fbpx
Now Reading
Pakai Contact Lens Ketika Mandi & Cuci Makeup Tingkatkan Risiko Buta, Ini Sebabnya [Video]

Pakai Contact Lens Ketika Mandi & Cuci Makeup Tingkatkan Risiko Buta, Ini Sebabnya [Video]

Sesetengah individu terlupa menanggalkan kanta lekapnya sebelum mandi atau mencuci solekan sehingga tidak sengaja menjadikannya satu amalan dalam rutin harian.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Buat individu yang mempunyai masalah penglihatan, mereka mempunyai pilihan sama ada mahu memakai cermin mata, contact lens (kanta lekap), atau menjalani pembedahan lasik.

Seperti yang kita tahu, contact lens kini bukan sahaja digunakan untuk masalah penglihatan sahaja, tetapi juga untuk tujuan kecantikan. Sekali-sekala, nak juga tengok mata berwarna lain.

Bagaimanapun, masih ramai yang tidak tahu cara penggunaan contact lens yang betul sehingga menyebabkan mereka mengalami kecederaan mata.

Baca Artikel Berkaitan: KKM Kongsi Cara Penggunaan Contact Lens Dengan Selamat

Baca Artikel Berkaitan: 27 Lapis Contact Lens Dalam Mata!

Wanita Tegur Individu Yang Kerap Pakai Kanta Lekap Sambil Mandi Atau Cuci Solekan

Baru-baru ini, seorang wanita dikenali sebagai Hani menerusi hantaran di laman Threads telah menegur orang ramai khususnya buat mereka yang memakai kanta lekap mata ketika sedang mandi atau semasa mencuci solekan pada muka menggunakan air.

Hal ini kerana perbuatan tersebut berisiko mengundang bahaya iaitu jangkitan Acanthamoeba keratitis (AK). Lebih parah lagi, ia boleh menyebabkan seseorang itu buta dan hilang penglihatannya.

“Kalau pakai lens masa mandi, kotoran-kotoran akan melekat dekat lens dan berpeluang rosakkan kornea melalui bakteria jahat yang kita tak nampak.

“Kalau tak pakai lens, air sabun atau air paip masuk mata sikit pun kita dah pedih. Tapi kalau pakai lens, kita tak rasa pedih jadi mata tak bagi signal dekat otak untuk kelip mata dan menolak keluar benda asing dekat keliling mata,” ujar Hani.

View on Threads

Kes Lelaki England Buta Kerana Pakai Contact Lens Semasa Mandi

Sekadar info, kes seseorang buta akibat mengamalkan memakai kanta lekap ketika mandi pernah berlaku kepada seorang lelaki England, Nick Humpreys yang berusia 29 tahun. Nick mengalami buta di mata sebelah kanannya akibat dijangkiti parasit Acanthamoeba keratitis di dalam kornea.

Oleh disebabkan itu, dia terpaksa menjalani dua pembedahan melibatkan proses pemindahan kornea.

Memetik FMT, perkara itu berlaku selepas Nick tidak mencabut contact lens setiap kali mandi. Lelaki yang sudah memakai kanta lekap sejak 2013 itu berkata dia tidak tahu bahawa perbuatan tersebut boleh menyebabkan matanya buta.

Bukan sahaja kehilangan penglihatan, malah dia yang aktif dalam aktiviti fizikal juga berkata pergerakannya terbantut dan tidak boleh lagi kerap bermain bola sepak atau mengunjungi gimnasium.

Nick mula menyedari dirinya dijangkiti Acanthamoeba keratitis selepas menemui kesan calar pada permukaan matanya.

Baca Artikel Berkaitan: “Mata Sebelah Dah Tak Nampak” -Coach Yin, Kawan Sajat Nyaris Hilang Sebelah Mata

Wanita Buta Sementara Lepas Tersilap Guna Makeup Remover Jenis Cecair Untuk Cuci Kanta Lekap

Sementara itu, seorang pengguna TikTok, Vanessa Zickert berkongsi detik cemas apabila dia dikejarkan ke hospital disebabkan korneanya yang melecur.

Perkara itu berlaku selepas dia dengan tidak sengaja membersihkan kanta lekapnya menggunakan makeup remover jenis cecair dan bukannya larutan pembersih kanta lekap.

Disebabkan insiden itu, dia kehilangan penglihatannya buat sementara waktu.

“Saya alami buta sementara. Saya rendam kanta lekap dalam larutan (makeup remover) semalaman dan pakainya keesokan hari selama beberapa jam. Lepas tu saya kena pakai ointment (salap ubat) pada mata (disebabkan kecederaan kornea).

“Tahu tak betapa jijiknya benda tu? Saya kena pakai cemin mata untuk sementara tertentu. 10/10 memang tak disarankan,” ujarnya di ruangan kapsyen.

@vanessazickert

I was temporarily blind. I soaked my contacts in the “solution” overnight, and put them in the next day for a couple hours. Then I had to put OINTMENT on my eyes, do you know how gross that is and I had to wear glasses for a while 10/10 don’t recommend 🥴

♬ Jet2 Advert – ✈️A7-BBH | MAN 🇬🇧

Tonton video penuh [DI SINI].

Baca Artikel Berkaitan: Obses Pakai Lens, Gadis Kongsi Detik Cemas ‘Buta Sementara’ Akibat Mata Dijangkiti Kuman

Acanthamoeba Keratitis Membiak Dalam Air Termasuk Kolam & Hujan

Sebuah kedai cermin mata (optometris), Ar Rayyan Optometry sebelum ini juga pernah mengingatkan orang ramai tentang bahaya memakai kanta lekap semasa mandi atau melakukan sebarang aktiviti menggunakan air.

Menurut Ar Rayyan Optometry, 90% kes jangkitan AK di seluruh dunia berlaku pada pengguna contact lens. Selain membiak di dalam air paip, parasit mikroskopik AK juga boleh hidup di permukaan lembap, air kolam, air hujan dan sebagainya.

“Apabila contact lens terdedah kepada sumber air ini, amoeba boleh melekat pada lens dan masuk ke dalam kornea, menyebabkan jangkitan yang agresif. Risiko ini biasanya berlaku apabila seseorang mencuci contact lens dengan air paip, mandi atau berenang sambil memakai lens, atau menyimpan lens dalam casing (bekas penyimpanan) yang jarang ditukar.”

Tanda-tanda Dijangkiti Acanthamoeba Keratitis

Antara gejala mata dijangkiti AK adalah seperti berikut:

  • Mata rasa sakit dan tidak selesa
  • Sensitif terhadap cahaya
  • Penglihatan menjadi kabur

Jelas optometris itu lagi, AK sukar dirawat dan mengambil masa hampir berbulan-bulan untuk pulih.

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Kongsi Jadi Buta Kerana Kerap Gosok Mata [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.