Penceramah Kesihatan Mental Nasihatkan Orang Ramai Jangan Bangun Guna Alarm Jam, Ini Sebabnya [Video]
Menurut Pengasas Mental Kuat Centre, Amirul Ramli mood seseorang boleh terganggu seperti marah dan mengalami pening kepala disebabkan bangun secara terkejut.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sudah menjadi kebiasaan buat orang ramai untuk bangun dari tidur dengan menggunakan penggera pada jam yang sudah diset.
Bahkan dengan adanya telefon pada masa kini, ramai yang turut menetapkan waktu tertentu sebagai penggera untuk bangun dari tidur.
Tak dinafikan perkara ini banyak memudahkan orang ramai khususnya mereka yang mempunyai kesukaran untuk bangun sendiri daripada tidur.
Pengasas Mental Kuat Centre nasihatkan jangan guna penggera untuk bangun tidur
Namun baru-baru ini Pengasas Mental Kuat Centre, Amirul Ramli telah menasihatkan orang ramai untuk tidak menggunakan penggera apabila bangun daripada tidur.
Jelas Amirul apabila individu menggunakan penggera kebiasaannya mereka berpotensi untuk bangun dari tidur dalam keadaan mendadak.
Perkara itu boleh membuatkan hormon kortisol meningkat secara mendadak.
“Yang sepatutnya 30 minit sebelum anda bangun tu, ni secara semula jadi hormon tu dikeluarkan sedikit demi sedikit mengikut kitaran normal badan.
“Jadi tubuh dan otak anda bersedia dengan tenang, bukannya terkejut. Bila terkejut tu yang anda mamai teruk,” katanya.
Boleh menyebabkan mood terganggu
Perkara itu boleh menyebabkan seseorang marah, pening dan mood tak stabil serta ia boleh menyebabkan seseorang melalui hari tak berjalan dengan lancar.
“Cuba anda fikirkan, kalau anda perlukan penggera (alarm) untuk bangun tidur bermaksud anda selalu tidur lewat.”
Katanya, ini kerana individu itu tidak mempunyai jadual tidur yang teratur. Malah dia mengatakan seseorang yang mental yang sihat perlu mempunyai kualiti tidur yang baik.
Ramai akui perlu guna penggera untuk bangun dari tidur
Melihat di ruangan komen, ramai mengakui mereka memang menggunakan penggera jam untuk bangun dari tidur.
Malah ada yang mengatakan kemungkinan besar untuk tidak bangun awal ke tempat kerja sekiranya tidak menggunakan penggera.
Tak kurang juga ada yang mengatakan mereka perlu menetapkan beberapa waktu untuk penggera berbunyi bagi memudahkan mereka bangun dari tidur.
Ada juga mengatakan mereka tidak pernah menggunakan penggera sepanjang hidup dan akan bangun dengan sendirinya (body clock).
“Boleh tapi tak pergi kerja dah lah”

“Boleh terlajak subuh kalau tak ada alarm. Beza tak kalau terjaga dengar azan?”

“Boleh tapi kena waktu hujung minggu je”

