fbpx

“Lagi Murah Dari Food Fest Local” – Ramai Puji Harga Berbaloi Di Festival Makanan Cina Muslim Antarabangsa [Video]

Menerusi video yang dikongsikan oleh penganjur, harga makanan yang ditawarkan di Festival Makanan, Budaya & Pelancongan Muslim Antarabangsa Malaysia ke-3 di 1 Utama bermula dari serendah RM1 sahaja.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Bila cakap sahaja tentang festival makanan, mesti ramai yang teruja untuk mencuba pelbagai jenis hidangan yang ditawarkan.

Tetapi kadangkala harganya boleh menjadi terlampau mahal! Maklumlah, mungkin ada hidangan yang disediakan di sana ‘special’ dan jarang-jarang boleh dijumpai.

Jadi bila dapat tahu ada festival makanan antarabangsa, pasti ramai yang rasa risau dengan harga hidangan di sana kan?

Baca Artikel Berkaitan: Siap Timbang Beg Plastik, Wanita Kecewa Peniaga Buah Di Festival Makanan Caj Harga Tak Masuk Akal

Baca Artikel Berkaitan: “Teh Ais Sampai RM7?!” – Harga Minuman & Makanan Mahal Di Food Festival Jadi Topik Hangat Netizen

Baca Artikel Berkaitan: “Macam Pasar Malam Tapi Harga Mahal” – Ramai Persoal Harga Makanan Di Food Festival

Harga Makanan Di Festival Cina Muslim Disemak Dahulu Oleh Penganjur

Bermula 25 Disember lalu, Festival Makanan, Budaya & Pelancongan Muslim Antarabangsa Malaysia ke-3 telah berlangsung di pusat beli belah 1 Utama di Bandar Utama, Selangor yang membawa pelbagai makanan Cina Muslim.

Namun apa yang menariknya, harga yang dijualkan adalah amat berpatutan bagi sebuah festival bertaraf antarabangsa. Apatah lagi apabila terdapat banyak hidangan yang ditawarkan dibawa terus dari China.

Menerusi hantaran di TikTok (@eatai786), penganjur bagi festival antarabangsa itu telah berkongsi harga bagi beberapa jenis makanan yang ditawarkan di sana.

Katanya, dia menerima soalan daripada orang ramai mengenai perkara itu lalu dia tampil menerangkan bahawa harga setiap makanan telah dikemukakan dan disemak sebelum diluluskan.

“Saya dapati kebanyakan (harga yang dikemukakan) agak berpatutan,” katanya.

Untuk info, festival itu akan berlangsung sehingga 4 Januari 2026 setiap hari, dari jam 10 pagi hingga 10 malam, bertempat di E-Street 1 Utama.

@eatai786 Day 3: How about the price at Chinese Muslim food festival? All prices are submitted and reviewed before the event. Prices are transparent and fair. You’re not just paying for food but for the journey behind it!#chinesemuslim #malaysiaevent #pasareatai #travelmalaysia ♬ 钢琴自然宁静 Night In The Desert – DPmusic

Tonton video penuh [DI SINI].

Makanan Dijual Di Festival Makanan Antarabangsa Bermula RM1

Dia turut memberi contoh beberapa hidangan yang ditawarkan di festival antarabangsa itu seperti kek bunga ros yang dibawa dari Shadian, Yunnan dan dijual pada harga RM5 sahaja, sama seperti di China.

Selain itu, terdapat juga makanan cucuk-cucuk stail Yunnan dengan harga bermula RM2, sate kambing biri-biri RM10 untuk empat batang, dan ‘cucuk-cucuk’ Mala yang bermula pada RM1.

Malah roti nan berserta daging bakar dijual pada harga RM7, mi tarik RM15 dan mi sejuk (cold noodles) RM12.

Terdapat juga snek halal dari Shadian yang dijual dalam paket bermula pada harga RM1 sahaja.

“Harga adalah telus dan adil. Awak bukan hanya membayar untuk makanan, tetapi juga perjalanan di sebaliknya!” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dia turut memaklumkan bahawa pihak penganjur tidak mengambil sebarang potongan dari vendor dan turut menerima banyak sokongan daripada pihak 1 Utama.

Ramai Berpendapat Harganya Jauh Lebih Murah Dari Food Fest Tempatan

Di ruangan komen, orang ramai bukan sahaja merasakan harga hidangan di festival makanan Cina Muslim itu berpatutan, tetapi murah.

Mereka turut membandingkan harga tersebut yang jauh lebih murah berbanding di food fest tempatan yang boleh mencecah sehingga tiga kali lebih mahal.

“Direct dari China, buat kat OU boleh jual RM3, RM4 lagi. Food fest lain buat kat hujung alam dekat Klang sana, matcha RM22, roti john RM17, teh ais RM7,” kata seorang individu.

“Ini sangat murah berbanding food fest local. Rakyat Malaysia kena sedar. Sokong event macam ni berbanding food fest mainstream,” ujar seorang lagi.

Ada juga yang menyifatkan festival makanan antarabangsa itu sebagai yang terbaik pernah dikunjungi olehnya, malah dia sudah ke sana sebanyak tiga kali.

Bukan sahaja harganya murah dan berpatutan, malah ramai berpendapat makanan yang dijual sedap dan autentik dari China.

Antara makanan yang dicadangkan oleh pengunjung festival itu ialah dumpling, jus plum, mi tarik dan yogurt.

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Yang Suka Sate & Cendol, Makanan Malaysia Jadi Pilihan Penduduk Di Nanjing, China [Video]

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Dulu Sate, Kini Nasi Lemak Jadi Rebutan Pengunjung Food Festival Di China

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.