“Patutlah Negeri Bahagia” – Wanita Teruja Peniaga Pasar Di Terengganu Izin Pelanggan Bayar Esok
Difahamkan, wanita itu pergi ke Pasar Chabang Tiga di Kuala Terengganu dengan hanya membawa telefon bimbit dengan harapan boleh membuat pembayaran dengan menggunakan kod QR.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai kisah seorang peniaga pasar di Terengganu yang mengizinkan pelanggannya untuk membuat pembayaran pada keesokan hari selepas individu terbabit tidak membawa wang tunai
Kisah terbabit dikongsikan sendiri oleh pelanggan berkenaan yang dikenali sebagai Syarifah Layuza menerusi akaun Threads miliknya pada baru-baru ini.
Menurut Syarifah, kejadian tersebut berlaku di Pasar Chabang Tiga di Kuala Terengganu selepas dia mengambil adiknya di Lapangan Terbang Sultan Mahmud.
Hanya bawa telefon pergi pasar dengan harapan boleh bayar guna kod QR
Katanya, dia pada ketika itu pergi ke pasar berkenaan dengan hanya membawa telefon pintar kerana percaya kebanyakan peniaga pada masa kini memiliki kod QR untuk membuat pembayaran secara dalam talian.
“Aku tak bawa duit cash sebab masa itu aku ingat nak ambil adik di airport sahaja, sekali kena singgah pasar pula jadi ada telefon je dekat aku, aku fikir kalau nak bayar boleh QR.
“Di pasar sekarang kan dah ramai (peniaga) yang guna kod QR untuk buat pembayaran,” katanya.
Peniaga izinkan pelanggan ambil dulu barangan yang diinginkan, esok sahaja bayar
Bagaimanapun, katanya, barangan yang ingin dibeli hanya terdapat di sebuah gerai yang hanya menerima wang tunai.
Namun apa yang mengejutkannya, dia tidak menyangka bahawa peniaga wanita terbabit dengan selamba mengizinkan dia untuk membuat pembayaran pada keesokan hari sahaja.
“Selamba sahaja mak cik tu cakap ‘takpalah tak ada duit pun, esok sahaja lah bayar. Takpa ambil sahaja apa awak nak, esok sahaja bayar.’
“Kenal tak kenal belakang kira, dia kira nak mudahkan urusan aku sahaja tu. Patutlah negeri ini bahagia,” katanya lagi.
View on Threads
Terengganu dinobat negeri paling bahagia – DOSM
Sebagai info, Terengganu dinobatkan sebagai negeri paling bahagia dengan skor sebanyak 8.64 berdasarkan Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia bagi tahun 2024 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada 12 September lalu.
Ia diikuti oleh Johor ditangga kedua dengan skor 8.08 dan Negeri Sembilan (8.01).
Selain itu, Terengganu juga merupakan salah satu negeri di Malaysia yang terkenal sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa.
Baca Artikel Berkaitan: Terengganu Negeri Paling Bahagia Di Malaysia – DOSM
Baca Artikel Berkaitan: Mat Salleh Dah Menetap 20 Tahun Dedah Kenapa Terengganu Jadi Pilihannya [Video]



