fbpx

Boleh Ke Isteri Keluarkan Duit Dari Bank Arwah Selepas Suami Meninggal Dunia?

Perunding Pewarisan Harta Islam, Fazli Mazlan, menegaskan bahawa semua harta yang dimiliki oleh suami akan menjadi harta pusaka setelah dia meninggal dunia, dan bukanlah harta peribadi isteri.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Buat seorang isteri, kematian suami tercinta boleh disifatkan seolah-olah seperti ‘patah sebelah kaki’. Apatah lagi jika si suami yang satu-satunya mencari nafkah buat keluarga selama ini dan isteri tiada sebarang sumber pendapatan.

Namun ada juga para suami yang berkongsi nombor pin kad bank atau kata laluan aplikasi bank dalam talian kepada isteri untuk digunakan dalam situasi kecemasan.

Jadi bila berlakunya kematian suami, mungkin ada para isteri yang menganggap duit yang terdapat di dalam simpanan bank milik suami boleh dikeluarkan begitu sahaja.

Baca Artikel Berkaitan: Mufti Perjelas Hukum Faraid Perabot & Barangan Rumah Jika Pemilik Meninggal Dunia

Baca Artikel Berkaitan: Boleh Ke Guna Duit Khairat Kematian Untuk Perbelanjaan Harian Waris? Ini Penjelasannya

Baca Artikel Berkaitan: Kalau Orang Bujang Meninggal Siapa Yang Berhak Dapat Hartanya? Ini Yang Korang Patut Tahu

Isteri Tak Boleh Keluarkan Duit Bank Arwah Setelah Suami Meninggal Dunia

Pun begitu, perkara ini sebenarnya tidak dibenarkan menurut syariat Islam seperti yang dijelaskan oleh Perunding Pewarisan Harta Islam, Fazli Mazlan menerusi hantaran di Threads.

Katanya, apabila suami meninggal dunia, segala yang dimiliki olehnya akan menjadi harta pusaka dan bukanlah menjadi harta peribadi isteri.

Ini termasuklah jika si suami menyatakan secara lisan kepada isteri bahawa simpanan di dalam bank akan menjadi milik isteri selepas dia meninggal dunia.

“Izin lisan suami semasa hidup tidak mengubah hukum ini. PIN, kad ATM atau kepercayaan yang diberi tidak menghalalkan pengambilan harta pusaka tanpa proses,” katanya.

View on Threads

Ambil Wang Tanpa Persetujuan Waris Faraid Adalah Mengambil Harta Secara Batil

Sementara itu, Fazli menjelaskan bahawa harta pusaka tinggalan si mati perlulah diuruskan dengan betul mengikut turutan yang ditetapkan iaitu:

  • Menyelesaikan hutang dahulu.
  • Menunaikan sebarang wasiat kepada bukan waris.
  • Mengagihkan harta pusaka kepada waris menerusi kaedah faraid.

Dia turut meningatkan bahawa tindakan mengambil duit pusaka walaupun untuk kegunaan keluarga, tanpa mendapatkan persetujuan kesemua waris terlebih dahulu, boleh menjadi kesalahan mengambil harta orang lain secara batil.

Tambah Fazli lagi, suami sebaliknya perlu membuat perancangan harta dengan sebaik mungkin ketika masih hidup, seperti pemberian hibah, agar isteri dan anak-anak tidak berada dalam situasi yang sukar sekiranya dia meninggal dunia dahulu.

Selain itu, dia berkata tindakan suami mengeluarkan wang lebih awal dan diberi kepada isteri dengan pesanan bahawa ia boleh digunakan setelah dia meninggal dunia, merupakan suatu wasiat yang juga perlu mendapat persetujuan waris faraid.

“Wasiat beri pada bukan waris. Kalau bagi pada waris, perlu dapatkan persetujuan waris faraid selepas pemilik meninggal,” katanya.

View on Threads

Isteri Berhak Terima Wang Yang Dipinjamkan Kepada Suami Sewaktu Masih Hidup

Di samping itu, Fazli turut menjawab beberapa soalan yang dikemukakan oleh orang ramai berkaitan harta arwah suami.

Katanya, jika suami telah menyimpan duit simpanan di dalam akaun bank isterinya, maka harta itu akan menjadi milik si isteri setelah dia meninggal dunia.

Begitu juga apabila seorang suami berhutang dengan pasangannya, mengikut syarak si isteri boleh mengeluarkan amaun yang dipinjamkan daripada akaun bank setelah suami meninggal dunia.

Namun Fazli berkata lebih bagus untuk maklumkan dahulu kepada waris faraid lain bagi mengelakkan fitnah.

View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: Tak Tahu Kaedah Pembahagian Harta Pusaka Dalam Islam? Ini Perkongsiannya

Baca Artikel Berkaitan: Transfer Duit Ke Pasangan Jangan Tulis ‘I Love You’ Di Ruang Rujukan, Peguam Syarie Kongsi Sebabnya

Baca Artikel Berkaitan: Layakkah Anak Mewarisi Harta Jika Ibu Bapa Meninggal Dunia Terlibat Kemalangan Naik Kereta Dipandunya?

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.