Pakar Pediatrik Perjelas 3 Sebab Kenapa Bayi Tak Patut Guna Bantal Untuk Tidur
Menurut Pakar Pediatrik Dr Nisa Khalil, kebanyakan pakar mencadangkan agar bayi tidak dibiarkan tidur dengan bantal, selimut dan anak patung lembut sehingga berusia dua tahun.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Buat ibu ayah yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi, pasti teruja untuk membeli pelbagai keperluan bayi dari pakaian hinggalah ke barangan tidur.
Bila tengok sahaja bantal dan selimut bayi, rasa comel betul dan nak beli banyak-banyak! Bila dah susun di dalam baby cot mesti nampak lebih comel kan?
Mesti ada juga yang nak letak bantal di sekeliling bayi agar mereka tidak terhantuk kepala pada katil yang keras.
Baca Artikel Berkaitan: Kualiti Sama, Harga Lebih Murah. Beli Barang Bayi ‘Preloved’ Jauh Lebih Jimat Untuk Ibu Ayah Kali Pertama
Baca Artikel Berkaitan: “Hadkan Kepada 15 Minit Sahaja” – Guna Baby Walker, Bouncer Terlalu Kerap Boleh Ganggu Perkembangan Motor Bayi
Bayi Kurang 2 Tahun Tak Boleh Tidur Dengan Bantal
Pakar Pediatrik Dr Nisa Khalil bagaimanapun menegaskan bahawa bayi berumur kurang daripada dua tahun, tidak patut tidur dengan bantal walau yang nipis sekali pun.
Menerusi hantaran di Threads, dia menerangkan bahawa American Academy of Pediatrics (AAP) memberi saranan agar tidak meletakkan sebarang bantal, selimut mahupun anak patung lembut di dalam katil bayi.
Tambahnya lagi, kebanyakan pakar turut mencadangkan agar melanjutkan perkara itu sehingga bayi berusia dua tahun.
Ini kerana bayi yang masih kecil sedang belajar untuk bernafas, bergolek dan berganjak secara selamat.
Berdasarkan laman web WebMD, penggunaan bantal di tempat tidur boleh meningkatkan risiko kematian bayi, lebih-lebih lagi yang berumur antara empat bulan ke satu tahun.
Bayi Tidur Dengan Bantal Boleh Sebabkan Lemas Atau SIDS
Bukan itu sahaja, Dr Nisa turut berkata bahawa penggunaan bantal ketika tidur meningkatkan risiko pelbagai masalah yang boleh membawa maut, iaitu:
- Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS)
- Lemas
- Kepanasan melampau
“Otot leher mereka sedang berkembang. Jika mereka tergolek dan muka mereka tersekat pada bantal? Mereka mungkin tidak mempunyai tenaga atau refleks untuk bergerak dalam masa yang sepatutnya,” jelasnya.
Menurut National Health Services (NHS) United Kingdom, bayi tidak pandai menolak bantal atau selimut tebal (duvet) sekiranya kepala mereka dilitupi.
Sekiranya perlu menggunakan selimut, pastikan ia dikepitkan di bawah kedua-dua ketiak bayi bagi mengelakkannya daripada menutupi muka bayi.
Malah sebelum ini, sudah pernah berlaku insiden seorang bayi yang meninggal dunia dipercayai akibat lemas di dalam selimut ketika dihantar di rumah pengasuh.

Baca Artikel Berkaitan: Bayi 6 Bulan Maut, Dipercayai Lemas Dalam Selimut Ketika Di Rumah Pengasuh
Gunakan Tilam Leper & Pasang White Noise Untuk Bantu Bayi Tidur
Dalam masa sama, pakar pediatrik itu berkongsi beberapa tips yang boleh dipraktikkan agar bayi tidur dengan selesa tanpa bantal, antaranya:
- Menggunakan tilam yang keras dan leper.
- Memakaikan bayi dengan sleep sack atau onesie tanpa selimut.
- Memastikan bilik gelap dan memasang white noise.
- Mempraktikkan rutin tidur yang sama setiap malam.
Tambahnya lagi, konsistensi adalah lebih baik berbanding perhiasan dalam membantu bayi tidur dengan nyenyak.

Boleh Beri Bantal Leper Pada Bayi Selepas 2 Tahun
Mungkin ada yang tertanya-tanya bilakah bayi boleh menggunakan bantal? Selain selepas memasuki umur dua tahun, Dr Nisa berkata bayi yang sudah boleh bergolek, berganjak atau berdiri dengan sendiri juga boleh diberikan bantal.
Apa yang penting, gunakan bantal yang sedikit keras dan leper untuk bayi, dan bukanlah bantal gebu seperti digunakan oleh orang dewasa.
Selain itu, dia turut mengingatkan ibu ayah agar memerhatikan bayi sekiranya terdapat sebarang alergi terhadap bantal, atau masalah lain seperti tidur dengan mulut terbuka atau air liur meleleh.
View on Threads
Kepala Leper Bukan Kerana Tiada Bantal, Tetapi Akibat Tidak Berubah Posisi Ketika Baring
Di ruangan komen, Dr Nisa telah menjawab soalan yang diterima daripada seorang ibu, iaitu tentang masalah kepala bayi leper kerana tidur tanpa bantal.
Katanya, kepala bayi menjadi leper bukan kerana tidak dilapikkan dengan bantal, sebaliknya akibat berbaring pada posisi yang sama terlalu lama.
Menurut Web MD, kepala leper lebih sering berlaku disebabkan oleh otot leher yang kejang (infant torticollis). Keadaan ini menyebabkan bayi kerap menyengetkan kepala ke satu bahagian yang sama apabila berbaring.
Bagi mengatasi masalah kepala leper, Dr Nisa turut berkongsi beberapa tips termasuk:
- Lebihkan ‘tummy time’ ketika bayi berjaga.
- Tukar posisi kepala ketika tidur.
- Kerap angkat bayi dalam keadaan menegak di waktu siang.
“Bantal sebenarnya tak hilangkan masalah kepala leper dan boleh menjadi bahaya ketika tidur,” tegasnya lagi.
Baca Artikel Berkaitan: Bantu Tidur Lena & Bina Sistem Imun, Ini Antara Kebaikan Beri Mentega Pada Bayi
Baca Artikel Berkaitan: Bila Ibu Ayah Boleh ‘Stop’ Kejutkan Bayi Bangun Malam Untuk Menyusu? Ini Jawapan Pakar
Baca Artikel Berkaitan: Kipas, Makanan Instant & 5 Lagi Barang Penting Untuk Bayi Yang Perlu Dibawa Ketika Bercuti