“Tak Kena Tempat Bang” – Lelaki Dikritik Buat Pull-up Guna Palang Dalam MRT [Video]
Menerusi video tular, kelihatan lelaki tersebut dengan bersahaja melakukan senaman pull-up menggunakan palang di dalam koc MRT yang lapang itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum sedia maklum bahawa harta benda awam adalah milik masyarakat bersama dan setiap pengguna harus memainkan peranan bagi menjaga setiap fasiliti disediakan dengan sebaiknya.
Bagaimanapun, masih ada segelintir individu yang bertindak sebaliknya sehingga mengundang aktiviti vandalisme. Walaupun ia kadangkala dilakukan tanpa sedar, namun setiap individu seharusnya lebih peka semasa menggunakan kemudahan awam.
Ini termasuklah harta benda di dalam tren tidak kira Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Light Rail Transit (LRT), monorel atau Mass Rapid Transit (MRT).
Baca Artikel Berkaitan: DBKU Pandang Serius Trend ‘Panjat Papan Tanda’, Pelaku Bakal Didenda RM1,500 & Dipenjara
Baca Artikel Berkaitan: “Tren Sesak Tapi Tiada Empati” – Tular Individu Bertongkat Terpaksa Berdiri Dalam MRT Koc Wanita [Video]
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Jijik! Pengguna LRT Makan Dalam Tren, Siap Buka Kasut & Kaki Berstokin
Lelaki Buat Pull-up Guna Palang MRT
Seperti baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Hasmilawati berkongsi situasi kurang menyenangkan yang berlaku di dalam koc tren MRT.
Menerusi video perkongsian, kelihatan seorang lelaki sedang melakukan senaman pull-up sebanyak enam kali menggunakan palang yang disediakan khas sebagai pemegang untuk penumpang.
Wanita itu menyifatkan perkara tersebut tidak wajar berlaku meskipun tren pada ketika itu tidak sesak, dan tiada penumpang lain dilihat mahu menggunakan palang berkenaan.
Jelas Hasmilawati, lelaki terbabit sepatutnya mencari lokasi dan fasiliti yang lebih sesuai bagi melakukan senamannya.
“Pelik-pelik orang sekarang. Nak sihat pun tunggu sampai baru cari pokok bang. Saya tak boleh nak hadam (tak boleh bayangkan),” kata wanita tersebut.
View on Threads
Kesalahan Rosakkan Harta Benda MRT
Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd dalam satu hantaran sebelum ini menegaskan individu atau kumpulan yang ditangkap melakukan kerosakan kemudahan awam terutamanya di stesen MRT, boleh didakwa di bawah Akta Kerajaan Tempatan (9 Undang-Undang Kecil Vandalisme 1991).
Individu boleh didenda sebanyak RM 2,000 atau penjara tidak melebihi setahun jika disabitkan kesalahan.
Mereka juga boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010.
Namun tidak dapat dipastikan sama ada perbuatan itu tergolong dalam kategori merosakkan kemudahan di MRT.
Baca Artikel Berkaitan: Aksi Wanita Selamba Letak Beg Di Kerusi Zon Keutamaan Dalam LRT Undang Kecaman
Ramai Kritik Lelaki Buat Pull-up Dalam MRT
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai turut tidak bersetuju dengan aksi tersebut selain mempersoal tindakan lelaki yang menyalahgunakan fasiliti awam.
“Tak semua benda yang dilakukan orang Barat perlu ditiru oleh kita orang Asia,” kata seorang pengguna Threads.
“Ni saja nak tarik perhatian dan terikut-ikut paparan metro di New York. Janganlah memalukan diri. Taman KLCC ada,” tambah seorang lagi netizen.
Vandalisme Dalam Tren Boleh Timbulkan Imej Buruk
Menurut seorang individu, ia bukan sahaja merupakan aktiviti vandalisme tetapi juga mampu merosakkan imej pengangkutan awam Malaysia.
“Buat aduan dekat Prasarana dan Rapid KL. Ya tak salah nak bersenam tapi tak kena tempat sebab ni dalam pengangkutan awam. Palang tu bukan untuk workout dan apa yang dia buat tu dah masuk kategori merosakkan harta benda awam. Ni orang luar tengok pun tak elok, nampak sangat tak ada adab,” ujar lelaki berkenaan.
Sementara itu, segelintir individu berkata bahawa orang ramai khususnya individu yang menggunakan harta benda awam perlulah lebih cakna tentang tatatertib.
“Mula dah geng-geng ni buat hal. Adoi dah nak masuk 2026 ni bawa-bawa la muhasabah diri sikit. Ubah diri ke arah yang lebih baik. Tolong mantapkan IQ dan common sense. Ni harta awam, kegunaan bersama. Nak acah-acah terpaling jaga otot, dekat gym la,” kata seorang warganet.
Berikut antara komen netizen:




Baca Artikel Berkaitan: “Dekat NY Penuh Tikus” – Mat Saleh Kagum Pengangkutan Tren Di Malaysia Bersih & Tambang Lebih Murah [Video]



