suspek yang berusia 34 tahun didakwa bertindak agresif terhadap bekas isterinya sebelum turut mencederakan anak perempuan mereka,” katanya dipetik Sinar Harian.
Orang ramai yang ada maklumat tentang kejadian diminta tampil bantu siasatan
Berkongsi lanjut, Abang Kaderi berkata kes berkenaan kini berada di peringkat siasatan lanjut pihak polis.
Susulan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian agar tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Muhammad Amirul Mohd Sharit di talian 016-6740908 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Polis turut menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.
Tular video didakwa ada kaitan dengan penyondol tular di media sosial
Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai satu video tular yang memaparkan pertengkaran dua individu dipercayai berkaitan masalah rumah tangga.
Dalam rakaman tular, kendengaran suara wanita menyebut perkataan ‘penyondol’ sebelum seorang lelaki keluar daripada sebuah kereta dan bertindak agresif.
Video terbabit kemudiannya mendapat perhatian ramai di mana rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan lelaki berkenaan.
View on Threads
Baca Artikel Berkaitan: Rumah Tangga Bermasalah Buka Ruang Berlakunya Perbuatan Curang – Ketua Hakim Syarie Selangor
Baca Artikel Berkaitan: Gangguan Penyondol Antara Punca Permohonan Cerai Di Johor Meningkat
Baca Artikel Berkaitan: Penyondol Naik Mahkamah, Diarah Bayar RM200,000



