“Ketinggalan Jauh” – Ada Pihak Kritik Bas RapidKL Hanya Terima Bayaran TnG, Ramai Beri Pendapat Berbeza
Menerusi hantaran di Threads, dia turut pendakwa bahawa ramai pelancong ‘tersangkut’ ketika menggunakan servis bas RapidKL kerana tidak memiliki kad TnG.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Apabila menggunakan perkhidmatan bas RapidKL di sekitar Lembah Klang, cara pembayaran yang diterima hanyalah secara nirtunai iaitu dengan kad Touch N Go (TnG), termasuk MyKad.
Namun boleh dikatakan rata-rata penduduk di Malaysia pasti mempunyai TnG yang digunakan bagi pelbagai perkhidmatan termasuk LRT, bas dan bayaran tol antara negeri.
Malah terdapat juga TnG versi ‘enhanced’ yang membolehkan pengguna menambah nilai menerusi fungsi NFC dari telefon pintar.
Individu Dakwa Ramai Pelancong ‘Tersangkut’ Kerana Tiada Kad TnG Ketika Guna Servis RapidKL
Pun begitu, akaun Threads @TravelJimat, menyifatkan sistem RapidKL sebagai ‘masih ketinggalan jauh’ kerana hanya menerima pembayaran menggunakan kaedah TnG semata-mata.
Menerusi hantaran tersebut, dia mendakwa ramai pelancong tersangkut kerana tidak mempunyai kad TnG dan turut mempersoalkan mengapa perkhidmatan itu tidak membenarkan penggunaan PayWave, Google Pay dan Apple Pay.
”Atau sekurang-kurangnya mengintegrasikan terus (bayaran) ke dalam aplikasi TnG? Benda asas macam ni pun tak boleh fikir?” soalnya lagi.
Dia turut berkongsi gambar di dalam bas yang menunjukkan pasangan Mat Salleh yang sedang bercakap dengan pemandu, dipercayai mungkin sedang berdepan masalah untuk menggunakan perkhidmatan itu.
RapidKL, dah nak masuk 2026, kenapa sistem korang masih ketinggalan jauh?Ramai pelancong sangkut sebab tak ada kad T&G. Kenapa susah sangat nak benarkan PayWave, Google Pay, Apple Pay, atau sekurang kurangnya integrate terus dalam app TnG?
— Travel Jimat (@TravelJimat) December 22, 2025
Benda basic macam ni pun xboleh fikir? pic.twitter.com/fjQKjLS3EY
Ramai Tak Setuju Sifatkan RapidKL Sebagai Ketinggalan Jauh
Bagaimanapun, sentimen sama tidak dikongsi oleh orang ramai. Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata warganet tidak bersetuju dengan kritikan terhadap perkhidmatan RapidKL itu.
Sebaliknya, mereka berpendapat bahawa pengunjung dari luar yang perlu membuat persediaan dan kajian sendiri sebelum datang ke Malaysia, atau mana-mana negara sekalipun.
Ramai juga membandingkan situasi itu dengan diri mereka sendiri yang pasti mengkaji terlebih dahulu tentang cara menggunakan pengangkutan awam ketika melancong ke luar. negara.
“Kita pergi tempat orang pun kena beli pas harian ke mingguan ke. Tiba-tiba orang datang tempat kita kena ikut dia punya senang pula? Kita je kena kaji tempat orang, orang datang sini tak payah?“ persoal seorang individu.
“Eropah tu kemain banyak negara pakai mata wang sama. Tapi tetaplah naik pengangkutan awam ikut cara negara masing-masing,” kata seorang lagi.
Ada Segelintir Yang Setuju
Pada masa sama, terdapat juga sebilangan kecil yang bersetuju dengan pendapatnya.
Jelas mereka, ada baiknya jika pembayaran bas RapidKL boleh dilakukan menggunakan kad debit bank seperti di negara-negara luar termasuk Singapura dan Belgium.
Sebagai info, Rapid Bus telah melaksanakan sistem pembayaran elektronik dan tanpa tunai di semua laluan bas RapidKL sejak 15 April 2019.
Kaedah pembayarannya adalah menggunakan kad TNG atau kad yang mempunyai fungsi TNG seperti MyKad.








