fbpx

Lelaki Bagi Wanita Tak Dikenali Bawa Kereta Kerana Nak Bantu Motosikal Tiada Minyak Raih Pujian [Video]

Menerusi video kelihatan mereka saling bertukar nombor telefon sebelum wanita itu membawa kereta lelaki berkenaan dan berjumpa semula di kawasan R&R untuk mengisi minyak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap kali melihat ada individu yang sedang berada dalam kesusahan sudah menjadi sikap terpuji jika ada yang dapat menghulurkan bantuan.

Tidak kisahlah bagaimana bantuan yang diberikan itu kerana ia mengikut kemampuan masing-masing namun ia pasti dapat meringankan beban bahu yang memikul.

Bahkan ada individu yang sanggup berkorban masa, wang ringgit dan harta benda demi membantu individu yang dalam kesusahan.

Tahan wanita alami minyak motosikal habis di lebuh raya

Baru-baru ini, seorang lelaki sanggup menolak motosikal milik seorang wanita tak dikenali yang kehabisan minyak sewaktu berada di lebuh raya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @ayp.sbk di TikTok, kelihatan dia telah memberhentikan kereta dipandunya di laluan kecemasan sebaik melihat wanita itu menolak motosikalnya.

Dia yang terkenal di kalangan biker dengan panggilan Ayah Pong lalu menahan wanita itu dan bertanya adakah motosikal ditunggang berada dalam keadaan baik atau sebaliknya.

Wanita itu lalu menjelaskan skuter Benelli-nya itu itu kehabisan minyak justeru dia terpaksa menolaknya untuk ke stesen minyak.

Sanggup beri wanita pandu kereta kerana tak sampai hati lihat tolak motosikal

Kasihan melihat wanita itu, Ayah Pong lalu menawarkan agar wanita itu memandu keretanya sementara lelaki tersebut menolaknya dan berjanji akan berjumpa di kawasan Rehat & Rawat (R&R) di hadapan.

Sebelum berlalu pergi membawa kereta Ayah Pong, wanita berkenaan sempat bertukar nombor telefon dengan influencer permotoran itu.

Tonton video penuh [DI SINI].

Video sama turut dikongsikan Ayah Pong di Instagram.

Datang seorang lagi penunggang motosikal nak bantu

Namun apa yang menjadi perhatian, sewaktu Ayah Pong baru menolak motosikal tersebut, datang seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi dari belakang yang mahu membantu.

Malah mereka dilihat bertukar menunggang motosikal memandangkan individu membawa motosikal berkuasa besar itu memaklumkan dia tidak begitu mahir menunda motosikal.

Kelihatan mereka saling berkerjasama menunda motosikal tersebut sehingga sampai ke R&R berdekatan.

Turut kelihatan wanita yang memandu kereta lelaki tersebut juga sudah setia menanti untuk mengisi minyak pada motosikalnya.

Rami puji lelaki berani bagi kereta pada wanita tak dikenali untuk bantunya

Di ruangan komen, ramai yang memujinya kerana berani membenarkan wanita itu memandu kenderaannya meskipun berisiko hanya kerana mahu membantu individu berkenaan.

Meskipun tidak kenal namun niatnya hanyalah untuk meringankan beban wanita berkenaan.

Tak kurang ada juga yang teruja kerana sebaik sahaja memberikan kereta kelihatan dia kemudian turut dibantu oleh seorang lagi penunggang motosikal.

“Tak sampai berapa langkah, dah ada orang datang tolong abang ni pulak.. dipermudahkan.”

“Hubungi lebuhraya Plus, dia orang ada siap sedia petrol dalam kereta 4×4”

“Pernah juga tolong orang macam ni.. Saya suruh bawa kereta saya, saya bawa motor dia. Tapi tali pinggang tarik keluar bagi habis kemudian tutup pintu. Jadinya saya berpaut ala-ala towing la, agak bahaya tapi terpaksa.”

“Bila kita tolong orang, Allah hadirkan orang lain untuk tolong”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.