Treler Sagat 3 Kereta Di R&R Ayer Keroh, Ramai Bengang Pemandu Parkir Di Kawasan Selekoh [Video]
Difahamkan pemandu treler terpaksa meredah laluan yang terhalang itu sehingga bergesel dengan tiga kereta bagi mengelakkan jalan masuk ke R&R Jejantas Ayer Keroh bertambah sesak.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Rata-rata hampir semua pengguna jalan raya terutamanya para pemandu pasti sudah tahu setiap undang-undang asas ditetapkan. Di mana boleh berhentikan kenderaan, di mana lokasi boleh bawa laju, di mana tempat parkir, dan sebagainya.
Pun begitu, masih ramai di kalangan pemandu yang masih berdegil dan tetap meletakkan kenderaan mereka di tempat tidak sepatutnya sehingga mengganggu laluan orang lain. Perkara ini kebiasaannya terjadi di kawasan sesak seperti rumah flat dengan tempat parkir yang terhad atau di kawasan Hentian Rehat dan Rawat (R&R).
Ia bukan sahaja menonjolkan sikap pentingkan diri sendiri, tetapi tabiat ini juga mampu mengundang padah kepada kenderaan sendiri jika ia diletakkan di tempat terlarang. Kalau dilanggar, nak claim (tuntut) insurans pun tidak lepas.
Baca Artikel Berkaitan: Myvi Selamba Parkir Di Selekoh Sekitar RnR Hingga Halang Laluan Lori Undang Perhatian [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam
Baca Artikel Berkaitan: “Parking Dah La Sikit” – Wanita Berang Penganjuran Acara Di R&R Jadi Punca Pengunjung Tidak Dapat Parkir Kereta
Banyak Kereta Halang Laluan Treler Di R&R Ayer Keroh Selepas Parkir Di Selekoh & Garisan Kuning
Seperti baru-baru ini, tular video di laman Threads menyaksikan sekumpulan lelaki dipercayai pengunjung R&R Jejantas Ayer Keroh sedang bekerjasama mengangkat sebuah kereta jenis Perodua Alza yang menghalang laluan di kawasan selekoh hentian tersebut.
Difahamkan, sebuah treler tidak dapat melepasi laluan masuk di selekoh yang sempit itu disebabkan Perodua Alza terbabit dan beberapa kenderaan yang diparkir di sana. Oleh disebabkan itu, mereka terpaksa mengalihkan Alza berkenaan bagi melancarkan aliran trafik yang tersekat.
Bagaimanapun cubaan untuk menyelamatkan kereta daripada disagat tidak berjaya sekaligus menyebabkan kesesakan di kawasan terbabit. Bukan sahaja menghalang laluan treler tetapi beberapa kenderaan lain di belakangnya juga tersekat.
Dalam satu lagi video tular di laman X (Twitter), kelihatan orang ramai yang menunggu lama terpaksa keluar daripada kenderaan akibat kesesakan di kawasan selekoh itu.
Hahahahhahahahahahahaha pic.twitter.com/QiUbGfCVQd
— @ (@anthraxxxx) December 29, 2025
Mengikut Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1997, meletakkan kenderaan di garisan kuning adalah satu kesalahan dan boleh menyebabkan pemandu didenda.
Beberapa Buah Kereta Tersagat Selepas Bergesel Dengan Treler
Oleh disebabkan pemilik kenderaan tidak munculkan diri, pemandu treler terpaksa meneruskan perjalanan dan secara tidak sengaja bergesel dengan kereta-kereta yang diletakkan di bahu jalan atas barisan kuning.
Dalam video terbabit, kelihatan Alza berwarna silver mengalami kesan kemek pada bahagian but hadapan, manakala dua kereta di hadapannya pula iaitu Alza berwarna putih dan Proton Iriz mengalami kerosakan selepas dihimpit treler.
View on Threads
Polis Sedang Siasat Kes Treler Langgar 3 Kereta Di R&R
Dalam perkembangan terbaharu, pihak polis kini sedang menyiasat insiden membabitkan lori treler dipercayai melanggar tiga kenderaan di kawasan R&R Jejantas Ayer Keroh.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ahmad Abu Bakar mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan kes disiasat oleh Unit Siasatan Lebuh Raya (USLR) Bukit Aman.
“Kemalangan ini membabitkan sebuah lori treler dan tiga kenderaan persendirian. Siasatan lanjut sedang dijalankan oleh USLR Bukit Aman,” katanya, lapor Berita Harian.
Ramai Bengang Pemandu Parkir Di Kawasan Selekoh
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai meluahkan rasa berang dengan sikap penting diri pengunjung yang meletakkan kenderaan di kawasan terlarang hingga menyusahkan orang lain.
“Banyak je parkir kosong dekat bawah tu. Memang jenis suka parking tepi jalan nak mudah urus hidup dia sorang je. Jenis tak nak jalan jauh,” kata seorang lelaki.
Malah ramai juga mempersoalkan tindakan pemandu yang masih berdegil mahu parkir atas garisan kuning.
“Habis tu kenapa line kuning tu wujud? Memang tak patut letak kereta dekat situ, ada la sebabnya. Sakit (hati pemilik kereta) kena gesel,” ujar seorang wanita.
Segelintir individu pula bersetuju dengan tindakan pemandu treler yang ‘mencium’ kereta-kereta di hadapan bagi mengelakkan kesesakan bertambah teruk.
“Mantap. Kalau tak sampai ke lebuh raya sesak orang tak boleh masuk (R&R). Lori, bas nak masuk pun tak boleh. Lepas tu kalau lori, bas kemalangan sebab tak cukup rehat macam mana pulak. Tolong sama-sama fikir pengguna R&R,” kata seorang pengguna Threads.





Baca Artikel Berkaitan: “Minda Kelas Ketiga” – Penunggang Motosikal Parkir Sekitar Bus Stop Undang Kecaman
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Parkir Di Tepi Jalan Jadi Punca Kereta Lain ‘Stuck’ Hingga 10 Minit
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Dakwa Parkir Awam Jadi Tempat Letak ‘Kereta Booking’ Raih Perhatian Ramai [Video]
