Now Reading
Saf Depan Penuh, Nak Mulakan Saf Solat Jemaah Baharu Dari Sebelah Kanan Atau Kiri? [Video]

Saf Depan Penuh, Nak Mulakan Saf Solat Jemaah Baharu Dari Sebelah Kanan Atau Kiri? [Video]

Sebelum memulakan saf baharu, pastikan saf di bahagian hadapan telah dipenuhkan terlebih dahulu memandangkan makruh hukumnya jika tidak merapatkan saf.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Solat berjemaah merupakan suatu ibadah yang amat dititik beratkan dalam Islam. Bahkan mereka yang berjemaah ketika bersolat akan menerima pahala 27 kali ganda berbanding solat sendirian.

Dalam melakukan solat berjemaah, jemaah juga dituntut agar merapatkan saf. Rasulullah SAW menganjurkan agar saf didirikan dengan kaedah ‘ilzaq‘, yakni merapatkan kaki dan bahu serta meluruskan barisan.

Rasulullah SAW bersabda:

وَسُدُّوا الْخَلَلَ

Maksudnya: “Dan tutuplah ruang-ruang kosong.”

Riwayat Abu Daud (681)

Namun timbul persoalan sama ada saf baharu sepatutnya bermula dari sebelah kiri ataupun kanan.

Baca Artikel Berkaitan: Ini Cara Masuk & Keluar Saf Ketika Solat Berjemaah [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Imam Terkentut Ketika Sujud? Ini Cara Makmum Untuk Ganti [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Solat Duduk Ketika Berjemaah? Imam Jelaskan Kedudukan Kerusi Dalam Saf [Video]

Mulakan Saf Dari Bahagian Yang Sejajar Dengan Kedudukan Imam

Perkara itu telah diterangkan oleh pihak Masjid Bandar Seri Putra, Hulu Langat, menerusi hantaran di TikTok (@masjidbspofficial) baru-baru ini.

Apabila saf di bahagian hadapan telah penuh, sudah tentulah jemaah yang baru hadir perlu memulakan saf baharu. Namun mungkin ada yang menganggap bahawa sunat memulakan saf dari sebelah kanan.

Namun menurutnya, umat Islam sebenarnya dituntut agar memulakan saf dari bahagian tengah, iaitu sejajar dengan kedudukan imam di hadapan.

Saf itu seterusnya akan diseimbangkan oleh para jemaah yang hadir kemudian di kedua-dua belah kanan dan kiri.

@masjidbspofficial #solatjemaah #ukays #disanamenantidisinimenunggu #masjidbandarseriputra #ihyaramadan ♬ original sound – Masjid Bandar Seri Putra

Tonton video penuh [DI SINI].

Jemaah Di Belakang Perlulah Mampu Mengganti Imam

Sebelum ini, penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus menjelaskan bahawa kedudukan paling afdal dalam saf adalah di belakang imam sebagai tempat yang paling hampir dengannya.

Katanya, jika jemaah memulakan saf di sebelah kanan, pasti akan terdapat kelompongan antara mereka dengan imam sekiranya jumlah jemaah tidak ramai.

Namun UAI berkata jika terdapat lebih daripada seorang jemaah, mereka yang baru hadir lebih elok menyambungkan saf ke sebelah kanan terlebih dahulu sebelum memenuhkan bahagian kiri.

Beliau bagaimanapun menjelaskan terdapat sesetengah pendapat yang menyatakan hanya individu yang berkemampuan untuk menggantikan imam, sekiranya berlaku sebarang perkara yang membatalkan solatnya, yang boleh duduk di belakangnya.