fbpx
Now Reading
Panggil Orang ‘Anjing’, ‘Babi’ Boleh Dihukum Penjara 6 Bulan Di Indonesia

Panggil Orang ‘Anjing’, ‘Babi’ Boleh Dihukum Penjara 6 Bulan Di Indonesia

Di bawah Kitab Undang-Undang Hukum Pidana (KUHP) baharu, memanggil seseorang menggunakan sebutan haiwan yang kesat boleh dikategorikan sebagai kesalahan penghinaan ringan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tidak dapat dinafikan, terdapat segelintir individu yang gemar menggelar orang lain dengan kata-kata kesat seperti bod*h, bahlol dan sebagainya.

Malah ada juga yang menggunakan sebutan haiwan yang bersifat menghina seperti anjing, beruk dan bab*.

Mereka yang berbuat sedemikian di Indonesia bagaimanapun adalah menyalahi undang-undang dan berdepan hukuman.

Baca Artikel Berkaitan: Sampai Gelar Pembeli Seperti Anjing, Mufti Pulau Pinang Tegur Tindakan Boikot Melampau

Baca Artikel Berkaitan: Polis Buru Pengguna Facebook Muat Naik Komen Unsur Menghina, Siap Ajak Bom Masjid Ketika Solat Jumaat

Hina Orang ‘Anjing’, ‘Babi’ Salah Di Bawah Undang-Undang Indonesia

Bermula 2 Januari 2026, sesiapa yang menghina atau mengeluarkan kata-kata kesat terhadap individu lain menggunakan sebutan haiwan seperti anjing dan babi, boleh dikenakan hukuman penjara enam bulan atau denda maksimum 10 juta rupiah (sekitar RM2,400) di Indonesia.

Antara ayat yang popular dalam kalangan netizen Indonesia adalah seperti ‘anjir’ yang juga bermaksud anjing.

Menurut laporan media tempatan, perbuatan berkenaan boleh dikenakan hukuman di bawah peruntukan dalam Kitab Undang-Undang Hukum Pidana (KUHP) baharu yang membawa hukuman lebih berat di republik itu.

Jika memanggil rakan atau individu lain dengan sebutan berunsur hinaan seperti anjing disifatkan sebagai gurauan sahaja sebelum ini, penguatkuasaan tersebut boleh mengkategorikannya sebagai satu bentuk kesalahan penghinaan ringan.

Sehubungan itu, masyarakat di Indonesia diingatkan agar lebih berjaga-jaga ketika bertutur tidak kira di tempat awam mahupun dalam perbualan seharian.

Kesalahan Bukan Hanya Secara Lisan, Tetapi Juga Bertulis

Di bawah KUHP lama, Perkara 315 yang berkaitan penghinaan menetapkan hukuman penjara maksimum empat bulan dua minggu bagi setiap penghinaan yang dilakukan secara sengaja, sama ada secara lisan atau bertulis di hadapan umum atau secara langsung terhadap individu yang dihina.

Pun begitu, menerusi Perkara 436 di bawah KUHP baharu yang bakal berkuat kuasa pada 2 Januari tahun depan, penghinaan yang tidak termasuk dalam kategori penghinaan nama baik, sama ada dilakukan secara lisan atau bertulis, boleh diklasifikasikan sebagai penghinaan ringan.

Pakar undang-undang jenayah Universiti Trisakti, Abdul Fickar Hadjar, bercakap kepada portal tempatan Inside Lombok mengesahkan tindakan undang-undang boleh dikenakan ke atas individu yang memaki hamun menggunakan nama haiwan.

Tambahnya lagi, di bawah Perkara 433, kesalahan dikategorikan sebagai penghinaan nama baik membawa hukuman penjara maksimum sembilan bulan atau denda sehingga Rp10 juta (RM2,400).

Perlu Ada Bukti Untuk Ambil Tindakan Ke Atas Pelaku

Berdasarkan portal tempatan Sulbar Update, kes sedemikian dikategorikan sebagai ‘delik aduan’ (klachtdelict).

Ini bermakna laporan atau aduan rasmi perlu dibuat oleh seseorang yang berdepan penghinaan sebelum tindakan diambil ke atas pelaku.

Dalam masa sama, pengadu juga wajib menunjukkan bukti yang relevan, antaranya:

  • Rakaman audio-visual.
  • Tangkap layar atau jejak digital.
  • Saksi dari pihak ketiga yang melihat kejadian tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: Cadangan PHM Agar Ada Podcast Jemput Prof Terbabit Kes Hina Pelajar B40 Cetus Perdebatan

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Tular Hina Islam Tampil Mohon Maaf [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.