Lelaki Nak Belanja Sekeluarga Ini Seafood Selepas Laptop Berharga RM7,500 Yang Hilang Berjaya Ditemui [Video]
Menerusi video yang dikongsikan oleh Ah New, kelihatan dia berkunjung ke rumah keluarga berkenaan di Batu Pahat untuk mengambil semula komputer riba jenis Macbook tersebut.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tak dinafikan kehilangan barangan yang berharga boleh membuatkan seseorang berasa sedih dan mahukan kembali.
Ini kerana, barangan berharga tersebut mungkin mempunyai nilai yang tersendiri dari segi wang ringgit atau kenangan yang mahal.
Namun peluang untuk mendapatkan barangan yang hilang lebih tinggi sekiranya ia dijumpai oleh individu yang baik hati.
Pembekal makanan laut jumpa semula komputer riba milik anak yang hilang selepas dijumpai sebuah keluarga
Baru-baru ini, seorang lelaki yang juga pembekal makanan laut di Tebrau, Johor Bahru menzahirkan rasa syukur selepas komputer riba jenis Macbook milik anaknya yang hilang berjaya dijumpai.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Ah New Fishery di TikTok, lelaki tersebut memaklumkan dia berada di Batu Pahat untuk mengambil semula komputer berkenaan dari sebuah keluarga.
Jelas pembekal yang dikenali sebagai Ah New, komputer yang berharga RM7,500 itu telah dijumpai oleh sebuah keluarga yang baik hati dan menceritakan bagaimana mereka dapat mengesan semula komputer riba berwarna biru gelap itu.
Kesan semula komputer riba menggunakan GPS
Katanya keluarga yang menjumpai komputer riba berkenaan dengan sengaja mengiklankan barangan itu di TikTok agar pemilik sebenar dapat memunculkan diri untuk menuntut barangan mereka.
“Dia tak dapat hubungi kita kerana tidak mempunyai nombor telefon, jadi kita pakai Global Positioning System (GPS) untuk mengesan komputer sehingga sampai sini (Batu Pahat).
“Keluarga ini sangat baik hati, mereka turut menghidupkan (switch on) komputer riba terbabit agar pemilik dapat mencari semula,” katanya.
Malah dia turut memuji seluruh keluarga itu kerana mereka mempunyai sikap yang jujur dan amanah.
Justeru itu, dia mengajak mereka untuk berkunjung ke kilangnya kerana dia mahu belanja makanan laut.
Bukan hanya itu, mereka turut saling bertukar nombor telefon agar mudah berhubung di hari akan datang.
@ah.new.fishery.sd macbook anak sy hilang berharga $7500. ????
♬ 原声 – Ah New Fishery Sdn Bhd – Ah New Fishery Sdn Bhd
Ramai puji sikap murni keluarga dan pembekal makanan laut
Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji sikap murni keluarga terbabit dan juga pembekal makanan laut yang saling menghormati antara satu sama lain.
Malah ada yang mengatakan Ah New juga menyantuni keluarga tersebut dengan baik sewaktu datang ke rumah keluarga berkenaan untuk mengambil semula komputer itu.
“Terbaik lah uncle”

“Boss ni pun mesti orang baik, sebab tu takdir dia jumpa orang baik”

“Pasti uncle ni orang baik”

“Bukan pasal seafood ni, ni sebab didikan keluarga yang tak ternilai”




