fbpx
Now Reading
Bukan Bezakan Darjat Semata-mata, Ini Maksud 6 Warna Kain Penutup Jenazah Di Masjidil Haram

Bukan Bezakan Darjat Semata-mata, Ini Maksud 6 Warna Kain Penutup Jenazah Di Masjidil Haram

Kain penutup jenazah ini sebenarnya bukanlah kain kafan, ia hanyalah kain yang menutupi jenazah selepas selesai diuruskan dan dimandikan oleh pihak yang terlibat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Bagi yang pernah menunaikan ibadah haji atau umrah di Tanah Suci Mekah, mesti ada di antara korang yang pernah melihat jenazah ditutupi kain berwarna bukan?

Ada jenazah ditutupi dengan kain berwarna putih dan ada pula yang diselimuti dengan kain berwana kuning.

Perkara sebegini pastinya amat jarang untuk dilihat berlaku di Malaysia atau mana-mana negara. Susulan itu ia pasti menimbulkan persoalan apakah maksud warna-warna tersebut.

6 warna kain penutup jenazah di Masjidil Haram bawa maksud berbeza-beza

Memetik info di laman Facebook Akademi Mutawwif, terdapat enam warna kain penutup jenazah yang meninggal dunia di Masjidil Haram dan setiap satunya membawa maksud tersendiri.

Menurut laman itu, kain penutup ini bukanlah bermaksud kain kafan yang sememangnya berwarna putih. Ia hanyalah kain yang menutupi jenazah selepas selesai diuruskan dan dimandikan oleh pihak yang terlibat.

“Di sebalik perbezaan warna kain penutup jenazah ini, hakikatnya kita semua di hadapan Allah SWT adalah sama, yang dinilai disisi Allah ialah iman, amal dan keikhlasan hati,” tulisnya di kapsyen.

Ini maksud 6 warna kain penutup jenazah

Enam warna kain penutup jenazah yang ada di Masjidil Haram ialah:

  1. Putih
  2. Coklat
  3. Hitam
  4. Hijau & Berbumbung
  5. Biru
  6. Kuning

Difahamkan, warna putih digunakan untuk jenazah yang meninggal dunia dalam keadaan ihram, satu kemuliaan yang besar bagi umat Islam.

Bagi jenazah lelaki dewasa, kain penutup berwarna coklat akan digunakan sementara warna hitam pula digunakan untuk jenazah perempuan dewasa. Perbezaan ini memudahkan urusan pengecaman oleh pihak yang menguruskan jenazah.

Untuk jenazah kanak-kanak, kain berwarna hijau dan berbumbung kebiasaannya digunakan. Ini merupakan perbezaan paling ketara berbanding jenazah dewasa.

Ada juga jenazah yang ditutup dengan kain biru. Biasanya, ia merujuk kepada jenazah yang diuruskan oleh pihak hospital sebelum dibawa ke Masjidil Haram.

Manakala kain penutup jenazah berwarna kuning pula digunakan untuk individu berstatus khas seperti pemimpin atau tokoh tertentu.

Info penting, warna kain penutup jenazah boleh berbeza daripada yang dinyatakan ini kerana ia bergantung kepada tempat dan pihak yang menguruskan pemandian jenazah.

Baca Artikel Berkaitan: Penyakit Jantung Antara Punca Jemaah Gagal Terima Tawaran Haji – Menteri Agama

Baca Artikel Berkaitan: Masjidil Haram Sediakan Laluan Khas Bagi Warga Emas & OKU, Mahu Berikan Keselesaan Buat Para Jemaah

Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Jemaah Haji Malaysia Tak Boleh Bawa Balik Air Zamzam Dari Mekah? Ini Sebabnya [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.