Jumpa Lelaki Mirip Wajah Arwah Ayah, Wanita Syukur Dapat Lepas Rindu [Video]
Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan wanita berkenaan mengekori lelaki yang mirip seperti wajah arwah ayah sebelum menegurnya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tak dinafikan kehilangan individu yang disayangi merupakan perkara yang berat untuk diterima khususnya jika insan itu adalah ibu bapa.
Oleh itu, hanya doa sebagai ganti untuk melepaskan rindu kepada ibu dan ayah yang sudah pergi menghadap Ilahi.
Tak kurang juga ada yang menjadikan foto atau video yang pernah dirakam bersama sebagai kenangan sebagai pengubat rindu kerana tahu kita tidak lagi dapat berjumpa ibu ayah di dunia ini.
Wanita jumpa lelaki mirip seperti wajah arwah ayah
Baru-baru ini, seorang wanita dapat mengubat rindunya apabila menemui seorang lelaki yang mirip seperti arwah ayahnya.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Najihah Ishak di TikTok, kelihatan dia sedang mengekori seorang lelaki yang sedang berjalan dengan isterinya sewaktu berada di Madinah.
Tidak lama kemudian, kelihatan Najihah mula menegur lelaki tersebut dan mereka berbual dengan mesra.
Dapat lepas rindu kepada arwah ayah ketika di Madinah
Kata Najihah, lelaki tersebut mirip seperti ayahnya yang sudah meninggal dunia dan pertemuan tersebut amat bermakna kerana dia dapat melepaskan rindu terhadap insan tercinta itu.
Malah Najihah turut meletakkan gambar arwah ayahnya pada video untuk menunjukkan persamaan muka lelaki itu dengan ayahnya.
Bukan hanya itu, di atas kesempatan tersebut Najihah turut mengambil peluang untuk merakam foto bersama sebagai kenangan.
“Terima kasih bagi peluang lepas rindu walaupun sedetik. Sedekahkan al-Fatihah untuk arwah ayah saya, Ishak Bin Daud,” tulisnya di ruang kapsyen.
@najihah_ishak_ Terima kasih bagi peluang lepas rindu walaupon sedetik🤍🥹 Sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah ayah saya ISHAK BIN DAUD🤍
♬ original sound – Abam_JiwangkapaK – Abam_JiwangkapaK
Ramai yang sebak wanita kongsi jumpa individu mirip wajah arwah ayah
Melihat di ruangan komen, ramai yang berasa sebak dengan perkongsian tersebut kerana memahami perasaan rindu kepada individu yang sudah tiada merupakan perkara yang begitu sukar untuk diungkapkan.
Tak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman mereka turut berjumpa individu yang wajahnya seiras dengan ahli keluarga sendiri seperti ibu dan ayah.
Ada juga mengatakan wajah lelaki tersebut semamangnya sama seperti wajah arwah ayah Najihah.
“Doakan saya juga. Insya-Allah Ogos atau September 2026 akan menunaikan umrah. Semoga dapat jumpa orang yang seiras arwah abah.”

“Saya balik kampung isteri selalu jumpa jiran sebelah rumah pak mentua yang serupa arwah ayah saya. Check punya check rupanya tiga pupu ayah saya”

“Seiras sangat sis, saya faham perasaan tu teruja sangat kan, tapi dalam masa yang sama rasa sebak sangat.”




